RENCANA 14
DISEMBER 2024 INFO SEMASA HARA 2024: Kerjasama Semua Pihak Tangani Rasuah
Sambutan HARA Tahun 2024 berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 9 Disember 2024.
Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merancang agar usaha membanteras rasuah ditangani secara bersama menerusi komitmen bersepadu sektor awam dan swasta, Civil Society Organization (CSO), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat. Usaha membanteras rasuah wajar diperhebat kerana jenayah tersebut terbukti menghakis keyakinan rakyat, mewujudkan ketidakadilan sosial sekali gus mengehadkan peluang ekonomi masyarakat. Usaha progresif memerangi rasuah tidak lagi menjadi tanggungjawab satu entiti namun menjadi usaha bersama kepada setiap individu dan masyarakat. Demikian gesaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Program Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Tahun 2024 Peringkat Zon Tengah bertempat di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 9 Disember 2024. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Pesuruhjaya Azmi Kamaruzaman dan Pengarah SPRM Selangor, Dato' TPj Alias Salim. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam berkata,
Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki melakukan gimik pada Program Penutupan HARA Tahun 2024. Turut sama ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (dua dari kiri), Dato' Sri Shamsun Baharin (kiri sekali), Haji Mohd Nasir (dua dari kanan) dan Dato' Pesuruhjaya Azmi Kamaruzaman (kanan sekali).
dalam tempoh lima tahun sejak 2020 hingga 2024, statistik SPRM merekodkan penangkapan seramai 2,337 orang belia berumur 16 hingga 40 tahun atas pelbagai kesalahan rasuah. "Kesalahan tersebut termasuk menerima dan memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, menggunakan jawatan atau
kedudukan, pengubahan wang haram dan beberapa yang lain. "Data tersebut jelas memberi gambaran aktiviti rasuah dalam kalangan belia serius dan perlu dibendung supaya tidak dinormalisasikan dalam kehidupan," ujarnya. HARA yang disambut di seluruh
dunia pada 9 Disember setiap tahun itu telah mengangkat tema tahun 2024 iaitu 'Uniting with Youth Against Corruption: Shaping Tomorrow's Integrity' sebagai inisiatif menggerakkan kesedaran golongan belia di seluruh dunia untuk memerangi rasuah. Program kerjasama strategik
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease