RENCANA 16
DISEMBER 2024
Program SejaTi MADANI: Sektor Koperasi dan Komuniti Terima Manfaat, Tingkat Pendapatan Sosioekonomi Setempat
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta melalui Program SejaTi MADANI di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk disalurkan kepada gerakan koperasi pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di WTCKL pada 26 Julai 2024.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) merupakan inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi melibatkan semua kampung di seluruh negara. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 lalu telah mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak RM1 bilion menerusi Dana Komuniti MADANI bagi menyediakan geran kepada komuniti yang layak untuk menjayakan Program SejaTi MADANI. Menerusi pemberian dana sehingga RM100,000, pelaksanaan program itu adalah bagi mengupayakan komuniti serta memberi peluang pekerjaan kepada kelompok itu termasuk melaksanakan aktiviti di peringkat kampung dengan penglibatan semua agensi dan badan bukan kerajaan (NGO). Majlis Penutupan Kongres Koperasi Koperasi Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 26 Julai 2024 telah menyaksikan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri mengenai peruntukan berjumlah RM6 juta kepada ANGKASA bagi
Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 yang berlangsung di WTCKL pada 26 Julai 2024 menyaksikan penyerahan resolusi hasil daripada suara gerakan koperasi.
meningkatkan
kekuatan
sosioekonomi
dan bersama- sama mencadangkan sebanyak 20 buah kampung yang mempunyai koperasi untuk menjalankan aktiviti bersesuaian dan terlibat dalam Program Pembangunan Komuniti Luar Bandar (Program SejaTi MADANI). Pada awalnya, gerakan koperasi tidak diberi tanggungjawab termasuk dalam program tersebut yang hanya melibatkan kelompok komuniti iaitu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan
gerakan koperasi di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2 juta diselaraskan melalui peruntukan Program SejaTi MADANI bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk disalurkan kepada koperasi di perkampungan MADANI. Justeru, ANGKASA melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menerima senarai sejumlah 43 buah Kampung Angkat MADANI (KAM)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease