WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2024

S

DISEMBER 2024 JILID: WP06/12

ANGKASACoop

www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)

Sambutan IYC2025: Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (tiga dari kiri) ketika merasmikan Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) Peringkat Kebangsaan di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 12 Disember 2024. Turut bersama ialah Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP (Pembangunan Usahawan), Dato’ Haji Zamri Salleh (dua dari kiri), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) (kanan sekali), Pengerusi Institut Koperasi Malaysia, Tuan Onn Abu Bakar (kiri sekali) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan).

untuk meneroka peluang mengembangkan kerjasama, memperluas jaringan serta memperkukuh kolaborasi di peringkat domestik dan global. “IYC2025 merupakan pengiktirafan besar yang diberikan oleh PBB dan kerajaan Malaysia turut memberi pengiktirafan yang sangat signifikan kepada gerakan koperasi negara,”

kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Peluncuran Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 Peringkat Kebangsaan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 12 Disember 2024 yang dihadiri lebih 700 jemputan.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) bukan sahaja mencerminkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap gerakan koperasi global, malah juga menyediakan platform utama bagi gerakan koperasi Malaysia

BERSAMBUNG DI MUKA 2

2

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

DISEMBER 2024

DARI MUKA 1 Tambah beliau, selaras dengan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2025, kerajaan telah bersetuju untuk menyokong penganjuran ASEAN Cooperative Dialogue yang akan diadakan pada tahun hadapan dan akan dijayakan oleh ANGKASA dengan sokongan penuh daripada kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). “Ini termasuk sokongan peruntukan sebanyak RM1 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk ANGKASA bagi memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi serantau melalui ASEAN Co-operative Organization sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025,” jelas beliau. Sokongan itu menegaskan bahawa gerakan koperasi negara tidak hanya mampu mengatasi cabaran global, malah juga berpotensi untuk memimpin gerakan koperasi di rantau ini. Beliau turut berkata, sebagai langkah ke

hadapan, KUSKOP kini dalam proses akhir merangka draf pindaan Akta Koperasi yang sudah berusia hampir tiga dekad. Draf tersebut dijangka dibentangkan pada mesyuarat kabinet bulan ini sebelum diangkat ke parlimen pada sesi tahun hadapan. Pindaan itu bukan sahaja bertujuan memperkasa perundangan, bahkan juga memastikan koperasi mampu menjana perolehan lebih besar untuk ahli-ahlinya. “Namun sebelum itu, saya ingin melihat dan mendapatkan maklum balas akhir daripada gerakan koperasi negara, khususnya ANGKASA dan anggota- anggotanyasertapemimpingerakankoperasisebelum kita membentangkannya di parlimen,” katanya. Beliau juga menegaskan bahawa pindaan itu harus menggunakan pendekatan berlandaskan akal budi yang mendukung gerakan koperasi dalam menjana perolehan yang lebih besar untuk ahli-ahlinya. "Pada pandangan saya, pindaan ini seharusnya dapat mencakupi aspirasi koperasi yang telah dipersetujui sebelum ini," tambah beliau.

Terdahulu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya telah menggalakkan kerajaan negeri melalui EXCO yang menjaga portfolio koperasi untuk menganjurkan majlis peluncuran IYC2025 di peringkat negeri masing-masing. Majlis peluncuran itu bertujuan untuk memperkukuh penglibatan koperasi di peringkat negeri serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi negara. Tambahnya lagi, setiap negeri digalakkan untuk merancang dan melaksanakan program yang sesuai sempena IYC2025. Inisiatif tersebut diharap dapat memberi peluang kepada koperasi tempatan untuk berkembang dan memperluas jaringan mereka, sekaligus mempertingkatkan daya saing koperasi Malaysia di peringkat global.

YB Datuk Ewon, barisan tetamu kehormat dan jemputan bergambar selepas selesai majlis.

YB Datuk Ewon menyampaikan replika cek, sijil dan plak kepada johan Pertandingan Melukis Poster Peringkat Kebangsaan dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Kreatif Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan sempena IYC2025.

YB Datuk Ewon ketika memberikan ucapan.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir • Arman Yusuf Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal

Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Media dan Penerbitan Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

3 INFO SEMASA

DISEMBER 2024

Tema IYC2025 Jadi Tajuk Forum Anjuran IKMa

Sesi forum 'Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat' menampilkan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Insklusif Malaysia (MINDA - UKM), Prof. Tan Sri Dato' Dr. Noor Azlan Ghazali (dua dari kiri), Pengerusi Kebuniti Selangor Berhad, Tan Sri Abukasim Mohamed (dua dari kanan) dan Pengerusi Co-opbank Pertama (CBP), Datuk Baharom Embi (kanan sekali) yang dikendalikan oleh moderator iaitu Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan (kiri sekali).

Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ

Sambutan tersebut turut diserikan dengan Sesi Forum anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang dikendalikan oleh moderator iaitu Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dengan mengenengahkan tajuk 'Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat'. Tiga ahli panel yang mengambil bahagian ialah Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dato' Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengerusi Koperasi Kebuniti Selangor Berhad, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengerusi Co-opbank Pertama (CBP), Datuk Baharom Embi. Dalam sesi tersebut, Prof. Tan Sri Dato' Dr. Noor Azlan menekankan bahawa koperasi adalah mekanisme penting yang belum dimanfaatkan sepenuhnya dalam menangani cabaran masa kini. Beliau menambah bahawa koperasi di Malaysia masih mempunyai perjalanan yang jauh jika dibandingkan dengan negara-negara maju dan menekankan keperluan untuk menggerakkan platform koperasi secara lebih efektif. Tan Sri Abu Kassim pula mengulas bahawa kepimpinan adalah elemen utama dalam memastikan kejayaan sesebuah koperasi. Beliau menjelaskan bahawa perhatian utama harus diberikan kepada individu, khususnya dalam aspek kepimpinan yang memainkan pelbagai peranan penting.

Datuk Baharom menekankan kepentingan pembiayaan dan dana kepada koperasi. Beliau menambah bahawa inisiatif untuk memudahkan pembiayaan dan memperluaskan akses dana adalah penting bagi membolehkan koperasi memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan ekonomi negara. Selain forum, sebanyak 45 pempamer turut mengambil bahagian dalam sambutan itu termasuk ANGKASA, subsidiari ANGKASA, agensi kerajaan dan koperasi. Sambutan tersebut juga dimeriahkan dengan Jualan Rahmah MADANI yang berlangsung di tapak parkir ANGKASA, menawarkan peluang kepada peserta dan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai barangan pada harga berpatutan. Barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Encik Azizul Alias (Wakil KUSKOP) dan Encik Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan), barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) ANGKASA, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA diketuai Pengerusinya, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh, barisan Penasihat Korporat ANGKASA dan barisan pengurusan ANGKASA.

Majlis Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 Peringkat Kebangsaan disambut meriah dengan kehadiran seramai 702 jemputan secara fizikal dan tiga ribu lagi secara dalam talian. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick. Antara tetamu yang hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Haji Zamri Salleh, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Pengerusi Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Tuan Onn Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) serta Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan, negeri dan swasta. Bertemakan 'Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat', Tahun Koperasi Antarabangsa atau International Year of Cooperatives (IYC2025) telah diisytiharkan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 pada Disember 2023 melalui resolusi A/78L.71 yang diratifikasi oleh negara-negara anggota PBB. Pengiktirafan PBB itu mengambil kira peranan serta sumbangan gerakan koperasi terhadap pembangunan mampan di seluruh dimensi sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Dari Meja Presiden

Usia gerakan koperasi di Malaysia semakin matang setelah melalui era pembangunan sosioekonomi yang lestari. Keupayaan koperasi dalam mencipta potensi dan peluang perniagaan telah memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada ekonomi negara. Tahun 2024 telah menyaksikan peningkatan koperasi yang berdaftar mencecah angka 16 ribu buah dan pastinya, kedudukan jumlah anggota, syer dan aset juga akan turut meningkat. Namun, usaha untuk meneruskan kecemerlangan tadbir urus koperasi dan aktiviti yang dijalankan khususnya perniagaan perlulah selari dengan kualiti dan perkembangan semasa. Perkara tersebut penting bagi menjamin kelestarian gerakan koperasi selain terus menjadikan produk dan perkhidmatan koperasi menjadi pilihan oleh pengguna dan masyarakat.

Koperasi masih mempunyai peluang yang terbuka dan luas untuk meningkatkan lagi standard produk dan perkhidmatan

sedia ada di samping boleh membentuk perniagaan baharu mengikut keupayaan dan kelebihan yang dimiliki dengan sokongan dan bantuan berterusan oleh kerajaan. Kita amat berharap agar tahun 2025 yang juga ' Tahun Koperasi Antarabangsa’ mencipta lebih banyak lagi kejayaan terutamanya dalam aspek perolehan koperasi selain meningkatkan lagi kapasiti eksport produk koperasi ke negara-negara luar. Saya mewakili ANGKASA mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2025 dan mendoakan agar gerakan koperasi terus menyinar dan dilimpahi rahmat dan rezeki oleh Allah SWT.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 4

DISEMBER 2024

PM India Lancarkan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025)

LIPUTAN LUAR NEGARA

Modi melancarkan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) dan merasmikan Persidangan Koperasi Global Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Bharat Mandapam, New Delhi, India pada 25 November 2024. (Kredit foto: Ministry of Cooperation, Government of India ).

gerakan koperasi dalam pertumbuhan ekonomi negara itu selain turut menyatakan komitmen kerajaannya dalam memperkukuh gerakan berkenaan. Tambahnya, dalam tempoh 10 tahun yang lalu, India telah berusaha untuk mengubah keseluruhan ekosistemnya yang berkaitan dengan koperasi. “Usaha kami adalah untuk menjadikan koperasi sebagai persatuan pelbagai guna,” katanya sambil menambah bahawa sekitar 200,000 lagi persatuan koperasi pelbagai guna sedang ditubuhkan di kawasan luar bandar. Terdahulu, Amit Shah dalam ucapannya berkata, keputusan BKK untuk mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa adalah langkah yang tepat pada masanya serta akan memberikan manfaat besar kepada berjuta-juta orang miskin dan petani di seluruh dunia. Beliau juga berkata bahawa dalam tempoh tiga tahun yang lalu, banyak aktiviti baharu telah dijalankan dalam sektor koperasi di India. Selepas 75 tahun merdeka, gerakan itu telah mengalami kebangkitan dengan semangat yang lebih tinggi. Turut hadir dalam persidangan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Rusli Jaafar, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Cooperative Housing International, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak. IYC2025, bertemakan ‘Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat’, merupakan pengiktirafan PBB terhadap gerakan koperasi di seluruh dunia. Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan peranan model koperasi sebagai penyelesaian utama dalam menghadapi cabaran global dan sumbangannya dalam mempercepat pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) menjelang 2030. Pengiktirafan itu juga mengambil kira peranan koperasi yang mempromosikan sepenuhnya penyertaan inklusif dalam pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan termasuk wanita, belia, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), orang asal serta kumpulan terpinggir yang lain. Majlis Penutupan IYC2025 akan berlangsung di Doha, Qatar dari 4 hingga 6 November 2025, bersama dengan Sidang Kemuncak Dunia PBB Kedua untuk Pembangunan Sosial iaitu 30 tahun selepas Sidang Kemuncak Pertama yang diadakan pada tahun 1995. Sebagai rekod, Perhimpunan Agung PBB Ke-78 pada Disember 2023 melalui resolusi A/78/L.71 yang diratifikasi oleh negara-negara anggota PBB, mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa yang kedua. Pertama kali PBB mengambil keputusan untuk meluluskan resolusi seumpama itu adalah pada tahun 2011 ketika pertubuhan tersebut memutuskan untuk menjadikan koperasi sebagai isu global pada tahun 2012. Oleh itu, tahun 2012 diisytiharkan sebagai tahun koperasi untuk kali pertama dalam sejarah PBB. Persidangan Koperasi Global ICA 2024 yang berlangsung dari 25 hingga 30 November 2024 di Bharat Mandapam

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Perdana Menteri India, Narendra Modi melancarkan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) pada 25 November 2024 di hadapan lebih 3,000 delegasi dari lebih 100 negara di Bharat Mandapam, New Delhi. Dalam majlis yang sama, beliau turut merasmikan Persidangan Koperasi Global Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA). Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Perdana Menteri Bhutan, Tshering Tobgay, Timbalan Perdana Menteri Fiji, Manoa Kamikamica, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kerjasama Kesatuan India, Amit Shah, Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di India, Shombi Sharp, Presiden ICA, Ariel Guarco serta beberapa pemimpin lain. Delegasi Malaysia seramai 41 orang yang diketuai oleh Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut menyertai persidangan tersebut. Beliau yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) merupakan antara pemimpin koperasi dari lebih 10 negara yang telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan yang memberi fokus terhadap kelestarian gerakan koperasi khususnya melalui penglibatan golongan belia. Dalam ucapannya, Modi menekankan pentingnya menghubungkan gerakan koperasi dengan ekonomi kitaran untuk meningkatkan daya tahan koperasi terhadap perubahan iklim, serta menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam sektor koperasi. Justeru, katanya, perlu ada usaha untuk menginovasikan dasar dan strategi koperasi serta menggalakkan penubuhan perusahaan permulaan ( startup ) dalam sektor tersebut. Beliau menyeru delegasi koperasi yang hadir untuk meneroka idea mewujudkan institusi kewangan global bagi membiayai koperasi serta membangunkan model kewangan kolaboratif yang dapat menyokong pertumbuhan dan kelestarian badan koperasi di peringkat antarabangsa. Modi juga berkata bahawa India melihat peranan besar yang dimainkan oleh

Sebahagian daripada delegasi yang hadir. (Kredit foto: Ministry of Cooperation, Government of India ).

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 5

DISEMBER 2024

Setiausaha Agung PBB, António Guterres dalam satu mesej khas menekankan peranan penting koperasi dalam menangani cabaran global, memacu pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) serta membina masa depan yang lebih mampan dan dunia yang lebih baik untuk semua.

Presiden ICA, Ariel Guarco mengetuai acara menaikkan bendera IYC2025 di Bharat Mandapam. (Kredit foto: ICA).

Kepimpinan ANGKASA yang diketuai Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menghadiri pelancaran IYC2025.

telah dianjurkan oleh ICA serta dihoskan oleh Indian Farmers Fertiliser Cooperative (IFFCO) dan 18 organisasi anggota ICA di India, yang bersama-sama mewakili hampir 800 ribu koperasi dan 290 juta anggota koperasi. Pada 29 November 2024, Perhimpunan Agung ICA berlangsung di mana anggota ICA global berhimpun secara rasmi untuk merumus dan melaksanakan dasar berkaitan pelbagai isu utama yang memberi impak kepada ICA dan

gerakan koperasi global. Selain itu, mereka juga meluluskan Pelan Strategik ICA serta ke rangka kewangannya. ICA yang ditubuhkan pada tahun 1985 merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab dalam menyatukan, mewakili dan memberikan perkhidmatan kepada tiga juta perusahaan koperasi yang mewakili lebih satu bilion anggota koperasi.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama Pengerusi Indian Farmers Fertiliser Cooperative (IFFCO), Dileep Sanghani (empat dari kanan).

Delegasi koperasi dari seluruh dunia berhimpun di Bharat Mandapam untuk menyaksikan pelancaran IYC2025.

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 6

DISEMBER 2024

Malaysia Sedia Tawar Kepakaran Pengurusan Koperasi Sekolah kepada Koperasi Dunia

Datuk Dr Seri Abdul Fattah Abdullah menyampaikan ucapan mengenai kejayaan gerakan koperasi sekolah di Malaysia dalam sesi ' Celebrating Cooperatives Building Prosperity for All'.

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Koperasimampumenghadapicabaranglobalpada masa hadapan sekiranya dapat mempersiapkan golongan belia dengan ilmu keusahawanan koperasi dan inovasi sejak di peringkat sekolah lagi. Presiden ANGKASA yang juga Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian semasa memberikan ucapan mengenai gerakan koperasi sekolah di Malaysia dalam Celebrating Cooperatives Building Prosperity for All - Bridging Culture, Continuity and Innovation. Program yang berlangsung di Bharat Mandapam, New Delhi, India pada 25 November 2024 itu adalah sebahagian daripada Persidangan Koperasi Global dan Perhimpunan Agung ICA 2024 yang berlangsung selama enam hari bermula 25 November 2024 hingga 30 November 2024. Persidangan yang dihadiri lebih 1,200 delegasi dari 97 negara termasuk 41 delegasi Malaysia tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah merupakan antara 24 pemimpin koperasi dari 11 negara yang diberikan penghormatan untuk berkongsi kejayaan gerakan koperasi sekolah di Malaysia. Sebagai rekod, statistik interim dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga Jun 2024 menunjukkan terdapat 2,499 buah koperasi sekolah di seluruh negara, dengan keanggotaan seramai 2.09 juta individu, syer sebanyak RM30.47 juta, aset sebanyak RM469.56 juta dan perolehan sehingga Disember 2023 adalah RM430.42 juta. Bakat dan kemahiran keusahawanan boleh digilap kepada golongan remaja melalui koperasi sekolah. Menurut beliau, ANGKASA turut menjalankan program kemampanan di sekolah melalui koperasi dengan menanamkan nilai-nilai kesedaran dalam kalangan generasi pemimpin koperasi masa hadapan seperti program coopcare sejuta pokok dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim dari universiti tempatan. Beliau percaya model koperasi sekolah ANGKASA dari Malaysia boleh dikongsi bersama gerakan koperasi dari seluruh dunia.

Dato Haji Kamarudin Ismail membentangkan kertas kerja bertajuk "Koperasi Dalam Institusi Pendidikan- Perkukuh Identiti Koperasi Melalui Kepimpinan" semasa Persidangan ICA Global berlangsung.

Selain itu, ANGKASA juga turut mengalu-alukan sebarang bentuk kolaborasi dalam perjuangan membentuk kepemimpinan koperasi masa hadapan bersama rakan koperasi dari seluruh dunia. Sementara itu, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato' Haji Kamarudin Ismail turut berbicara mengenai koperasi sekolah di Malaysia sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk 'Koperasi Dalam Institusi Pendidikan - Perkukuh Identiti Koperasi Melalui Kepimpinan' dalam sesi selari bertajuk 'Koperasi di Institusi Pendidikan: Pemantapan Identiti Koperasi melalui Amalan dan Kepimpinan'. Katanya, ANGKASA sedia menawarkan latihan kepakaran kepada koperasi dunia yang berminat untuk membangunkan koperasi sekolah di negara masing-masing. Kejayaan ANGKASA melalui pembangunan koperasi sekolah telah berjaya menarik minat ramai koperator untuk mendalami kegiatan koperasi

sekolah yang dijalankan di Malaysia. Gerakan koperasi sekolah di Malaysia juga menekankan aspek kepimpinan dalam kalangan anggota koperasinya yang terdiri daripada pelajar sekolah dan guru melalui pelbagai aktiviti perniagaan. Tambahnya lagi, sembilan buah koperasi sekolah diasaskan oleh mantan Yang Dipertua ANGKASA, Allahyarham Prof Diraja Ungku A. Aziz, sejak tahun 1968, di mana anggota pelajar diasah bakat mereka supaya menjadi usahawan yang berjaya selain belajar menabung. Sesi tersebut dikendalikan oleh moderator, Co-secretary ICEI dan Vice Chancellor Chanakya University , Prof. Yashavantha Dongre dan turut disertai oleh Junki Ito dari National Federation of University Cooperative Associations (NFUCA), Jepun, Prof. Dr. C. Pitchai dari Profesor Ghandiram Rural Institute (GRI) dan Presiden Basque Cooperative High Council, Spain, Mr. Patxi Olabarria.

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 7

DISEMBER 2024

ICA Tingkatkan Strategi Global untuk Persediaan Tahun 2025

Selain menggalakkan pertumbuhan keahlian, ICA merancang menyusun semula struktur yuran dan hak mengundi, di samping memperkenalkan platform digital baharu untuk inovasi koperasi. ICA juga meneruskan hubungan strategik dengan institusi seperti itu, bagi International Labour Organization (ILO) dan Food and Agriculture Organization (FAO) untuk meningkatkan pengaruh koperasi dalam pembangunan sosial global. Dalam pada itu, acara seperti Kongres Koperasi Dunia akan dilaksanakan bagi menarik minat generasi muda dan meningkatkan kesedaran tentang peranan koperasi. ICA menekankan kepentingan memperkukuh identiti koperasi melalui kerjasama dengan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dan penyelidikan strategik. Usaha itu termasuk penerbitan panduan undang-undang koperasi serta pengenalan alatan pembiayaan baharu untuk menyokong koperasi di seluruh dunia. Langkah tersebut diharapkan dapat memperkasa koperasi individu dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi koperasi secara menyeluruh. Pelan strategik ICA untuk tahun 2025 bukan sahaja menyasarkan keberhasilan jangka pendek malah juga memberi fokus kepada matlamat jangka panjang yang mampan.

Barisan Ahli Lembaga ICA yang diketuai oleh Presidennya, Ariel Guarco (enam dari kanan) bergambar di hadapan Bharat Mandapam, New Delhi, India pada 25 November 2024.

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Langkah penting termasuk pelancaran strategi jangka panjang 2026-2030 yang memberi tumpuan kepada inovasi digital dan kerjasama global dalam menjayakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) menjelang 2030. Demikian antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga ICA yang berlangsung di New Delhi, India pada 25 November 2024. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden ICA, Ariel Guarco itu telah dihadiri oleh 20 ahli lembaga ICA. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.

Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) menggariskan pelan strategik baharu untuk tahun 2025 dalam usaha memperkukuh peranan koperasi di peringkat global. Dengan cabaran besar seperti perubahan iklim dan ketidaksamaan sosial, ICA komited untuk memanfaatkan prinsip koperasi bagi membina ekonomi sosial yang lebih berpusatkan manusia.

ICA-AP Sasar Pembangunan Lestari dan Pemerkasaan Koperasi Asia Pasifik Mulai 2025

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Farmers Fertiliser Cooperative (IFFCO), Dileep Sanghani dan Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh, Ketua Pengarah ICA, Mr. Jeroen Douglas dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer. Bagi meningkatkan kesedaran awam, ICA-AP turut merancang untuk mengadakan pelbagai kempen komunikasi, termasuk penerbitan berita bulanan dan kerjasama dengan media di seluruh Asia Pasific. Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) akan menjadi platform utama untuk mempersembahkan kejayaan koperasi di pentas global. ICA-AP akan melancarkan sambutan IYC2025 dengan acara pembukaan di Tokyo, Jepun pada Februari 2025, diikuti pelbagai aktiviti sepanjang tahun, sebelum diakhiri dengan Perhimpunan

Rantau Asia-Pasifik dijangka menghadapi cabaran baharu pada tahun 2025, namun peluang untuk memperkukuh peranan koperasi dalam pembangunan sosial dan ekonomi juga semakin meningkat. Dalam rancangan kerja terbaharunya, Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP) memberi tumpuan kepada pembangunan lestari, teknologi digital, dan pemerkasaan golongan muda serta wanita sebagai tonggak utama strategi mereka. Perkara tersebut merupakan antara isu yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang dipengerusikan Presidennya, Dr. Chandrapal Singh Yadav di New Delhi, India pada 29 November 2024. Seramai 36 orang terdiri daripada barisan lembaga ICA- AP dan pemerhati dari 10 negara telah hadir dalam mesyuarat itu. Hadir sama ialah Presiden ICA, Dr. Ariel Guarco, Presiden Indian

Barisan lembaga ICA-AP yang diketuai oleh Presidennya, Dr. Chandrapal Singh Yadav (duduk, tengah) dan pemerhati bergambar selepas selesai mesyuarat.

Serantau ICA-AP ke-17 di Sri Lanka pada November 2025. ICA-AP juga berhasrat memperkenalkan siri kisah inspirasi berkaitan koperasi bagi menarik perhatian masyarakat dan membentuk persepsi positif terhadap peranan koperasi. Inisiatif lain yang dirancang termasuk memperkukuh keahlian koperasi dengan menyasarkan pertambahan anggota daripada 110 kepada 115 buah koperasi. Strategi itu diharap dapat memastikan koperasi di Asia Pasifik terus berkembang, relevan, dan mampan dalam menghadapi cabaran masa depan.

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 8

DISEMBER 2024

Mempromosi Koperasi Perumahan Global: CHI Rangka Pelbagai Inisiatif Sempena IYC2025

kisah koperasi perumahan di pelbagai negara, dengan memberi penekanan kepada manfaat unik yang ditawarkan oleh model koperasi perumahan dalam membina komuniti yang stabil dan inklusif. Beliau berkata demikian kejayaan ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga dan Perhimpunan Agung CHI di New Delhi, India pada 28 November 2024. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga CHI, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Tambahnya, sebagai sebahagian daripada sambutan IYC2025, CHI merancang untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Dasar Perumahan Global yang melibatkan pemimpin koperasi, pakar dan penggubal dasar berpengalaman luas dalam sektor perumahan. Antara acara utama dalam

koperasi

perumahan

dan

penerbitan

laporan

tentang koperasi

keadaan

semasa

perumahan dengan cadangan dasar untuk menangani cabaran yang dihadapi. CHI turut mahu menyertakan koperasi perumahan dalam global acara Open House Worldwide 2025 untuk memberi peluang kepada masyarakat melihat secara langsung model koperasi perumahan melalui lawatan secara fizikal dan dalam talian terhadap pelbagai koperasi di bandar-bandar utama. Sempena sambutan itu juga, CHI dalam perancangan melancarkan Youth Ambassador Program bagimelibatkangolongan muda dalam gerakan koperasi perumahan dengan memberi mereka peluang untuk menjadi duta bagi mempromosikan model koperasi perumahan.

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Pengarah Cooperative Housing International (CHI), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) bergambar bersama barisan lembaga pengarah CHI yang diketuai oleh Presidennya, Guido Schwarzendahl (kiri sekali).

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Presiden CHI, Guido Schwarzendahl berkata, salah satu inisiatif utama CHI adalah melancarkan kempen kesedaran awam global dengan menggunakan platform digital dan media untuk mengetengahkan sumbangan koperasi perumahan. Katanya, kempen itu akan mengutamakan

Sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025), Cooperative Housing International (CHI) merangka pelbagai inisiatif penting bagi mempromosikan gerakan koperasi perumahan di peringkat global. Dato’ Kamarudin Dilantik Sebagai Naib Pengerusi ICEI persediaan untuk sidang tersebut adalah sesi mengenai perubahan dasar yang dapat menyokong perkembangan

Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya memegang jawatan sebagai Pengerusi ICEI sejak tahun 2016.

Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dilantik sebagai Naib Pengerusi ICEI.

Presiden National Federation of University Co-operative Associations (NFUCA) , Jepun, Prof. Shogo Takegawa dilantik sebagai Pengerusi ECEI yang baharu.

Delegasi bergambar selepas selesai Mesyuarat Berkanun Tahunan ICA-AP Committee on Cooperatives in Educational Institutions (ICEI) Ke-16 pada 28 November 2024.

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

telah memegang jawatan tersebut sejak 2016. Mesyuarat yang berlangsung secara hibrid itu dipengerusikan oleh Dr. Mohd Azlan dan disertai 30 delegasi dari tujuh negara. Mesyuarat turut menyaksikan pertambahan keahlian ICEI daripada 24 ahli dari 13 negara pada 2023 kepada 36 ahli dari 16 negara pada tahun 2024. Ahli baharu termasuk dari Fiji, Bhutan, Jordan, Nepal, Sri Lanka dan Filipina. Penyertaan aktif dalam ICEI juga disumbangkan oleh organisasi ahli dari Jepun (NFUCA), Sri Lanka ( SANASA International ), Malaysia (ANGKASA), India ( National Cooperative Union of India ) dan Thailand ( Cooperative League of Thailand ).

Dalam mesyuarat tersebut, ahli- ahli ICEI membincangkan Pelan Strategik dan Kalendar Aktiviti 2025 yang bertujuan memperkukuh impak serta memperluaskan jangkauan jawatankuasa berkenaan. Antara aktiviti yang dirancang termasuk: • Webinar kepimpinan koperasi dalam kalangan koperasi universiti. • Pertandingan kreatif sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) secara dalam talian melalui pertandingan poster dan penulisan esei. • Seminar hibrid mengenai kelestarian dan intervensi komuniti di kampus.

Jawatankuasa juga merancang Mesyuarat Berkanun Tahunan Ke-17 serta seminar di Colombo, Sri Lanka bersempena Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-17. Seminar tersebut dijangka memberi tumpuan kepada identiti dan penjenamaan koperasi dalam institusi pendidikan, sejajar dengan komitmen ICEI dalam memperkukuh identiti koperasi di pelbagai konteks pendidikan. Inisiatif tersebut bertujuan memastikan momentum berterusan dan memupuk kerjasama erat dalam kalangan ahli menjelang sambutan IYC2025. untuk mengadakan

Anggota ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Lembaga Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah dilantik sebagai Naib Pengerusi ICA- AP Committee on Cooperatives in Educational Institutions (ICEI) dalam Mesyuarat Berkanun Tahunan Ke-16 jawatankuasa itu yang diadakan di New Delhi, India pada 28 November 2024. Presiden National Federation of University Co-operative Associations (NFUCA), Jepun, Prof. Shogo Takegawa, turut dilantik sebagai Presiden ICEI menggantikan Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, yang

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 9

DISEMBER 2024

ICA Perkenal Rancangan Strategik 2026 – 2030, Fokus Hadapi Cabaran Global dan Kajian Semula Identiti Koperasi

Presiden ICA, Ariel Guarco (tengah) ketika mempengerusikan Perhimpunan Agung ICA di Bharat Mandapam, New Delhi, India pada 29 November 2024.

Pengundi menunjukkan kad undi ketika perhimpunan agung.

dan definisi koperasi selaras dengan perubahan dunia serta cabaran masa kini. Proses konsultasi itu melibatkan sesi perbincangan menyeluruh dengan pemegang taruh dari seluruh dunia, termasuk koperasi tempatan, pakar ekonomi, dan badan antarabangsa. Kajian tersebut memberi tumpuan kepada: 1. Memperkukuh Prinsip Koperasi – Mengekalkan teras utama seperti kawalan demokratik, penyertaan ekonomi anggota dan keadilan sosial. 2. Menangani Cabaran Baharu – Merangkumi perubahan iklim, teknologi digital dan kemunculan

menunjukkan keperluan mendesak untuk menyesuaikan diri dengan cabaran global, termasuk krisis iklim, ketidaksamarataan sosial, konflik antarabangsa dan kemajuan teknologi. Penyesuaian tersebut mengukuhkan lagi koperasi sebagai model perusahaan yang mampan, inklusif dan berupaya membawa perubahan sosial serta ekonomi yang berkesan. Dalam Perhimpunan Agung ICA di New Delhi, India pada 29 November 2024 yang dipengerusikan oleh Presidennya, Ariel Guarco, turut dibentangkan Laporan Konsultasi Identiti Koperasi yang menekankan pentingnya menyemak semula Identiti Koperasi bagi memastikannya kekal relevan dalam konteks global semasa. Laporan berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif utama ICA untuk memastikan nilai, prinsip

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

isu global yang memerlukan pendekatan inovatif dalam operasi koperasi. 3. Pemodenan Identiti Koperasi – Membangunkan naratif koperasi yang lebih dinamik dan menarik kepada golongan muda serta generasi baharu. ICA juga menekankan bahawa kajian semula ini bukanlah satu perubahan drastik, tetapi satu langkah strategik untuk memastikan koperasi terus relevan dan mampu menjawab keperluan zaman. Ariel Guarco menjelaskan bahawa semakan itu penting bagi menyokong penglibatan aktif anggota dan memantapkan keyakinan terhadap model perniagaan koperasi.

Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) mengumumkan rancangan strategik baharu bagi tempoh 2026-2030, bertujuan memperkukuhkan gerakan koperasi global dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks. Rancangan itu dijadual dilancarkan secara rasmi pada Sidang Kemuncak Sosial Dunia 2026 di Doha, Qatar pada 4 hingga 6 November 2026 dengan memberi tumpuan terhadap usaha inovatif mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) menjelang akhir dekad ini. Sejak 2020, ICA telah melaksanakan strategi jangka panjang berteraskan pendekatan manusia bagi membangunkan gerakan koperasi. Penilaian pertengahan dekad

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 10

DISEMBER 2024

Pelaksanaan Rancangan Strategik

2026-2030

Rancangan baharu ini digerakkan melalui lima tema utama: keadilan sosial, pembangunan ekosistem koperasi, identiti koperasi, kepimpinan berwawasan dan akses kepada kewangan pintar ( smart finance ). Setiap tema dirangka strategik bagi memastikan gerakan koperasi kekal relevan dan menjadi pemacu utama perubahan positif di peringkat tempatan dan antarabangsa. ICA turut mengenal pasti peluang strategik baharu seperti meningkatkan tadbir urus, menangani perubahan iklim, mempromosikan kesaksamaan jantina dan memperkasa penglibatan belia. Teknologi digital menjadi salah satu keutamaan bagi memastikan operasi koperasi lebih cekap dan berdaya saing dalam ekosistem global. Pendekatan 'Theory of Change' turut diperkenalkan bagi melaksanakan inisiatif khusus seperti penggunaan data koperasi, pembangunan teknologi koperasi dan memperkukuhkan jaringan kerjasama global. Usaha tersebut memastikan impak positif dapat dirasai oleh koperasi di peringkat akar umbi.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika membuang kertas undi.

dalam konteks ekonomi moden. Konsultasi ini dianggap langkah proaktif bagi memastikan identiti koperasi tidak hanya dilihat sebagai warisan, tetapi sebagai panduan dinamik yang membentuk masa depan gerakan koperasi. Menerusi rancangan tersebut, ICA komited untuk meningkatkan daya saing, memperluas peranan koperasi dalam pembangunan

mampan dan memastikan koperasi terus menjadi model perusahaan unik yang demokratik dan berteraskan manusia. Kolaborasi bersama pihak berkepentingan global serta penggunaan teknologi pintar menjadi kunci kejayaan rancangan itu, sekali gus meletakkan koperasi sebagai pemacu perubahan global menjelang 2030 dan seterusnya.

Perhimpunan Agung ICA telah dihadiri kira-kira 500 koperator dari 50 negara, termasuk delegasi Malaysia yang diketuai oleh Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berhimpun bagi membincangkan pelbagai agenda yang berpotensi membangunkan gerakan koperasi dunia ke arah kecemerlangan.

Peranan Identiti Koperasi dalam

Strategi Masa Depan

Dalam perhimpunan tersebut, ICA turut menekankan kepentingan Identiti Koperasi sebagai asas kepada strategi masa depan. Kajian semula yang akan dibawa ke Kongres ICA pada 2026 atau 2027 dijangka akan memperkukuhkan lagi nilai koperasi

ANGKASA Meterai MoU dengan IFFCO dan ICC

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah Pemasaran Indian Farmers Fertiliser Cooperative (IFFCO), Yogendra Kumar menunjukkan dokumen MoU yang telah ditandatangani.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Ahli Lembaga Iran Chamber of Cooperatives (ICC), Alireza Mahmoudi menunjukkan dokumen MoU yang telah ditandatangani.

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Dr. Abdul Fattah Abdullah manakala IFFCO dan ICC masing-masing diwakili oleh Pengarah Pemasarannya, Yogendra Kumar dan Ahli Lembaganya, Alireza Mahmoudi. Perjanjian dengan IFFCO melibatkan pembaharuan MoU untuk tempoh tambahan dua tahun. Kerjasama itu bertujuan menggalakkan penggunaan baja nano urea dalam kalangan anggota koperasi Malaysia yang terlibat dalam sektor perladangan dan pertanian. Teknologi baja nano urea yang dibangunkan oleh IFFCO menggunakan sebatian nitrogen berskala nano yang dapat meningkatkan produktiviti

tanaman dan mengoptimumkan kos penggunaan baja. IFFCO yang beribu pejabat di New Delhi merupakan salah satu koperasi terbesar di India. Organisasi tersebut memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan pertanian kepada petani di seluruh negara termasuk inovasi dalam pengeluaran baja yang lestari. Sementara itu, MoU dengan ICC bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam perdagangan dan pembangunan koperasi antara Malaysia dengan Iran. Perjanjian itu menyokong usaha ANGKASA untuk memperluas peluang pertukaran pengetahuan dan amalan terbaik antara kedua-dua negara.

Sebagai ahli aktif Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA- AP, ICC memainkan peranan penting dalam memajukan sektor koperasi di Iran, khususnya dalam perdagangan antarabangsa, kewangan dan pembangunan sosial. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Serantau ICA-AP, Balu Iyer, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Rusli Jaafar, Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Encik Azizul Alias serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

ANGKASA telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Indian Farmers Fertiliser Cooperative (IFFCO) dan Iran Chamber of Cooperatives (ICC) dalam satu majlis yang disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Tuan Yang Terutama Dato’ Muzaffar Shah Mustafa di New Delhi, India pada 28 November 2024. MoU itu telah ditandatangani oleh Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri

11 INFO SEMASA

DISEMBER 2024

Program Sejahtera Komuniti MADANI: Strategi KUSKOP Perkasa Komuniti dan Ekonomi Kampung Melalui Koperasi

YB Datuk Ewon Benedick (tengah) bergambar bersama tetamu jemputan dan sebahagian penduduk yang terdiri daripada 12 buah kampung di kawasan DUN Kadamaian pada Majlis Pelancaran Program Santuni Madani dan Tapak Tamu Desa Kiau, Kiau Taburi, Kota Belud, Sabah.

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

pembiayaan kepada beberapa koperasi dan persatuan daripada agensi-agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Menurut Datuk Ewon, Program Kampung Angkat MADANI merupakan inisiatif kerajaan MADANI bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. “Sebagai Kampung Angkat MADANI, tanggungjawab memperkasakan pembangunan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di Kampung Kiau menjadi keutamaan. Usaha ini melibatkan penambahbaikan prasarana pembangunan yang diperlukan oleh penduduk kampung, termasuk infrastruktur asas dan peluang ekonomi. Katanya lagi, pendekatan turun padang akan dipergiatkan bagi memahami secara langsung keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti. Pada masa yang sama, langkah ini

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick telah merasmikan pelancaran Program Santuni Madani dan Tapak Tamu Desa Kiau bertempat di Dewan Terbuka Tapak Tamu Desa Kiau, Kiau Taburi, Kota Belud, Sabah pada 8 Desember 2024. Pada majlis tersebut, beliau telah menyampaikan cek bernilai RM1.329 juta kepada 12 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian melalui Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) 2024. Turut disampaikan adalah 325 geran tanah kepada penduduk Kampung Kiau Taburi, Kiau Nuluh dan Kiau Bersatu selain penyampaian bantuan serta

YB Datuk Ewon Benedick mengunjungi reruai milik penduduk kampung pada Program Santuni Madani dan Tapak Tamu Desa Kiau bertempat di Dewan Terbuka Tapak Tamu Desa Kiau, Kiau Taburi, Kota Belud, Sabah. Turut sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh (kanan sekali), Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar (kiri sekali).

bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang fungsi dan manfaat berkoperasi sebagai platform untuk memperkukuh ekonomi setempat,” katanya. Melalui usaha bersepadu ini, Kampung Kiau diharapkan dapat menjadi contoh kejayaan pembangunan komuniti yang inklusif dan progresif di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika ditemui wakil PELANCAR berkata, ANGKASA akan terus memacu pertumbuhan dan kemajuan gerakan koperasi di Malaysia. “Usaha ini bertujuan memastikan koperasi sentiasa berinovasi dan

relevan dengan keperluan anggota serta masyarakat. Pendekatan strategik ini diharap dapat memperkukuh peranan koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi negara,” ujarnya. Hadir sama Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Sr Bernard Liew Chau Min dan wakil daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri.

YB Datuk Ewon Benedick menyerahkan ‘mock cheque ’ berjumlah RM100,000 bagi Program SejaTi MADANI 2024 kepada wakil Koperasi Minitinduk Kiau Kota Belud Berhad pada Majlis Pelancaran Program Santuni Madani dan Tapak Tamu Desa Kiau, Kiau Taburi, Kota Belud, Sabah. Turut sama ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) dan KSU KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud (dua dari kiri).

KOPERASI 12

DISEMBER 2024

Rubber Park @ KLCC: Kerjasama Strategik KOPROJAYA dan KOPGET Warnai Ibu Kota

merupakan pelancong.

kawasan

tumpuan

kedai serbaneka dan kafe. Saya percaya “Rubber Park @ KLCC” ini akan memberi nilai tambah komersil khususnya kepada Bangunan Getah Asli, di samping memberi nilai tambah serta pelengkap kepada aktiviti pelancongan di persimpangan Jalan Ampang dan kawasan sekitarnya. Lebih membanggakan, projek ini dijayakan oleh koperasi dalam memenuhi keperluan setempat di kawasan segi tiga emas ini," jelasnya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap

Pengerusi KOPGET, Encik Muhd Fandy Zainal Abidin pula berkata, KOPGET peka dengan perubahan dan dinamik dalam merentasi arus cabaran pada masa mendatang bagi memastikan model perniagaan yang bersesuaian diaplikasi mengikut keperluan untuk kemampanan koperasi. Antara tetamu yang hadir ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi dan Penjaja Kecil KUSKOP merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar dan Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, Haji Fadilah Salim.

YB Datuk Ewon Benedick bersama tetamu undangan bergambar selepas merasmikan Rubber Park @ KLCC. Turut sama ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tiga dari kanan), Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) (lima dari kanan), Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar (tiga dari kiri) dan Pengerusi KOPROJAYA, Encik Saiful Azhar Shaharun (empat dari kiri).

merasmikan Rubber Park @ KLCC KOPROJAYA dan KOPGET di Kuala Lumpur pada 4 Disember 2024. Sementara itu, Pengerusi KOPROJAYA, Encik Saiful Azhar Shaharun dalam ucapannya berkata, Rubber Park @ KLCC bukan hanya memberi peluang perniagaan yang baharu, malah juga membuka peluang kepada KOPROJAYA dan KOPGET untuk terus berkembang dan memberikan impak positif terhadap ekonomi di kawasan tersebut yang

Properties Corporation (LGMPC) itu merupakan satu inisiatif unik dan pertama seumpamanya dibangunkan di kawasan ikonik Kuala Lumpur. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, hasrat untuk membangunkan projek tersebut telah disuarakan kepadanya pada 31 Mac yang lalu dan sekarang telah direalisasikan dengan jayanya. “Projek ini merangkumi beberapa unit perniagaan seperti klinik rehabilitasi dan fisioterapi sukan, kedai cenderamata,

Oleh RAHMAT MOHD DID

Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) dengan kerjasama strategiknya bersama Koperasi Lembaga Getah Malaysia Berhad (KOPGET) secara rasmi melancarkan projek Rubber Park @ KLCC yang bakal menjadi tarikan baharu di ibu kota. Projek yang mendapat sokongan padu daripada Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan LGM

KOPROJAYA Perluas Aktiviti Perniagaan, Jalin Kerjasama Strategik Bersama Syed Group

Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Encik Azizul Alias, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Datuk Rospiagos Taha, Pengarah Suruhanjaya

Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan, Haji Fadilah Salim dan Pengarah Syed Group, Dato' Mohamed Naser M. Yassin.

Oleh RAHMAT MOHD DID

dalam perniagaan," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Pembukaan Rasmi Restoran Syed Bistro Cyberjaya milik KOPROJAYA di Galleria, Cyberjaya pada 2 Disember 2024. Sementara itu, Pengerusi KOPROJAYA, Encik Saiful Azhar Shaharun berkata, usaha sama ini merupakan sebahagian daripada pelan perluasan perniagaan KOPROJAYA dengan portfolio baharu selain daripada hartanah, peruncitan dan pengurusan acara yang menjadi aktiviti perniagaan utama KOPROJAYA. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi dan Penjaja Kecil, Kementerian Pembangunan

Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) telah menjalin kerjasama bersama Syed Group, peneraju industri makanan khususnya rangkaian restoran bawah jenama Syed Bistro dalam usaha memperluas aktiviti pelaburan dan perniagaan mereka. Menerusi kerjasama tersebut, KOPROJAYA menjadi franchisee pertama Syed Bistro dalam mengembangkan portfolio perniagaannya, sekali gus menyokong matlamat gerakan koperasi agar lebih berdaya maju serta memiliki kelestarian perniagaan. Menurut Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) (2011-2015) yang kini merupakan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Datuk Seri Sarippudin Kasim, usaha KOPROJAYA telah mencetuskan idea dan inspirasi kepada koperasi lain untuk turut sama meraih peluang yang tersedia

Datuk Seri Sarippudin Kasim (tengah) bersama tetamu jemputan bergambar selepas merasmikan Majlis Pembukaan Rasmi Restoran Syed Bistro Cyberjaya milik KOPROJAYA di Galleria, Cyberjaya. Turut sama ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (enam dari kanan) dan Pengerusi KOPROJAYA, Encik Saiful Azhar Shaharun (enam dari kiri).

INFO SEMASA 13

DISEMBER 2024

ANGKASA Tunai Zakat Perniagaan 2023 kepada PPZ-MAIWP

Oleh NADIAH KAMARUDIN

ANGKASA menunaikan kewajipan Rukun Islam Ke-4 dengan membayar zakat perniagaan ANGKASA bagi tahun 2023 kepada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjumlah RM198,920.64. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah menyerahkan cek zakat tersebut kepada PPZ-MAIWP yang diwakili Pengerusinya, Dato' Sri Amrin Awaluddin dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada 10 Disember 2024. Sesi penyerahan itu turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar. ANGKASA merupakan antara 21 syarikat korporat yang tampil melunaskan tanggungjawab menunaikan zakat perniagaan tersebut berjumlah keseluruhan RM27,560,083.68 dalam majlis tersebut. YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im dalam ucapannya berkata, kutipan zakat perniagaan PPZ- MAIWP meningkat sebanyak 2.6 peratus dalam tempoh Januari hingga November 2024 dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM123,766,691.87 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023. Menurut beliau, MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara. Bantuan yang disalurkan adalah daripada dana zakat yang telah ditunaikan oleh pembayar-pembayar zakat.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan replika cek zakat perniagaan ANGKASA bagi tahun 2023 kepada Pengerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Dato’ Sri Amrin Awaluddin (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar (tengah).

Hadir sama ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman dan Ahli Lembaga Pengarah PPZ-MAIWP, Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease