WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2024

18 INFO SEMASA

DISEMBER 2024

Penubuhan Konsortium KOPERKIM berupaya Majukan Sosioekonomi Anggota

Oleh RAHMAT MOHD DID

Cadangan Pertubuhan

ANGKASA

supaya

Koperasi

Kebajikan Malaysia (KOPERKIM) menubuhkan sebuah konsortium bagi mengukuhkan daya saing koperasi semasa Konvensyen PERKIM baru-baru ini wajar diberi perhatian dan sokongan demi memperluas lagi skop perniagaan serta manfaat kepada anggota dan komuniti setempat. Islam Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, penubuhan konsortium mampu memperkasakan koperasi melalui pelbagai pendekatan strategik. "Antaranya ialah penggabungan sumber dan kepakaran yang membolehkan koperasi berkongsi kewangan, teknologi dan tenaga kerja serta mengurangkan kos operasi serta meningkatkan keberkesanan projek. Inisiatif ini juga memungkinkan koperasi terlibat dalam setiap peringkat proses, daripada pengeluaran hingga pasaran pengguna akhir. Dari segi kredibiliti pula, konsortium meningkatkan daya tawar koperasi dalam rundingan dengan pembekal, pelanggan, dan pihak kerajaan," ujarnya.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar selepas Mesyuarat Agung Tahunan KOPERNS. Turut sama ialah Penolong Pengarah SKM, Wilayah Negeri Sembilan, Puan Amira Husna Zulkiflli (duduk, tiga dari kanan), Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah (duduk, empat dari kanan) dan Pengerusi KOPERNS, Datuk Haji Ali Abd Majid (duduk, lima dari kiri).

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi PERKIM Negeri Sembilan (KOPERNS) yang berlangsung di Dewan Dato' Siti Rahmah ANGKASA Negeri Sembilan, Seremban pada 7 Disember 2024. "Justeru, pelbagai langkah perlu dilaksanakan oleh koperasi bagi mencapai matlamat ini. Anggota juga digalakkan supaya meningkatkan jumlah pegangan saham bagi memudahkan lagi koperasi menceburi sektor perniagaan berimpak

tinggi sekali gus dapat pulangan lebih besar kepada anggota," katanya. Sementara itu, Pengerusi KOPERNS, Datuk Haji Ali Abd Majid dalam ucapannya berkata, KOPERNS mengambil serius cadangan penubuhan konsortium KOPERKIM dan akan mengadakan bengkel dalam masa terdekat. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah.

KOPERKIM Dicadang Tubuh Konsortium Bantu Perkasa Ekonomi Umat Islam

Oleh RAHMAT MOHD DID

ANGKASA Koperasi Pertubuhan Kebajikan Malaysia Berhad (KOPERKIM) supaya menubuhkan konsortium bagi membantu memperkasakan lagi aktivIti perekonomian yang dibuat oleh jaringan koperasi PERKIM di seluruh negara. mencadangkan Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, konsortium mampu berperanan sebagai platform induk untuk menyelaraskan aktiviti, strategi dan inisiatif antara koperasi PERKIM di pelbagai peringkat selain memastikan semua koperasi saling melengkapi tanpa persaingan yang merugikan. Beliau mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah merasmikan Majlis Konvensyen Koperasi PERKIM Peringkat Kebangsaan di Kuala Terengganu, Terengganu pada 24 November 2024. Katanya, melalui konsortium, KOPERKIM boleh memanfaatkan penyelarasan aktiviti ekonomi seperti pembahagian sektor pengeluaran, pemasaran dan perkhidmatan berdasarkan kepakaran dan potensi masing- masing. "Ini akan memastikan keberkesanan operasi serta mengelakkan pertindihan yang tidak produktif selain dapat mengumpulkan modal, aset dan sumber dari koperasi anggota untuk melaksanakan projek berskala besar,” jelasnya.

Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya bergambar bersama peserta Konvensyen Koperasi KOPERKIM Peringkat Kebangsaan. Turut sama ialah Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor (empat dari kanan).

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung Kehormatan PERKIM Kebangsaan, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Terengganu merangkap Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan, Prof. Dr. Haji Ramle Abdullah dan Pengerusi KOPERKIM Terengganu Berhad (KOPTER), Dato' Haji Mohd Jafri And Razak.

Sementara itu, Pengerusi KOPERKIM, Datuk Ali Ab. Majid dalam ucapannya berkata, KOPERKIM mengalu-alukan cadangan ANGKASA itu dan akan memberi fokus kepada perniagaan Ar-Rahnu. "Setakat ini, KOPERKIM mempunyai enam buah cawangan di seluruh negara iaitu di Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Wilayah Persekutuan selain KOPERKIM Kebangsaan sendiri," ujarnya.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease