WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2024

INFO SEMASA 13

DISEMBER 2024

ANGKASA Tunai Zakat Perniagaan 2023 kepada PPZ-MAIWP

Oleh NADIAH KAMARUDIN

ANGKASA menunaikan kewajipan Rukun Islam Ke-4 dengan membayar zakat perniagaan ANGKASA bagi tahun 2023 kepada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjumlah RM198,920.64. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah menyerahkan cek zakat tersebut kepada PPZ-MAIWP yang diwakili Pengerusinya, Dato' Sri Amrin Awaluddin dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada 10 Disember 2024. Sesi penyerahan itu turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar. ANGKASA merupakan antara 21 syarikat korporat yang tampil melunaskan tanggungjawab menunaikan zakat perniagaan tersebut berjumlah keseluruhan RM27,560,083.68 dalam majlis tersebut. YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im dalam ucapannya berkata, kutipan zakat perniagaan PPZ- MAIWP meningkat sebanyak 2.6 peratus dalam tempoh Januari hingga November 2024 dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM123,766,691.87 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023. Menurut beliau, MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara. Bantuan yang disalurkan adalah daripada dana zakat yang telah ditunaikan oleh pembayar-pembayar zakat.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan replika cek zakat perniagaan ANGKASA bagi tahun 2023 kepada Pengerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Dato’ Sri Amrin Awaluddin (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar (tengah).

Hadir sama ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman dan Ahli Lembaga Pengarah PPZ-MAIWP, Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease