WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2024

3 INFO SEMASA

DISEMBER 2024

Tema IYC2025 Jadi Tajuk Forum Anjuran IKMa

Sesi forum 'Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat' menampilkan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Insklusif Malaysia (MINDA - UKM), Prof. Tan Sri Dato' Dr. Noor Azlan Ghazali (dua dari kiri), Pengerusi Kebuniti Selangor Berhad, Tan Sri Abukasim Mohamed (dua dari kanan) dan Pengerusi Co-opbank Pertama (CBP), Datuk Baharom Embi (kanan sekali) yang dikendalikan oleh moderator iaitu Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan (kiri sekali).

Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ

Sambutan tersebut turut diserikan dengan Sesi Forum anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang dikendalikan oleh moderator iaitu Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dengan mengenengahkan tajuk 'Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat'. Tiga ahli panel yang mengambil bahagian ialah Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dato' Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengerusi Koperasi Kebuniti Selangor Berhad, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengerusi Co-opbank Pertama (CBP), Datuk Baharom Embi. Dalam sesi tersebut, Prof. Tan Sri Dato' Dr. Noor Azlan menekankan bahawa koperasi adalah mekanisme penting yang belum dimanfaatkan sepenuhnya dalam menangani cabaran masa kini. Beliau menambah bahawa koperasi di Malaysia masih mempunyai perjalanan yang jauh jika dibandingkan dengan negara-negara maju dan menekankan keperluan untuk menggerakkan platform koperasi secara lebih efektif. Tan Sri Abu Kassim pula mengulas bahawa kepimpinan adalah elemen utama dalam memastikan kejayaan sesebuah koperasi. Beliau menjelaskan bahawa perhatian utama harus diberikan kepada individu, khususnya dalam aspek kepimpinan yang memainkan pelbagai peranan penting.

Datuk Baharom menekankan kepentingan pembiayaan dan dana kepada koperasi. Beliau menambah bahawa inisiatif untuk memudahkan pembiayaan dan memperluaskan akses dana adalah penting bagi membolehkan koperasi memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan ekonomi negara. Selain forum, sebanyak 45 pempamer turut mengambil bahagian dalam sambutan itu termasuk ANGKASA, subsidiari ANGKASA, agensi kerajaan dan koperasi. Sambutan tersebut juga dimeriahkan dengan Jualan Rahmah MADANI yang berlangsung di tapak parkir ANGKASA, menawarkan peluang kepada peserta dan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai barangan pada harga berpatutan. Barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Encik Azizul Alias (Wakil KUSKOP) dan Encik Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan), barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) ANGKASA, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA diketuai Pengerusinya, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh, barisan Penasihat Korporat ANGKASA dan barisan pengurusan ANGKASA.

Majlis Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 Peringkat Kebangsaan disambut meriah dengan kehadiran seramai 702 jemputan secara fizikal dan tiga ribu lagi secara dalam talian. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick. Antara tetamu yang hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Haji Zamri Salleh, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Pengerusi Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Tuan Onn Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) serta Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan, negeri dan swasta. Bertemakan 'Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat', Tahun Koperasi Antarabangsa atau International Year of Cooperatives (IYC2025) telah diisytiharkan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 pada Disember 2023 melalui resolusi A/78L.71 yang diratifikasi oleh negara-negara anggota PBB. Pengiktirafan PBB itu mengambil kira peranan serta sumbangan gerakan koperasi terhadap pembangunan mampan di seluruh dimensi sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Dari Meja Presiden

Usia gerakan koperasi di Malaysia semakin matang setelah melalui era pembangunan sosioekonomi yang lestari. Keupayaan koperasi dalam mencipta potensi dan peluang perniagaan telah memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada ekonomi negara. Tahun 2024 telah menyaksikan peningkatan koperasi yang berdaftar mencecah angka 16 ribu buah dan pastinya, kedudukan jumlah anggota, syer dan aset juga akan turut meningkat. Namun, usaha untuk meneruskan kecemerlangan tadbir urus koperasi dan aktiviti yang dijalankan khususnya perniagaan perlulah selari dengan kualiti dan perkembangan semasa. Perkara tersebut penting bagi menjamin kelestarian gerakan koperasi selain terus menjadikan produk dan perkhidmatan koperasi menjadi pilihan oleh pengguna dan masyarakat.

Koperasi masih mempunyai peluang yang terbuka dan luas untuk meningkatkan lagi standard produk dan perkhidmatan

sedia ada di samping boleh membentuk perniagaan baharu mengikut keupayaan dan kelebihan yang dimiliki dengan sokongan dan bantuan berterusan oleh kerajaan. Kita amat berharap agar tahun 2025 yang juga ' Tahun Koperasi Antarabangsa’ mencipta lebih banyak lagi kejayaan terutamanya dalam aspek perolehan koperasi selain meningkatkan lagi kapasiti eksport produk koperasi ke negara-negara luar. Saya mewakili ANGKASA mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2025 dan mendoakan agar gerakan koperasi terus menyinar dan dilimpahi rahmat dan rezeki oleh Allah SWT.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease