Panduan Penyusuan Susu Ibu by KPJ Sabah

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Mencairkan susu perahan ibu yang dibekukan

Gunakan susu yang paling awal diperah dahulu. Amalkan konsep "FIRST IN - FIRST out'. Letakkan susu beku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman (suhu 2°C - 4°C). Susu yang telah dicairkan mestilah digunakan dalam masa 24 jam. Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk sekali penyusuan sahaja). Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (selepas itu tidak boleh digunakan semula). Jangan panaskan susu dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur. Penggunaan warmer dibolehkan pada suhu 37°C - 40°C. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi 2 lapisan. Goncangkan bekas dengan perlahan untuk menggabungkan lapisan yang terpisah itu.

Cara memberikan susu perahan kepada bayi

Berikan susu dengan menggunakan sudu atau cawan kecil untuk mengelakkan bayi KELIRU PUTING. Pangku bayi di atas peha pada aras condong 45°. Sentuh cawan kecil yang mengandungi susu di bibir bawah bayi. Jangan tuangkan terus ke dalam mulut bayi. Pegang cawan dan biarkan bayi menjilat atau menghirup sendiri. Pada permulaannya adalah perkara biasa jika susu tumpah sedikit. Apabila kenyang, bayi akan berhenti sendiri.

10

Made with FlippingBook Ebook Creator