7
ANGKASA
JANUARI 2023
YB Nik Nazmi mendengar penerangan mengenai demonstrasi penggunaan dron untuk pemonitoran alam sekitar.
YB Nik Nazmi meninjuan sekitar kawasan Denai Alur Ilmu.
Sukarelawan mengutip dan mengangkat sampah di sekitar Denai Alur Ilmu.
Sukarelawan menanam anak pokok.
sebanyak 20 program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok telah dilaksanakan di seluruh negara sempena sambutan 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia dengan hampir 4,000 batang pokok berjaya ditanam. Katanya, sebagai badan puncak gerakan koperasi, adalah menjadi tanggungjawab ANGKASA untuk melaksanakan salah satu prinsip koperasi iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’ yang melengkapi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030. Hari Denai Alam 2022 yang bertemakan ‘Melestarikan Alam’ memfokuskan usaha memulihara dan melindungi alam sekitar menerusi beberapa aktiviti seperti penanaman pokok dan gotong royong pembersihan di sekitar kawasan Denai Alur Ilmu serta pengasingan sampah untuk kitar semula. Program tersebut melibatkan seramai 100 orang sukarelawan dari CoopCare ANGKASA, pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM, Koperasi UNIKEB Berhad, Koperasi Siswa USIM Berhad, Koperasi Keusahawanan Pelajar UIAM Berhad dan komuniti setempat. Hari Denai Alam juga disemarakkan dengan penanaman sebanyak 180 batang pokok landskap dan buah-buahan pelbagai spesis yang ditaja oleh penganjur bersama iaitu ANGKASA, Institut Perubahan Iklim, UKM, Kursi Kelestarian UKM-Yayasan Sime Darby (YSD), Koperasi UNIKEB Berhad, Sahabat Sungai Malaysia (FORM) dan Taman Botani Bangi, Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi FORM, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Pengarah Institut Perubahan Iklim, UKM, Prof. Madya Dr. Zaini Sakawi, Pengerusi Koperasi UNIKEB Berhad, Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Othman A. Karim, Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Dr. Hajah Yatela Zainal Abidin, Penyandang Kursi Kelestarian UKM-YSD, Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Pengarah Bahagian Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Mohd Firdaus Husin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan), Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Zaib Mat Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia, Encik Amin Abdullah. Kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menanam pokok doa.
ANGKASA turut menyumbang kerusi dan meja untuk kegunaan pengunjung di Denai Alur Ilmu.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease