Panduan Penyusuan Susu Ibu by KPJ Sabah

Buku ini adalah panduan penting untuk ibu yang baru melahirkan atau bakal melahirkan, membincangkan kepentingan penyusuan susu ibu serta memberi tips praktikal untuk memulakan dan meneruskannya dengan yakin, demi kesihatan ibu dan bayi.

PENYUSUAN SUSU IBU Pilihan terbaik untuk bayi dan anda

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai 6 bulan. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Edisi 2023 Terbitan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU KPJ SABAH Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala. Melatih semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini. Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang- kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu. Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi. Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab- sebab perubatan. Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa. Memastikan ibu dan bayi bersama- sama selama 24 jam sehari. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues).

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu.

10 11 12 13 14

Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik. Pematuhan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan: Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care): Menyokong dan mengamalkan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care). Semua ibu HIV positif dirujuk untuk menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi. Amalan Penyusuan Susu Ibu Semasa Pandemik : Semua ibu yang disahkan atau dalam siasatan jangkitan penyakit sewaktu pandemic akan menerima runding cara serta tunjuk ajar tentang penyusuan dan pemakanan bayi mengikut tatacara pencegahan dan kawalan jangkitan di fasiliti kesihatan tersebut (infection prevention and control).

01

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan pendarahan selepas bersalin. Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari. Mengurangkan berat badan (jika disertai dengan senaman dan pemakanan sihat). Menjimatkan masa dan wang. Mudah dan tidak perlu persediaan. 2. Kebaikan Penyusuan Susu lbu Kepada lbu Mengandungi zat makanan yang lengkap dan makanan terbaik untuk bayi. Melindungi bayi daripada jangkitan penyakit. Mengurangkan risiko alahan kepada bayi. Mengelakkan masalah cirit-birit. Perkembangan daya intelek lebih baik (IQ tinggi). Kurang masalah pergigian dan ortodontik. Suhu yang sesuai dan sedia diminum. Mengurangkan risiko juvenile-onset diabetes dan jangkitan telinga. Mudah dihadam. 1. Kebaikan Penyusuan Susu lbu Kepada Bayi

3. Kepentingan Sentuhan Kulit Ke Kulit Sebaik Sahaja Bayi Dilahirkan Bayi merasa tenang dan tidak kesejukan. Menggalakkan hubungan ibu dan bayi untuk membantu memulakan penyusuan susu ibu. Menggalakkan pengkolonian bakteria baik daripada badan ibu kepada badan bayi. Merangsang pengaliran dan penghasilan susu. Menstabilkan pernafasan dan denyutan jantung bayi.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sentuhan kulit ke kulit ibu-bayi perlu dilakukan dengan segera. lbu digalakkan memberi sentuhan kulit ke kulit selama 1 jam atau lebih.

01

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

4. Kepentingan Penyusuan Awal atau Sebaik Sahaja Bayi Dilahirkan

Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara EKSKLUSIF. Memastikan bayi mendapat KOLOSTRUM dengan cepat kerana bayi baru lahir mempunyai naluri hisapan yang kuat (rooting reflex) Kolostrum adalah cecair pertama berwarna kekuningan dan pekat. la dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit, sesuai dengan saiz perut bayi. Keistimewaannya: i. Kaya dengan antibodi, protein, vitamin A & E. ii. Bertindak sebagai 'paint coating' melindungi usus bayi daripada jangkitan. iii. Bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria. iv. Membantu dalam pembentukan bakteria baik untuk usus bayi. v. Membantu bayi mengeluarkan mekonium untuk mencegah jaundis.

Kolostrum yang baru diperah

Mekonium

Najis susu ibu

Kapasiti perut bayi baru lahir =

4x Sudu Teh = 20ml

Kapasiti perut bayi umur 1 tahun

=

40x Sudu Teh = 200ml

lbu dapat menyusukan bayi bila-bila masa mengikut kehendak BAYI dan IBU. Boleh merangsang pengaliran dan pengeluaran susu. Bayi mendapat cukup susu. Dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi. Membentuk ritma jaga dan tidur bayi. lbu dapat belajar tanda-tanda bayi ingin menyusu. Bayi tidur lebih nyenyak. 5. Kepentingan Bayi dan lbu Sentiasa Bersama (Rooming-ln)

02

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

lbu akan menghasilkan cukup susu dan pengeluaran susu menjadi lancar. Bayi mendapat cukup susu dan semua nutrien yang diperlukan untuk pembesarannya. lbu dapat mengetahui respon bayi dan corak penyusuan bayinya. Bayi kurang menangis. Menurunkan paras jaundis (serum bilirubin) bayi. lbu kurang mengalami bengkak payudara. 6. Kepentingan Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi PENTING Mengetahui tanda-tanda bayi ingin menyusu semasa proses sentuhan kulit-ke-kulit; Membolehkan ibu memulakan penyusuan lebih awal. Memastikan bekalan susu yang berterusan. Mengelakkan masalah bengkak payudara. Mengurangkan tangisan bayi dan keinginan ibu untuk memberikan bayi KETAHUI tanda-tanda bayi ingin menyusu: Menggerak-gerakkan mata. Membuka mulut, menjelirkan lidah serta memusingkan kepalanya untuk mencari payudara ibu (rooting reflex). Bayi mengeluarkan bunyi merengek yang perlahan (soft whimper sounds). Menghisap jari, tangan, selimut/kain/tuala atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya. Menangis. Fore Milk & Hind Milk Di awal penyusuan, bayi mendapat susu awal atau 'fore milk'. Fore milk mempunyai kandungan air tinggi yang membantu menghilangkan dahaga bayi. lbu perlu membiarkan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga habis sebelum memberikan payudara sebelah bagi membolehkan bayi mendapat susu akhir atau 'hind milk'. Hind milk lebih pekat dan kaya dengan kandungan lemak dan protein yang memberikan kekenyangan kepada bayi. makanan lain ataupun puting tiruan/kosong. Memastikan bayi puas dalam penyusuan.

Susui bayi mengikut kehendak bayi dan bukan mengikut sela masa. Kebanyakan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merasa kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap sehingga tertidur.

03

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Membolehkan bayi mendapat susu yang mencukupi secara berkesan. Mengelakkan masalah payudara seperti bengkak payudara dan Iuka puting. Melancarkan pengaliran air susu. 7. Kepentingan Posisi Dan Pelekapan Yang Betul Posisi ibu yang betul: Selesa dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika perlu.

Posisi bayi yang betul: Kepala, bahu dan tubuh bayi selari menghadap ibu. Muka bayi menghadap payudara dan hidung bayi bertentangan dengan puting. Badan bayi rapat ke badan ibu. Perut bayi bertemu perut ibu. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu.

04

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Pelekapan dan Penghisapan Yang Betul Selesa dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika perlu.

Sentuh bibir bayi dengan puting hingga mulut bayi terbuka luas. Pastikan dagu bayi menyentuh payudara ibu. Bibir bayi kelihatan melengkup keluar apabila menghisap areola. Masukkan keseluruhan atau sebahagian besar tompok gelap (areola) ke dalam mulut bayi. Pipi bayi kelihatan penuh dan cembung semasa menyusu.

Bayi akan menghisap dengan perlahan, mendalam dan kedengaran bunyi menelan dengan ritma penghisapan seperti hisap- telan-bernafas dengan tenang. Jika bayi melekap pada payudara dengan betul, puting susu dan kebanyakan bahagian areola sepatutnya berada di dalam mulut bayi. Hanya susu ibu sahaja makanan paling sesuai untuk bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan. Susu ibu mengandungi: - Bahan pelindung penyakit (antibodi) - Faktor pertumbuhan Mengurangkan insiden cirit-birit dan penyakit-berjangkit. Mengurangkan risiko alahan. Mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan. 8. Kepentingan Penyusuan Susu lbu Sepenuhnya (Eksklusif)

Bayi yang cukup susu sepatutnya puas selama 1 hingga 2 jam di antara waktu menyusu.

05

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

PENYUSUAN EKSKLUSIF ialah Penyusuan susu ibu sepenuhnya tanpa sebarang minuman atau makanan lain diberikan kepada bayi selain SUSU IBU sama ada susu perahan ataupun susu ibu susuan. Pemberian vitamin, mineral atau ubat-ubatan dalam bentuk sirap atau titisan boleh diberikan atas nasihat anggota kesihatan. Selepas itu, hendaklah diikuti dengan pemberian susu ibu sahaja. lbu tidak perlu risau tentang bayi kehausan atau kekurangan air dalam badannya kerana susu ibu sudah mengandungi hampir 90% air yang mampu memenuhi keperluan air bayi.

Memastikan bayi mendapat cukup susu. Memastikan penghasilan susu yang berterusan. Mengelakkan masalah bengkak payudara. Mengurangkan risiko alahan. Mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan. 9. Kepentingan Untuk Menyusukan Bayi Dengan Kerap

Bayi perlu disusukan dengan kerap mengikut kehendak bayi atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. lni termasuklah penyusuan waktu malam. Tingkatkan kekerapan bayi menyusu dengan:

Susukan bayi secepat mungkin selepas dilahirkan. Pastikan teknik penghisapan yang betul bagi mengelakkan puting Iuka. Susukan bayi dengan kerap selama mana bayi mahu atau apabila payudara ibu terasa penuh, walaupun ketika itu bayi tidak mahu memulakannya. Tidak menggunakan botol susu/puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan menyebabkan bayi tidak mahu menyusu di payudara. Jika ibu bekerja, perah susu di tempat kerja supaya payudara tidak bengkak. Payudara yang kerap bengkak, berisiko menjadi punca air susu berkurangan. Sekiranya ibu perlu berpisah dengan bayi, perah susu ibu untuk memastikan bekalan susu ibu sentiasa ada. Jangan mulakan makanan pelengkap sebelum bayi berumur 6 buIan.

Bayi yang cukup susu sepatutnya puas selama 1 hingga 2 jam di antara waktu menyusu. Jika bayi lena, pelekapan boleh dilepaskan dengan memasukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi bagi mengelakkan puting Iuka.

06

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

10. Kepentingan Mempelajari Teknik Memerah Susu Menggunakan Tangan.

Teknik mudah untuk memerah KOLOSTRUM. Memudahkan pelekapan bayi. Mengelakkan saluran susu tersumbat. Membantu meredakan kesakitan akibat bengkak payudara. Memastikan penghasilan susu ibu yang berterusan.

Sekiranya ibu bekerja atau berpisah dengan bayi, ibu perlu mempelajari teknik berikut: Memerah susu ibu. Menyimpan susu perahan. Mencairkan perahan susu ibu yang dibekukan. Memberikan susu perahan kepada bayi.

Teknik Memerah Susu Dengan Tangan

Basuh tangan dengan bersih. lbu perlu selesakan diri kerana air susu akan mengalir dengan baik jika ibu dalam keadaan tenang. Letakkan ibu jari di sempadan tompok gelap (areola) dan jari telunjuk pada kedudukan bertentangan dengannya pada bahagian yang dirasai seperti berbiji (saluran susu). Jari-jari yang lain mengampu sebelah bawah payudara. Tekan ibu jari dan jari telunjuk serentak ke belakang ke arah dada (tekan pada saluran susu bagi membantu pengaliran air susu) dan lepas. Ulang pergerakan "tekan serentak dan lepas" sehingga susu habis dikeluarkan di tempat tersebut. Ulang langkah perahan mengikut pusingan di sekeliling areola untuk mengeluarkan susu di semua saluran susu pada payudara.

Areola merupakan kilang pengumpulan air susu. Elakkan memerah di atas areola kerana ini akan menghalang aliran air susu keluar dan menyebabkan kuantiti air susu perahan terhad.

