KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU
10. Kepentingan Mempelajari Teknik Memerah Susu Menggunakan Tangan.
Teknik mudah untuk memerah KOLOSTRUM. Memudahkan pelekapan bayi. Mengelakkan saluran susu tersumbat. Membantu meredakan kesakitan akibat bengkak payudara. Memastikan penghasilan susu ibu yang berterusan.
Sekiranya ibu bekerja atau berpisah dengan bayi, ibu perlu mempelajari teknik berikut: Memerah susu ibu. Menyimpan susu perahan. Mencairkan perahan susu ibu yang dibekukan. Memberikan susu perahan kepada bayi.
Teknik Memerah Susu Dengan Tangan
Basuh tangan dengan bersih. lbu perlu selesakan diri kerana air susu akan mengalir dengan baik jika ibu dalam keadaan tenang. Letakkan ibu jari di sempadan tompok gelap (areola) dan jari telunjuk pada kedudukan bertentangan dengannya pada bahagian yang dirasai seperti berbiji (saluran susu). Jari-jari yang lain mengampu sebelah bawah payudara. Tekan ibu jari dan jari telunjuk serentak ke belakang ke arah dada (tekan pada saluran susu bagi membantu pengaliran air susu) dan lepas. Ulang pergerakan "tekan serentak dan lepas" sehingga susu habis dikeluarkan di tempat tersebut. Ulang langkah perahan mengikut pusingan di sekeliling areola untuk mengeluarkan susu di semua saluran susu pada payudara.
Areola merupakan kilang pengumpulan air susu. Elakkan memerah di atas areola kerana ini akan menghalang aliran air susu keluar dan menyebabkan kuantiti air susu perahan terhad.
07
Made with FlippingBook Ebook Creator