WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2024

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 4

DISEMBER 2024

PM India Lancarkan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025)

LIPUTAN LUAR NEGARA

Modi melancarkan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) dan merasmikan Persidangan Koperasi Global Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Bharat Mandapam, New Delhi, India pada 25 November 2024. (Kredit foto: Ministry of Cooperation, Government of India ).

gerakan koperasi dalam pertumbuhan ekonomi negara itu selain turut menyatakan komitmen kerajaannya dalam memperkukuh gerakan berkenaan. Tambahnya, dalam tempoh 10 tahun yang lalu, India telah berusaha untuk mengubah keseluruhan ekosistemnya yang berkaitan dengan koperasi. “Usaha kami adalah untuk menjadikan koperasi sebagai persatuan pelbagai guna,” katanya sambil menambah bahawa sekitar 200,000 lagi persatuan koperasi pelbagai guna sedang ditubuhkan di kawasan luar bandar. Terdahulu, Amit Shah dalam ucapannya berkata, keputusan BKK untuk mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa adalah langkah yang tepat pada masanya serta akan memberikan manfaat besar kepada berjuta-juta orang miskin dan petani di seluruh dunia. Beliau juga berkata bahawa dalam tempoh tiga tahun yang lalu, banyak aktiviti baharu telah dijalankan dalam sektor koperasi di India. Selepas 75 tahun merdeka, gerakan itu telah mengalami kebangkitan dengan semangat yang lebih tinggi. Turut hadir dalam persidangan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Rusli Jaafar, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Cooperative Housing International, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak. IYC2025, bertemakan ‘Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat’, merupakan pengiktirafan PBB terhadap gerakan koperasi di seluruh dunia. Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan peranan model koperasi sebagai penyelesaian utama dalam menghadapi cabaran global dan sumbangannya dalam mempercepat pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) menjelang 2030. Pengiktirafan itu juga mengambil kira peranan koperasi yang mempromosikan sepenuhnya penyertaan inklusif dalam pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan termasuk wanita, belia, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), orang asal serta kumpulan terpinggir yang lain. Majlis Penutupan IYC2025 akan berlangsung di Doha, Qatar dari 4 hingga 6 November 2025, bersama dengan Sidang Kemuncak Dunia PBB Kedua untuk Pembangunan Sosial iaitu 30 tahun selepas Sidang Kemuncak Pertama yang diadakan pada tahun 1995. Sebagai rekod, Perhimpunan Agung PBB Ke-78 pada Disember 2023 melalui resolusi A/78/L.71 yang diratifikasi oleh negara-negara anggota PBB, mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa yang kedua. Pertama kali PBB mengambil keputusan untuk meluluskan resolusi seumpama itu adalah pada tahun 2011 ketika pertubuhan tersebut memutuskan untuk menjadikan koperasi sebagai isu global pada tahun 2012. Oleh itu, tahun 2012 diisytiharkan sebagai tahun koperasi untuk kali pertama dalam sejarah PBB. Persidangan Koperasi Global ICA 2024 yang berlangsung dari 25 hingga 30 November 2024 di Bharat Mandapam

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Perdana Menteri India, Narendra Modi melancarkan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) pada 25 November 2024 di hadapan lebih 3,000 delegasi dari lebih 100 negara di Bharat Mandapam, New Delhi. Dalam majlis yang sama, beliau turut merasmikan Persidangan Koperasi Global Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA). Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Perdana Menteri Bhutan, Tshering Tobgay, Timbalan Perdana Menteri Fiji, Manoa Kamikamica, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kerjasama Kesatuan India, Amit Shah, Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di India, Shombi Sharp, Presiden ICA, Ariel Guarco serta beberapa pemimpin lain. Delegasi Malaysia seramai 41 orang yang diketuai oleh Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut menyertai persidangan tersebut. Beliau yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) merupakan antara pemimpin koperasi dari lebih 10 negara yang telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan yang memberi fokus terhadap kelestarian gerakan koperasi khususnya melalui penglibatan golongan belia. Dalam ucapannya, Modi menekankan pentingnya menghubungkan gerakan koperasi dengan ekonomi kitaran untuk meningkatkan daya tahan koperasi terhadap perubahan iklim, serta menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam sektor koperasi. Justeru, katanya, perlu ada usaha untuk menginovasikan dasar dan strategi koperasi serta menggalakkan penubuhan perusahaan permulaan ( startup ) dalam sektor tersebut. Beliau menyeru delegasi koperasi yang hadir untuk meneroka idea mewujudkan institusi kewangan global bagi membiayai koperasi serta membangunkan model kewangan kolaboratif yang dapat menyokong pertumbuhan dan kelestarian badan koperasi di peringkat antarabangsa. Modi juga berkata bahawa India melihat peranan besar yang dimainkan oleh

Sebahagian daripada delegasi yang hadir. (Kredit foto: Ministry of Cooperation, Government of India ).

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease