Buku Program Seminar Buku Teks

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat menganjurkan Seminar Buku Teks Mendepani Kurikulum Persekolahan 2027. Seminar yang dianjurkan ini adalah satu platform penting untuk kita semua berkongsi ilmu, bertukar pandangan, dan merancang langkah-langkah strategik dalam memperkasakan sistem pendidikan negara melalui penggunaan buku teks yang berkualiti dan relevan, bukan sahaja selaras dengan perkembangan semasa, tetapi juga selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital dan Kurikulum Persekolahan 2027. Dalam era digital ini, murid kita di Malaysia perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran digital dan penggunaan teknologi terkini yang terkandung dalam buku teks serta platform pembelajaran atas talian. Kemahiran seperti literasi digital, pemikiran kritis, dan keupayaan untuk menggunakan teknologi akan membantu mereka menguasai ilmu yang bermanfaat, sekaligus mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan yang semakin kompleks. Dengan

pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, proses pembelajaran menjadi lebih interaktif, menarik dan efektif, di samping dapat menggalakkan murid untuk lebih aktif dan kreatif dalam mencari penyelesaian kepada masalah semasa. Semoga seminar ini dapat membantu kita mengumpul maklumat dalam membina buku teks masa hadapan. Terutamanya yang berkaitan dengan aspek kandungan, persembahan, aktiviti dan latihan, bahasa dan istilah serta ilustrasi buku teks. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan seminar ini. Semoga usaha murni kita akan diberkati oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

PUAN ANIZA BINTI KAMARULZAMAN PENGARAH BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

03

Made with FlippingBook Digital Proposal Creator