Panduan Penyusuan Susu Ibu by KPJ Sabah

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

13. Risiko Pemberian Susu Formula Dan Susu Gantian.

Masalah jangkitan seperti jangkitan jangkitan usus, cirit-birit, penyakit jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing. Ekzema dan lain-lain keadaan alahan. Keradangan usus besar yang serius (necrotising enterocolitis) bagi bayi pramatang. Perkembangan IQ yang lebih rendah. Diabetes dari peringkat kanak-kanak (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak, penanda awal risiko

mendapat penyakit jantung apabila dewasa. Kekurangan zat makanan jika susu dicairkan. Kematian bayi dan kanak-kanak di peringkat awal usia.

14. Penjagaan Mesra lbu.

lbu digalakkan untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu kelahiran. Semasa proses kelahiran, hanya bagi ibu yang berisiko rendah, jika ibu mahu, ibu dibenarkan mengambil minuman atau makanan yang ringan (contoh: air kosong, biskut marie, biskut manis hanya dalam kuantiti yang sedikit). lbu digalakkan untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan seperti urutan badan atau tuam dengan air suam. lbu digalakkan berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika ibu mahu. Mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Mengurangkan kebarangkalian penggunaan ubat penahan sakit seperti epidural. Memendekkan tempoh bersalin (shorter labors). Mengurangkan kejadian bersalin secara pembedahan caesarean. Sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, ubat perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labor) atau pembedahan caesarean tidak digunakan melainkan adanya komplikasi semasa bersalin.

13

Made with FlippingBook Ebook Creator