07

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Menyimpan Susu lbu Perahan

08

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Labelkan susu ibu perahan untuk disimpan: Jika seorang ibu kepada bayi sihat memerah susu ibu pada tarikh 1 Februari 2024 (jam 10.00 pagi), cara melabel susu ibu perahan adalah seperti berikut:

Pastikan kuantiti susu yang disimpan cukup untuk sekali penyusuan sahaja. Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup. Labelkan bekas dengan menyatakan tarikh dan masa pemerahan. Simpan di dalam peti sejuk. Jika susu ingin dibekukan, pastikan simpanan susu tidak terlalu penuh.

Cara melabel bekas penyimpanan susu perahan

Jenis bekas menyimpan susu perahan

09

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Mencairkan susu perahan ibu yang dibekukan

Gunakan susu yang paling awal diperah dahulu. Amalkan konsep "FIRST IN - FIRST out'. Letakkan susu beku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman (suhu 2°C - 4°C). Susu yang telah dicairkan mestilah digunakan dalam masa 24 jam. Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk sekali penyusuan sahaja). Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (selepas itu tidak boleh digunakan semula). Jangan panaskan susu dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur. Penggunaan warmer dibolehkan pada suhu 37°C - 40°C. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi 2 lapisan. Goncangkan bekas dengan perlahan untuk menggabungkan lapisan yang terpisah itu.

Cara memberikan susu perahan kepada bayi

Berikan susu dengan menggunakan sudu atau cawan kecil untuk mengelakkan bayi KELIRU PUTING. Pangku bayi di atas peha pada aras condong 45°. Sentuh cawan kecil yang mengandungi susu di bibir bawah bayi. Jangan tuangkan terus ke dalam mulut bayi. Pegang cawan dan biarkan bayi menjilat atau menghirup sendiri. Pada permulaannya adalah perkara biasa jika susu tumpah sedikit. Apabila kenyang, bayi akan berhenti sendiri.

10

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

TIPS PENYUSUAN BAGI IBU BEKERJA

Berazamlah untuk menyusukan bayi sepenuhnya (secara eksklusif). Semasa cuti bersalin, susuilah bayi sepenuhnya dari payudara (direct feeding) untuk menggalakkan penghasilan susu ibu dan menstabilkan amalan penyusuan. lbu dinasihatkan berlatih memerah susu 2 minggu selepas kelahiran bayi atau pada bila-bila masa secepat yang mungkin mengikut kesesuaian. Simpan semua susu perahan sebagai stok apabila telah kembali bekerja. Jika mempunyai pengasuh, latihan memberikan susu perahan kepada bayi hendaklah diberikan kepadanya. Selepas waktu bekerja, ibu boleh menyusui bayi mereka bila-bila masa mengikut kehendak bayi.

11

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

11. Kepentingan Meneruskan Penyusuan Susu lbu Selepas 6 Bulan Di Samping Pemberian Makanan Pelengkap

Memastikan penghasilan air susu berterusan. lbu perlu memberikan penyusuan pada payudara sebelum memberikan makanan pelengkap. Mengeratkan lagi kasih sayang bayi dan ibu melalui sentuhan yang berterusan sehingga bayi berumur 2 tahun. Bayi mendapat perlindungan daripada penyakit secara berterusan dan melalui penyusuan boleh memberi kelegaan kepada bayi yang sakit atau menangis. Penyusuan perlu diteruskan kerana ianya masih membekalkan 30%-50% daripada keperluan kalori bayi berumur 12 bulan.

12. Bagaimana Memastikan Penyusuan Awal Dapat Dimulakan

Lakukan sentuhan kulit ibu ke kulit bayi sebaik sahaja selepas bersalin. Mulakan penyusuan susu ibu dengan segera sejurus selepas ibu bersalin. Lebih cepat penyusuan dimulakan, lebih cepat dan banyak air susu dihasilkan. lbu dan bayi perlu sentiasa bersama pada setiap masa. Elakkan penggunaan puting tiruan dan puting kosong kerana ini akan menjadikan bayi keliru puting. Jika berterusan, bayi akan mula menolak payudara ibu.

12

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

13. Risiko Pemberian Susu Formula Dan Susu Gantian.

Masalah jangkitan seperti jangkitan jangkitan usus, cirit-birit, penyakit jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing. Ekzema dan lain-lain keadaan alahan. Keradangan usus besar yang serius (necrotising enterocolitis) bagi bayi pramatang. Perkembangan IQ yang lebih rendah. Diabetes dari peringkat kanak-kanak (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak, penanda awal risiko

mendapat penyakit jantung apabila dewasa. Kekurangan zat makanan jika susu dicairkan. Kematian bayi dan kanak-kanak di peringkat awal usia.

14. Penjagaan Mesra lbu.

lbu digalakkan untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu kelahiran. Semasa proses kelahiran, hanya bagi ibu yang berisiko rendah, jika ibu mahu, ibu dibenarkan mengambil minuman atau makanan yang ringan (contoh: air kosong, biskut marie, biskut manis hanya dalam kuantiti yang sedikit). lbu digalakkan untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan seperti urutan badan atau tuam dengan air suam. lbu digalakkan berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika ibu mahu. Mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Mengurangkan kebarangkalian penggunaan ubat penahan sakit seperti epidural. Memendekkan tempoh bersalin (shorter labors). Mengurangkan kejadian bersalin secara pembedahan caesarean. Sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, ubat perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labor) atau pembedahan caesarean tidak digunakan melainkan adanya komplikasi semasa bersalin.

13

KUMPULAN SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU

Tips kejayaan penyusuan susu ibu adalah apabila seorang ibu mendapat sokongan daripada suami, keluarga dan masyarakat. Hadir ke kelas pendidikan penyusuan susu ibu. Beri sokongan emosi dalam bilik bersalin. Bantu isteri memulakan penyusuan susu ibu. Lakukan kerja-kerja rumah untuk kurangkan tekanan emosi dan fizikal isteri. Peranan Suami:

Peranan Keluarga Dan Masyarakat:

Beri sokongan emosi dan berkongsi maklumat mengenai penyusuan susu ibu. lngatkan ibu untuk dapatkan nasihat anggota kesihatan sebelum memulakan amalan tradisional ataupun pemberian susu formula.

Peranan Majikan:

Beri cuti bersalin mengikut kelayakan ibu bersalin di Malaysia. Sediakan Bilik Penyusuan dan kemudahan menyimpan susu perahan. Beri jadual waktu kerja yang lebih fleksibel untuk ibu memerah susu ibu. Sediakan kemudahan taska. Jika anda menghadapi sebarang masalah berkaitan penyusuan susu ibu, sila hubungi klinik kerajaan, hospital ataupun Ahli Kumpulan Sokongan Susu lbu (AKSSI) yang berhampiran dengan anda.

14

Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu KPJ Sabah bersedia untuk berkongsi maklumat dan membantu ibu-ibu selepas keluar dari hospital bagi memastikan semua ibu dapat menyusukan bayi mereka secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan sehingga usia 2 tahun.

Kumpulan Sokongan

Tel No.

Pn Valerie Tang

+6016 898 5811

Pn Nurfazira Saifudin

+6013 8083 207

Pn Princette A.W

+6016 8118 472

Pn Ruhainie Kahan

+6016 8404 098

Pn Siti Syarahzatul Aqma

+6016 5880 599

Pn Suraini Raffee

+6016 8222 935

Pn Rangai Baru

+6013 3456 743

Pn Veronica Palajius

+6016 8038 896

Pn Vun Cheou Yee

+6013 8986 556

Pn Marcela Bilda

+6019 8162 380

Pn Fidelia Roger

+6017 2661 511

KPJ Sabah Labour Room

+6088 322 143

General Line 088 322-000

WhatsApp 011-1331 1318

KPJ Sabah Specialist Hospital Lot No 2, Off Jalan Damai, Luyang 88300 Kota Kinabalu, Sabah

www.kpjhealth.com.my/sabah

kpjsabahspecialisthospital

Page i Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16

Made with FlippingBook Ebook Creator