WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2024

Sajak

MENGANGKAT MARTABAT

Perkasakan kekuatan sebuah gerakan isikan peluang manfaat di mana ruang ertikan suntikan prihatin pembangunan semangat baharu mendukung kemajuan sumbangan warga perkukuh keupayaan Sedari dulu pertemuan demi pertemuan para pemimpin, anggota, perwakilan lalui tempoh panjang dalam perubahan tingkatkan sosiopolitik dan iktisad rakyat dari berfikir berbuat jadi pemilik abad hingga koperasi mengangkat martabat bangun! Pikul seluruh tanggungjawab. Apalah pembangunan tanpa pengisian tidak diendah tahap rendah penglibatan pun kemajuan tanpa penambahbaikan; di sana anak-anak muda tidak terpikat dengar perobahan kehilangan tekad jurangnya terlalu jauh tidak pernah dekat. Terangkatkah gerakan tanpa jiwa berani di manakah kini jati diri dan citra identiti? teguhkah undang-undang peraturan tata kelola? bagaimanakah rupa pendidikan dan modal insan? tinggikah panji-panji perniagaan dijulang? Kemajuan dalam tafsir pembangunan wadah dan madah suara di akar watan pancarkanlah gemilang sosioekonomi terbilang penanda aras ekonomi madani!

Dato' Haji A. Aziz Deraman Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease