WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2024

RENCANA 15

INFO SEMASA

DISEMBER 2024

SPRM dan Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR) itu diraikan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya rasuah dan usaha menggembleng tenaga pelbagai pihak bagi menangani masalah tersebut. Terdahulu, Presiden PAKAR, Haji Mohd Nasir Ab Hadi dalam ucapannya menyatakan, antara tujuan penubuhan PAKAR adalah untuk membentuk masyarakat yang berintegriti melalui pelaksanaan program pendidikan dan penyampaian maklumat antirasuah. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berharap jalinan kerjasama antara ANGKASA dengan SPRM diteruskan bagi membina budaya kerja yang telus dan berintegriti di setiap peringkat koperasi. Justeru katanya, setiap anggota koperasi perlu sedar dan menjadikan integriti sebagai asas dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat dalam mewujudkan landskap koperasi sifar rasuah. Seramai 730 peserta hadir secara fizikal terdiri daripada anggota koperasi, CSO dan NGO daripada pelbagai latar belakang keagamaan,

Tan Sri Dato' Sri Haji Azam menyampaikan buku berjudul ‘Sejarah Perjuangan SPRM Satu Perjalanan’ kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah. Turut sama ialah Dato' Sri Shamsun Baharin (kiri sekali) dan Ketua Cawangan Sosiobudaya dan Politik, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, P/PKPj Aini Awang Muda (kanan sekali).

politik, belia, alam sekitar, kebajikan, perdagangan, keselamatan dan sosial. Selain itu, program turut menerima kehadiran seramai 30 ahli Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Puchong, Selangor manakala penyertaan sejumlah 175 peserta atas talian menerusi platform Facebook Live SPRM, ANGKASA dan

Majlis Belia Malaysia (MBM). Peserta berpeluang mengikuti pengisian forum bertajuk 'Cabaran Masa Depan Integriti dan Antirasuah - Di Mana Hala Tuju NGO' yang disampaikan oleh tiga ahli panel iaitu Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato' Sri Shamsun Baharin Mohd Jamil, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk TPj Mohamad Fauzi Husin @ Che Mamat dan

Presiden Transparency International Malaysia, Dr. Muhammad Mohan yang dikendalikan oleh moderator, Timbalan Presiden Persatuan Pengamal Anti Bribery Management System Malaysia, Encik Mohd Rezaidi Mohd Ishak. Selain itu, tiga Sesi Perkongsian turut diadakan yang disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya bertajuk 'Amalan Baik ANGKASA dalam Menangani Rasuah' , Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Tuan Prabagaran A/L Ganapathy bertajuk 'Penambahbaikan MITRA dalam Pengurusan Dana' dan Presiden MBM, Encik Mohd Izzat Afifi Haji Abdul Hamid bertajuk 'Impak Belia Tolak Rasuah'. Barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang hadir dalam program tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Encik Azizul Alias (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Encik Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan), Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA diketuai Pengerusinya, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad serta barisan Pengurusan Kanan ANGKASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.

Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya membentangkan tajuk 'Amalan Baik ANGKASA dalam Menangani Rasuah'.

Sesi Forum bertajuk ‘Cabaran Masa Depan Integriti dan Antirasuah – Di Mana Hala Tuju NGO’ yang dikendalikan oleh moderator, Timbalan Presiden Persatuan Pengamal Anti Bribery Management System Malaysia, Encik Mohd Rezaidi Mohd Ishak (kiri sekali) menampilkan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato' Sri Shamsun Baharin Mohd Jamil (dua dari kiri), Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk TPj Mohamad Fauzi Husin @ Che Mamat (dua dari kanan) dan Presiden Transparency International Malaysia, Dr. Muhammad Mohan (kanan sekali) .

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease