WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2024

KOPERASI 19

DISEMBER 2024

Terima Lawatan 500 Pelancong Luar Negara: MOTAC, ANGKASA Puji Usaha Koperasi Homestay D’Pelandok

Pelancong dari China menyaksikan persembahan tarian tradisional di Homestay Warisan Bonda, Port Dickson, Negeri Sembilan yang diusahakan oleh Koperasi Homestay D’Pelandok Best Port Dickson Berhad pada 4 Disember 2024.

Dato' dalam ucapannya berkata, selaras dengan perkembangan dan trend industri pelancongan global, MOTAC telah memperluas konsep Program Shaharuddin Pengalaman Homestay Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1995 di Temerloh, Pahang kepada konsep Kampungstay. Jelas beliau, Kampungstay merupakan satu bentuk pengalaman yang mana pelancong disediakan dengan kemudahan penginapan tetapi tidak tinggal bersama tuan rumah. Walau bagaimanapun, pelancong masih berpeluang untuk berinteraksi serta mengikuti aktiviti seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka. Terdahulu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, kunjungan pelancong berkenaan menunjukkan kemampuan dan kredibiliti Koperasi Homestay D' Pelandok dalam mengurus serta menganjurkan program pelancongan berskala besar. Katanya, usaha itu wajar dicontohi oleh koperasi lain agar gerakan koperasi menjadi peneraju dalam pelbagai sektor termasuk industri pelancongan dan pada masa yang sama membantu

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Usaha Koperasi Homestay D' Pelandok Best Port Dickson Berhad dalam mempromosikan kebudayaan, seni dan pelancongan tempatan sehingga sentiasa menjadi tarikan dalam kalangan pelancong khususnya dari luar negara mendapat pujian daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta ANGKASA. Usaha itu terbukti apabila koperasi tersebut telah menerima lawatan kira- kira 500 pelancong dari China pada 4 Disember 2024 di inap desanya iaitu Homestay Warisan Bonda di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketibaan mereka disambut dalam satu Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Digital MOTAC, Dato' Shaharuddin Abu Sohot. Hadir sama ialah EXCO Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Digital Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato’ Shaharuddin Abu Sohot (dua dari kiri) bergambar di hadapan ‘Rumah Bonda’. Turut bersama ialah EXCO Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon (kiri sekali), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah), Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (dua dari kanan) dan Pengerusi Koperasi Homestay D’Pelandok, Encik Mistam Taib.

pihak kerajaan mempromosikan keindahan, budaya dan hospitaliti Malaysia kepada dunia luar. Dalam lawatan tersebut, pelancong berpeluang terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh Koperasi Homestay D' Pelandok antaranya adalah mewarna batik, belajar memasak kuih jala serta kuih tradisional seperti kuih ketayap dan onde-onde, menganyam ketupat serta mencuba pakaian tradisional.

Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah, Presiden Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia, Encik Zohaime Mohamad Sori, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Encik Sufian Zainuddin, Pengarah MOTAC Negeri Sembilan, Dr. Rackmawatie Lokman dan Pengerusi Koperasi Homestay D' Pelandok, Encik Mistam Taib.

Pelancong berpeluang terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh koperasi.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease