WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2023

8

ANGKASA

JANUARI 2023

Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi Bantu Selaras Tadbir Urus Koperasi Bermula 2023

Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi akan dibentang untuk Kelulusan

Sesi pembentangan Draf Pelan Tindakan Digitalisasi koperasi yang disertai Dato' Ali Mansor (kiri sekali), Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman (dua dari kiri), Encik Azizul Alias, (dua dari kanan) dan Prof. Dr. Rosalina Ahmad Saufi.

Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Dr. Mohd Azlan Yahya.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Draf Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi yang telah siap akan dibentangkan kepada Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick. Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya sewaktu berucap dalam majlis penutupan bengkel tersebut berkata, terdapat beberapa ruang penambahbaikan yang telah dipersetujui bersama dan diyakini akan memberi impak yang lebih baik ini. “Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemegang taruh termasuk KUSKOP, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang bersungguh-sungguh berusaha menjayakan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi,” katanya. Bengkel yang berjalan selama dua hari itu membincangkan secara terperinci mengenai Pelan DigiKom yang telah dirangka secara bersama oleh ANGKASA dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sejak awal tahun 2022. Hadir sama dalam penutupan bengkel tersebut ialah Ketua Konsultan Pembangunan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi, UMK, Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan IKMa, Encik Zaib Md. Yunus, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan SKM, Encik Azam Sulaiman dan Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP, Puan Noor Azlin Adnan.

digital terlalu drastik, lebih-lebih lagi apabila seluruh dunia menerima tempias pandemik COVID-19 yang telah mengubah hampir keseluruhan aspek kehidupan dan menuntut kita semua beradaptasi dengan keperluan teknologi. Gerakan koperasi juga tidak terkecuali dalam hal ini,” katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang mewakili Presiden ANGKASA, dalam ucapannya berkata, Pelan DigiKom yang digerakkan oleh ANGKASA dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan UMK telah menganjurkan 10 Sesi Libat Urus bersama pemegang taruh dan koperasi (besar, sederhana, kecil) serta satu kajian mengenai tahap digitalisasi koperasi sebagai asas utama dalam merangka pelan tersebut. Turut berlangsung adalah Sesi Pembentangan Draf Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi oleh Ketua Konsultan Pembangunan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi, UMK, Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor, Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa KUSKOP, Datin Dr. Syahira Hamidon; Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan SKM, Encik Azam Sulaiman, Barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa, Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha.

“Sebanyak 99.4 peratus atau 14,887 koperasi (perangkaan interim 2022, SKM) di Malaysia adalah koperasi asas yang mempunyai tahap kemampuan yang sangat rendah untuk beralih kepada infrastruktur teknologi. Situasi tersebut memerlukan komitmen dan kerjasama padu daripada semua pihak dalam membawa perubahan dan mentransformasikan gerakan koperasi ke arah digitalisasi. Justeru, Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi telah menggariskan peranan yang perlu dimainkan oleh agensi-agensi yang terlibat dalam mendigitalisasikan gerakan koperasi bermula tahun 2023 melalui beberapa sesi libat urus yang dijalankan". Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP, Encik Azizul Alias yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Suriani Dato’ Ahmad sewaktu berucap merasmikan Bengkel Akhir Pemurnian dan Penyelarasan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi Bersama Pemegang Taruh yang telah dijalankan selama dua hari di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur pada 6 Disember 2022. Katanya, pelan tersebut dalam proses semakan akhir di peringkat penyelarasan agensi-agensi yang terlibat secara langsung seperti KUSKOP, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA. “Perkembangan teknologi

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease