WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2024

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 6

DISEMBER 2024

Malaysia Sedia Tawar Kepakaran Pengurusan Koperasi Sekolah kepada Koperasi Dunia

Datuk Dr Seri Abdul Fattah Abdullah menyampaikan ucapan mengenai kejayaan gerakan koperasi sekolah di Malaysia dalam sesi ' Celebrating Cooperatives Building Prosperity for All'.

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Koperasimampumenghadapicabaranglobalpada masa hadapan sekiranya dapat mempersiapkan golongan belia dengan ilmu keusahawanan koperasi dan inovasi sejak di peringkat sekolah lagi. Presiden ANGKASA yang juga Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian semasa memberikan ucapan mengenai gerakan koperasi sekolah di Malaysia dalam Celebrating Cooperatives Building Prosperity for All - Bridging Culture, Continuity and Innovation. Program yang berlangsung di Bharat Mandapam, New Delhi, India pada 25 November 2024 itu adalah sebahagian daripada Persidangan Koperasi Global dan Perhimpunan Agung ICA 2024 yang berlangsung selama enam hari bermula 25 November 2024 hingga 30 November 2024. Persidangan yang dihadiri lebih 1,200 delegasi dari 97 negara termasuk 41 delegasi Malaysia tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah merupakan antara 24 pemimpin koperasi dari 11 negara yang diberikan penghormatan untuk berkongsi kejayaan gerakan koperasi sekolah di Malaysia. Sebagai rekod, statistik interim dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga Jun 2024 menunjukkan terdapat 2,499 buah koperasi sekolah di seluruh negara, dengan keanggotaan seramai 2.09 juta individu, syer sebanyak RM30.47 juta, aset sebanyak RM469.56 juta dan perolehan sehingga Disember 2023 adalah RM430.42 juta. Bakat dan kemahiran keusahawanan boleh digilap kepada golongan remaja melalui koperasi sekolah. Menurut beliau, ANGKASA turut menjalankan program kemampanan di sekolah melalui koperasi dengan menanamkan nilai-nilai kesedaran dalam kalangan generasi pemimpin koperasi masa hadapan seperti program coopcare sejuta pokok dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim dari universiti tempatan. Beliau percaya model koperasi sekolah ANGKASA dari Malaysia boleh dikongsi bersama gerakan koperasi dari seluruh dunia.

Dato Haji Kamarudin Ismail membentangkan kertas kerja bertajuk "Koperasi Dalam Institusi Pendidikan- Perkukuh Identiti Koperasi Melalui Kepimpinan" semasa Persidangan ICA Global berlangsung.

Selain itu, ANGKASA juga turut mengalu-alukan sebarang bentuk kolaborasi dalam perjuangan membentuk kepemimpinan koperasi masa hadapan bersama rakan koperasi dari seluruh dunia. Sementara itu, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato' Haji Kamarudin Ismail turut berbicara mengenai koperasi sekolah di Malaysia sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk 'Koperasi Dalam Institusi Pendidikan - Perkukuh Identiti Koperasi Melalui Kepimpinan' dalam sesi selari bertajuk 'Koperasi di Institusi Pendidikan: Pemantapan Identiti Koperasi melalui Amalan dan Kepimpinan'. Katanya, ANGKASA sedia menawarkan latihan kepakaran kepada koperasi dunia yang berminat untuk membangunkan koperasi sekolah di negara masing-masing. Kejayaan ANGKASA melalui pembangunan koperasi sekolah telah berjaya menarik minat ramai koperator untuk mendalami kegiatan koperasi

sekolah yang dijalankan di Malaysia. Gerakan koperasi sekolah di Malaysia juga menekankan aspek kepimpinan dalam kalangan anggota koperasinya yang terdiri daripada pelajar sekolah dan guru melalui pelbagai aktiviti perniagaan. Tambahnya lagi, sembilan buah koperasi sekolah diasaskan oleh mantan Yang Dipertua ANGKASA, Allahyarham Prof Diraja Ungku A. Aziz, sejak tahun 1968, di mana anggota pelajar diasah bakat mereka supaya menjadi usahawan yang berjaya selain belajar menabung. Sesi tersebut dikendalikan oleh moderator, Co-secretary ICEI dan Vice Chancellor Chanakya University , Prof. Yashavantha Dongre dan turut disertai oleh Junki Ito dari National Federation of University Cooperative Associations (NFUCA), Jepun, Prof. Dr. C. Pitchai dari Profesor Ghandiram Rural Institute (GRI) dan Presiden Basque Cooperative High Council, Spain, Mr. Patxi Olabarria.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease