2
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
DISEMBER 2024
DARI MUKA 1 Tambah beliau, selaras dengan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2025, kerajaan telah bersetuju untuk menyokong penganjuran ASEAN Cooperative Dialogue yang akan diadakan pada tahun hadapan dan akan dijayakan oleh ANGKASA dengan sokongan penuh daripada kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). “Ini termasuk sokongan peruntukan sebanyak RM1 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk ANGKASA bagi memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi serantau melalui ASEAN Co-operative Organization sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025,” jelas beliau. Sokongan itu menegaskan bahawa gerakan koperasi negara tidak hanya mampu mengatasi cabaran global, malah juga berpotensi untuk memimpin gerakan koperasi di rantau ini. Beliau turut berkata, sebagai langkah ke
hadapan, KUSKOP kini dalam proses akhir merangka draf pindaan Akta Koperasi yang sudah berusia hampir tiga dekad. Draf tersebut dijangka dibentangkan pada mesyuarat kabinet bulan ini sebelum diangkat ke parlimen pada sesi tahun hadapan. Pindaan itu bukan sahaja bertujuan memperkasa perundangan, bahkan juga memastikan koperasi mampu menjana perolehan lebih besar untuk ahli-ahlinya. “Namun sebelum itu, saya ingin melihat dan mendapatkan maklum balas akhir daripada gerakan koperasi negara, khususnya ANGKASA dan anggota- anggotanyasertapemimpingerakankoperasisebelum kita membentangkannya di parlimen,” katanya. Beliau juga menegaskan bahawa pindaan itu harus menggunakan pendekatan berlandaskan akal budi yang mendukung gerakan koperasi dalam menjana perolehan yang lebih besar untuk ahli-ahlinya. "Pada pandangan saya, pindaan ini seharusnya dapat mencakupi aspirasi koperasi yang telah dipersetujui sebelum ini," tambah beliau.
Terdahulu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya telah menggalakkan kerajaan negeri melalui EXCO yang menjaga portfolio koperasi untuk menganjurkan majlis peluncuran IYC2025 di peringkat negeri masing-masing. Majlis peluncuran itu bertujuan untuk memperkukuh penglibatan koperasi di peringkat negeri serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi negara. Tambahnya lagi, setiap negeri digalakkan untuk merancang dan melaksanakan program yang sesuai sempena IYC2025. Inisiatif tersebut diharap dapat memberi peluang kepada koperasi tempatan untuk berkembang dan memperluas jaringan mereka, sekaligus mempertingkatkan daya saing koperasi Malaysia di peringkat global.
YB Datuk Ewon, barisan tetamu kehormat dan jemputan bergambar selepas selesai majlis.
YB Datuk Ewon menyampaikan replika cek, sijil dan plak kepada johan Pertandingan Melukis Poster Peringkat Kebangsaan dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Kreatif Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan sempena IYC2025.
YB Datuk Ewon ketika memberikan ucapan.
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir • Arman Yusuf Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal
Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Media dan Penerbitan Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)
Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease