WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2023

ANGKASA 9 Koperasi Pemudah Cara Ringankan Kos Sara Hidup JANUARI 2023

YB P. Prabakaran melihat barangan keperluan asas di gerai aktiviti jualan program BA100. Turut sama ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Datuk Haji Abdul Razak.

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Koperasi mampu berperanan sebagai pemudah cara dalam membantu masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih berpatutan. Ahli Parlimen Batu, Wilayah komuniti Persekutuan Kuala Lumpur, YB P. Prabakaran a/l Parameswaran dalam ucapannya berkata, inisiatif yang dilaksanakan oleh Koperasi Komuniti Gemilang Bandar Baru Sentul adalah satu usaha yang boleh dicontohi selaras peranannya sebagai pemangkin sosioekonomi masyarakat setempat. Katanya, Program Pelancaran dan Karnival Jualan Barangan Asas dan Produk Koperasi anjuran bersama ANGKASA Wilayah Persekutuan

Jualan BA100 mendapat sambutan penduduk Bandar Baru Sentul 1, Kuala Lumpur.

berpendapatan rendah (B40) di negara tercapai, seterusnya membantu kos sara hidup penduduk bandar, terutamanya di Parlimen Batu yang merupakan kawasan parlimen kedua termiskin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative

kerajaan meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat. “ANGKASA sedang giat menaik taraf kedai koperasi dalam segmen peruncitan dan pemborongan dengan menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna,” katanya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA (JPAN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Koperasi Komuniti Gemilang Bandar Baru Sentul, Datuk Haji Abdul Razak Hussain dan barisan anggota JPAN Wilayah Persekutuan dan Pengurus Sektor Pemborongan dan Peruncitan, Puan Norlaili Mohammed Yatin.

Organization (ACO) , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sebagai badan koperasi APEKS yang diiktiraf oleh kerajaan, ANGKASA sedar akan tanggungjawabnya memakmurkan ekonomi masyarakat selari dengan hasrat

Kuala Lumpur itu dapat membantu meringankan tekanan kos hidup yang tinggi khususnya di kawasan bandar dengan menawarkan

YB P. Prabakaran a/l Parameswaran.

barangan keperluan harian dengan harga lebih berpatutan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan program tersebut pada 24 Disember 2022 bertempat di Dewan Persatuan Penduduk Bandar Baru Sentul 1, Kuala Lumpur. Program selama dua hari bermula daripada pukul 8 pagi hingga 6 petang itu turut melibatkan aktiviti jualan Barangan Asas 100 (BA 100) dengan harga istimewa dan beberapa aktiviti menarik yang lain. YB P. Prabakaran juga turut menyatakan sokongannya untuk memastikan matlamat Program BA100 yang memberi manfaat kepada masyarakat khususnya anggota koperasi dan golongan isi rumah

YB P. Prabakaran a/l Parameswaran, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Datuk Haji Abdul Razak bergambar bersama barisan anggota JPAN Wilayah Persekutuan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease