ANGKASACoop
www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)
MAC 2023 JILID: WP05/3 EDISI KHAS SEMPENA MESYUARAT AGUNG NEGERI (MAN) 2023
4 Sekapur Sirih
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan, Gerakan koperasi di Malaysia yang menjangkau usia melebihi 100 tahun terus diberi pelbagai insentif galakan oleh kerajaan selaras dengan keyakinan terhadap prinsip koperasi itu sendiri yang cakna terhadap pembangunan sosioekonomi secara adil dan saksama. Justeru, selaras dengan salah satu misi utama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk Merangsang Pembangunan Koperasi Supaya Kompetitif, Berdaya Saing, Progresif dan Berintegriti, beberapa inisiatif baharu perkhidmatan SKM terus melalui fasa modenisasi yang lebih kos efektif, mudah dan mesra koperasi. Pembangunan Pelan Pendigitalan Koperasi kekal menjadi pemudahcara era baharu dalam usaha SKM untuk lebih mendekati koperasi dan seluruh anggotanya. Sistem Aplikasi Online SKM atau secara ringkasnya SKM Online yang sedia ada bukan sahaja telah berjaya menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh SKM, malah platform tersebut juga telah berjaya menjana pengembangan minat daripada masyarakat khususnya golongan muda untuk lebih mengenali dan mendalami erti berkoperasi. Selain itu, pelan bantuan dan sokongan terus ditambahbaik dan ditingkatkan sejajar dengan usaha berterusan SKM untuk terus memacu pembangunan sektor perniagan koperasi di semua peringkat. Jawatankuasa Bantuan Kumpulan Wang Amanah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (KWA SKM) juga akan membantu memastikan setiap bantuan yang disalurkan benar-benar terbukti dapat memberi impak sekali gus meningkatkan prestasi ekonomi koperasi. Begitu juga dengan skim Bantuan Pembangunan Koperasi dan Pembiayaan Kredit SKM yang sentiasa disalurkan secara menyeluruh, fleksibel dan cekap. Semuanya demi untuk memastikan semangat serta kesungguhan anggota dalam membangunkan koperasi sentiasa teguh dan akhirnya berjaya mencapai matlamat selaras dengan visi dan misi yang digariskan. SKM sentiasa terbuka untuk sebarang pandangan mahu pun cadangan. Bersamalah kita mendoakan kecemerlangan koperasi dan semoga gerakan koperasi terus berkembang maju serta melakar lebih banyak kejayaan. Saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua Perwakilan Koperasi Ahli ANGKASA.
Rusli Jaafar Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim
Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi
Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did
WELCOME2PRINT SDN. BHD. (1141557V) (Wakil Koperasi Pos Nasional Berhad) No. 40, Jalan PBS 14/3 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir
5
Seulas Pinang
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan, ANGKASA sentiasa komited seiring dengan peranannya sebagai badan apeks gerakan koperasi negara untuk terus membantu meningkatkan pencapaian ekonomi koperasi dalam semua peringkat dan lapangan perniagaan yang diceburi. Umum mengetahui, sektor perniagaan koperasi di Malaysia terus diyakini dan berjaya mengekalkan momentum sehingga kini selaras dengan peranannya sebagai pemangkin kelestarian sosioekonomi anggota dan masyarakat. Semangat dan kesungguhan untuk menjayakan rancangan perniagaan koperasi juga dilihat semakin rancak berkembang dan banyak perniagaan koperasi yang telah membuktikan kecemerlangan selain mampu untuk terus kekal berdaya saing dalam pasaran terbuka. Selaras dengan Pelan Transformasi Koperasi dan Pelan Digitalisasi Koperasi yang hendak dibangunkan oleh kerajaan melalui SKM, ANGKASA sedia membantu dan menggandakan keupayaan sedia adanya termasuk menambahbaik standard perkhidmatan seiring dengan keperluan pasaran. Pelan Digitalisasi Koperasi yang dibangunkan dengan beberapa sesi libat urus bersama agensi dan koperasi diyakini dapat membantu menyemarakkan lagi sistem pengurusan koperasi di Malaysia. Kelebihan tersebut harus dinilai bukan dalam aspek kemudahan tadbir urus semata-mata, malah menerusinya juga, koperasi berpeluang meneroka lebih banyak potensi dan pasaran baharu di serata negara.
Pada kesempatan ini, saya mengucapkan syabas dan terima kasih atas semangat, usaha dan kesungguhan yang diterjemahkan oleh semua yang terlibat demi memajukan koperasi. Niat murni anda amat dihargai dan ANGKASA akan terus memberi tumpuan terhadap pencapaian ekonomi menerusi kualiti perkhidmatan yang disediakan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Kepada perwakilan MAN 2023, saya dengan seikhlas hati mengucapkan selamat bersidang kepada semua dan mendoakan semoga perjalanan mesyuarat pada tahun ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat seperti yang kita sama-sama harapkan. Terima kasih.
Kandungan
06 08
19
26 27 28 29 30 31 32 33 34
Model Koperasi Kariah Masjid ke Persada Global Sektor Perladangan ANGKASA: Meningkatkan Kolaborasi Agensi Kerajaan bagi Kepentingan Gerakan Koperasi Bersama Menghayati dan Mengamalkan Keperluan Pengamanahan (Wasiat) Hala Tuju Baharu Koperasi Sekolah Enam Faktor Kritikal Kejayaan Koperasi Transformasi Tadbir Urus Pembiayaan Koperasi Kredit melalui Ekosistem Kredit Koperasi Potensi Perniagaan Ar-Rahnu: Peluang Jana Ekonomi Koperasi
Laksana Pelbagai Inisiatif Majukan Koperasi Perkasa Koperasi Kariah Masjid dan BA100 Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani: Ruang dan Peluang Pertanian untuk Koperasi Ternakan Kelulut: Modular Inovasi Bantu Koperasi Koperasi Kredit Negeri Sembilan Disaran Pelbagaikan Aktiviti Potensi BA100 untuk Kelestarian Koperasi Sekolah Komited Perkasa Sektor Pertanian Koperasi
JPAN Kedah- Jom Turun Padang
20
JPAN Pulau Pinang Usahakan Tiga Projek Berdaya Maju Koperasi Perlu Seiring Era Digitalisasi Tingkat Sosioekonomi Komuniti melalui Koperasi ALK Tulang Belakang Koperasi Koperasi Mampu Bantu Kerajaan dalam Aspek Keterjaminan Makanan Perkasa Ekonomi Koperasi di Sabah Inovasi Menjamin Kelestarian Koperasi Perangkaan Keanggotaan ANGKASA
21
10
22 23 24 25
12 14 16
18
6
Model Koperasi Kariah Masjid ke Persada Global
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Presiden ANGKASA Pengerusi KONSORMAS Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tengah) dan Datuk Haji Seri Dr. Abdul Fattah (tengah) dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kanan) bergambar di hadapan Klinik Pakar Bersalin milik Cambodia Muslim Cooperative (CMC), ketika Program Adaptasi Aktiviti Koperatif Kariah Masjid dan Koperasi Sekolah di Kemboja pada 4 Ogos 2022.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dibawa melawat Madrasah Norul Iman Seri Dr. Abdul Fattah dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dibawa melawat Madrasah Norul Iman yang dibiayai sepenuhnya CMC bagi membantu pelajar daripada keluarga miskin.
Penubuhan Koperasi Kariah Masjid (KKM) dilihat bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim kariah setempat serta meningkatkan ekonomi, perkhidmatan dan juga sosial, malah ANGKASA melihat KKM memiliki potensi besar khususnya dalam konteks antarabangsa. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yakin bahawa KKM berpotensi dalam meningkatkan lagi manfaat kepada ekonomi ummah di seluruh dunia. Katanya, hubungan dan kerjasama yang terjalin antara ANGKASA dengan gerakan koperasi di Kemboja misalnya terus diperkukuh menerusi usaha mengembangkan model KKM bagi membantu komuniti Muslim di negara berkenaan, sekali gus menjadikan Kemboja sebagai negara ASEAN pertama yang bakal merealisasikan usaha ANGKASA.
“ Cambodia Muslim Co-operative (CMC) adalah model koperasi terbaik di Kemboja yang kini telah mengecapi pelbagai kejayaan membangunkan komuniti Muslim di negara berkenaan melalui infaq dan wakaf. CMC yang merupakan Klinik Wakaf Chroy Metrey mengenakan caj yang rendah kepada pesakit di mana 80 peratus keuntungannya digunakan untuk tujuan infaq bagi membantu komuniti berdekatan khususnya kepada umat Islam yang memerlukan,” katanya. Menurutnya, inisiatif menerusi jaringan kerjasama strategik antara KKM serantau daripada segi kepakaran, kemahiran dan pembangunan diharap mampu meletakkan KKM sebagai simbol terbaik penyatuan ummah khususnya dalam Hub Halal Serantau.
“Trend global membabitkan ekonomi halal di mana penggunaan perkhidmatan dan barangan halal dunia dijangka mencecah AS$2.4 trilion menjelang 2024 dan ini merupakan ruang dan peluang terbaik yang harus digarap oleh KKM. Potensi produk ini sangat besar dan adalah satu kerugian jika kita tidak bergerak pantas mempromosikan KKM di negara luar. KKM boleh bertindak sebagai pengeluar produk dan perkhidmatan halal sekali gus menjadi platform mengumpul dan memasarkan produk halal dengan lebih meluas. Bagi tujuan tersebut, ANGKASA kini giat memperkenalkan konsep KKM di luar negara dengan harapan kerjasama perniagaan dua hala dapat dijalankan antara negara terutamanya berkenaan produk dan perkhidmatan patuh syariah antara negara,” katanya.
7
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Naib Presiden International Co- Operative Alliance Asia and Pacific (ICA-AP) berkata, usaha mewujudkan perbankan antarabangsa koperasi masjid melalui International Coop- Mosque Development Bank juga berpotensi membantu membangunkan perniagaan KKM serantau. Melalui Gabungan Koperasi Kariah Masjid Sedunia yang bakal diwujudkan pada masa akan datang, usaha tersebut diharap dapat menjadikan penggerak baharu ekonomi Islam seterusnya menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan ekonomi umat Islam seluruh dunia. “Sebagai Presiden ACO, saya akan memastikan jalinan kerjasama koperasi antara negara ASEAN akan terus diberi perhatian serius dan menaruh keyakinan bahawa inilah pentas untuk ANGKASA mempromosikan produk dan perkhidmatan koperasi serta menawarkan apa sahaja bentuk kerjasama yang akan memberi manfaat kepada semua,” ujarnya. Beliau menambah, dalam mempertingkatkan keupayaan dan keberkesanan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan ekonomi umat Islam, penubuhan koperasi di setiap masjid dilihat sebagai satu pendekatan yang realistik dan wajar. Ini disebabkan konsep berkoperasi adalah selaras dengan kehendak Islam itu sendiri yang menggalakkan umatnya untuk bekerjasama dan tolong-menolong dalam perkara kebaikan serta kebajikan. Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga Jun 2022, terdapat 487 buah KKM di seluruh negara dengan keanggotaan seramai 41,794 orang dan syer/yuran berjumlah RM13.25 juta, aset bernilai RM29.34 juta serta perolehan sebanyak RM15.38 juta. Justeru, adalah menjadi hasrat
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (kiri) yang mengetuai delegasi ANGKASA berbincang mengenai model Koperasi Kariah Masjid Seri Dr. Abdul Fattah (kiri) yang mengetuai delegasi ANGKASA berbincang mengenai model Koperasi Kariah Masjid ketika melakukan sesi pertemuan bersama Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja, Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan (tengah) di Kemboja pada 3 Ogos 2022.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menerangkan mengenai produk di bawah Program ‘100 Product Champion ’ kepada Presiden KHPOP Community Association (KCA), Haji Mohammad Younes ketika melakukan kunjungan ke koperasi berkenaan di Masjid Al-Husainah Phnom Penh, Kemboja pada 3 Ogos 2022.
ANGKASA untuk menjadikan usaha tersebut sebagai satu kenyataan. Sokongan dan kerjasama semua pihak adalah penting kerana KKM mempunyai potensi besar untuk terus berjaya seperti koperasi lain dengan memiliki fungsi unik untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.
Kedai CoopMart milik Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Ketari CoopMart milik Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah melawat tanaman fertigasi milik Koperasi Kariah Seri Dr. Abdul Fattah melawat tanaman fertigasi milik Koperasi Kariah Masjid Al-Hasanah Bangi Berhad.
8
Sektor Perladangan ANGKASA: Meningkatkan Kolaborasi Agensi Kerajaan bagi Kepentingan Gerakan Koperasi
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Timbalan Presiden ANGKASA Pengerusi Jawatankuasa Sektor Perladangan ANGKASA Wakil ICA-AP Committee on Agriculture and Environment Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
Kolaborasi dan sinergi kerjasama ANGKASA dengan agensi kerajaan adalah sangat penting kerana usaha tersebut memberi manfaat besar dalam meningkatkan kecekapan dan daya saing gerakan koperasi negara. ANGKASA sentiasa komited merangka kerjasama antara agensi kerajaan, pemain industri, komuniti serta pemegang taruh sebagai suatu usaha meningkatkan momentum peranan setiap entiti bagi mencapai matlamat yang inklusif, berimpak tinggi dan mapan. Pelbagai usaha telah dirangka dan sedang dipergiatkan oleh ANGKASA dengan berganding bahu bersama agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi memastikan penyertaan koperasi dalam sektor perladangan lebih progresif. Lazimnya, agensi kerajaan mempunyai kelebihan sedia ada daripada sudut kepakaran, insentif dan hala tuju yang jelas ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat dan pendapatan negara. Selain peranan agensi kerajaan, kolaborasi bersama Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam bidang penyelidikan dan inovasi juga memberi manfaat dalam program Sektor Perladangan ANGKASA. Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dan Syarikat CRAUN Research Sdn. Bhd. serta IPT antara badan kerajaan, swasta dan universiti yang kini aktif menjalin kerjasama strategik dengan ANGKASA dalam usaha memperkasakan sektor perladangan gerakan koperasi negara. Lembaga Koko Malaysia (LKM) Sejajar Pelan Strategik Lembaga Koko Malaysia 2021-2025, kerjasama strategik antara ANGKASA dengan LKM bertujuan membantu koperasi yang berpotensi untuk menceburi industri koko. Lantaran itu, Sektor Perladangan ANGKASA telah membangunkan Ekosistem Industri Koko dalam gerakan koperasi selaras dengan visi dan misi Pelan Strategik Lembaga Koko Malaysia. Dengan mengadakan usaha sama menerusi bengkel dan webinar serta Mini Pusat Pemprosesan dan Pengeringan Koko, inisiatif tersebut adalah untuk memastikan hala tuju pembangunan industri koko berkembang maju. Melalui usaha Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membantu penubuhan dan pengurusan koperasi dalam kalangan pekebun kecil di bawah LKM, Koperasi Kluster Koko
Delegasi ANGKASA diketuai Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman (tujuh dari kiri) ketika menghadiri Sesi Perbincangan Dua Hala Pembangunan Industri Koko Gerakan Koperasi bersama Ketua Pengarah dan Pengurusan Tinggi LKM, Dr. Ramle Haji Kasin di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Mac 2022.
di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diwujudkan dengan peruntukan dana sebanyak RM500,000 setiap koperasi. ANGKASA dapat memainkan peranan pembangunan perniagaan dalam mengenal pasti penghasilan koko yang berkualiti melalui pembinaan tiga unit Mini Pusat Pemprosesan dan Pengeringan Koko. Sasaran harga tawaran biji koko kering yang dihasilkan telah meningkat daripada RM4.00 per kg kepada RM7.50 per kg. Hasil kerjasama strategik tersebut, sebuah Jawatankuasa Projek Pembangunan Perniagaan Industri Koko bersama LKM termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah diberi mandat dengan diterajui oleh ANGKASA Sabah di mana ibu pejabat LKM terletak di Kota Kinabalu. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman memberi penerangan mengenai perniagaan baharu projek semaian benih koko kepada koperasi berminat dalam Program Pembangunan Koko 2022 di Pusat Penyelidikan Koko Bagan Datuk, Perak pada 24 hingga 26 November 2022.
9
antara program yang diadakan adalah Kursus Asas Tanaman dan Pembuatan Baja Organik di Taman Meliponini KOPDAB dengan penyertaan seramai 40 peserta daripada 18 buah koperasi serta turut melibatkan sesi lawatan kerja ke kebun sayur organik di Folo Black Gold & Kheng Sdn. Bhd. Sektor Perladangan ANGKASA telah mewujudkan Jawatankuasa Program Teknikal Inkubator Baja Organik yang diterajui ANGKASA Johor. ii) Universiti Sains Malaysia (USM) ANGKASA Pulau Pinang telah menjalankan kerjasama strategik bersama Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Projek Inkubator Baja Organik yang bertujuan menentukan keberkesanan beberapa baja dan racun terpilih melalui penglibatan Koperasi Pembangunan Kampung Tradisional Tasek Pulau Pinang Berhad (PEKATRA). Sektor Perladangan mewujudkan Jawatankuasa Program Teknikal Inkubator Baja Organik yang diterajui ANGKASA Pulau Pinang. Manakala ANGKASA Perak pula terdapat Projek Inkubator Baja Mikrob diusahakan bersama USM Pulau Pinang bagi mengkaji kesan pertumbuhan vegetatif anak pokok kelapa sawit terhadap penggunaan baja mikrob (baja Bio AG). Baja Bio AG itu dikeluarkan oleh Syarikat MLBA Sdn. Bhd. yang bekerjasama dengan Koperasi Pengguna Islam Taiping Berhad. Kajian tersebut dapat membantu koperasi mengenal pasti kebolehpasaran baja organik serta penggunaannya dalam industri pertanian. Sektor Perladangan ANGKASA mewujudkan Jawatankuasa Program Teknikal Inkubator Baja Organik yang diterajui ANGKASA Perak. ANGKASA Jemputan Persidangan Kebangsaan Agensi LKM menjemput ANGKASA membentangkan kertas dalam Persidangan Kebangsaan Koko Malaysia kepada peserta yang terdiri daripada pemain industri, penyelidik, pekebun koko, pengusaha koko, usahawan coklat, pengilang koko dan
Kunjung hormat dan lawatan kerja Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman ke Pejabat Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Haji Idris Mohd Salleh pada 21 Februari 2022.
Lembaga
Kenaf
dan
koperasi. Antara lain usaha bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA dan MPOB adalah bakal mewujudkan Konsortium Koperasi Pekebun Sawit Mampan melibatkan 65 buah koperasi seluruh negara. Anak Syarikat Kerajaan Sarawak Sektor Perladangan ANGKASA bekerjasama dengan Syarikat CRAUN Research Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Sarawak, yang bertanggungjawab membangunkan industri sagu di negeri berkenaan. Melalui khidmat nasihat dan penyelidikan yang dijalankan oleh syarikat tersebut, telah membantu memperkasa industri sagu dan terdapat dua (2) buah koperasi terlibat dalam aktiviti berasaskan sagu di Mukah, Sarawak. Projek tersebut merupakan program produk hiliran kepada aktiviti koperasi untuk membeli, mengangkut dan menjual keratan sagu penduduk setempat. Selain itu, ANGKASA Sarawak berperanan memantau projek pembuatan dan perniagaan mi kuning berasaskan sagu yang dijalankan oleh Koperasi Desa Lestari Telian Tengah dan Ulu Berhad Mukah (KODELT) sekali gus membantu anggota koperasi yang terdiri daripada pekebun kecil penanam sagu daerah Mukah, Sarawak. Penyelidikan Baja Organik Institut Pengajian Tinggi i) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kerjasama strategik antara ANGKASA Johor dengan Universiti Teknologi Malaysia, Johor (UTM) dalam Projek Inkubator Baja Organik Johor telah bermula pada Januari 2020 dan berakhir pada 2023. Selain itu, projek yang dijalankan oleh Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDAB) melibatkan kajian baja jenis organik dan baja Agrodyke . Projek tersebut adalah perintis kepada penggunaan baja organik sektor perladangan terhadap pokok sawit. Kajian itu dijalankan oleh Jabatan Sains, Fakulti Sains UTM dan
Tembakau Negara (LKTN) Sektor Perladangan ANGKASA bersama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah mula mengadakan kerjasama pada tahun 2021 melalui pelaksanaan Program Pemprosesan Fiber Kenaf Premium. Program berkenaan merupakan program asal Kenaf Untuk Rakyat (KUR) oleh LKTN kepada peserta yang terdiri daripada individu pensendirian dan juga pekebun kecil. Melalui kerjasama ANGKASA dan LKTN, sektor koperasi telah terlibat pada peringkat pemprosesan Fiber Kenaf Pemium. Peringkat awal program melibatkan penyertaan sebanyak lima (5) buah koperasi, iaitu empat (4) buah koperasi di Kelantan dan sebuah koperasi di Pahang. Kerjasama melalui program webinar juga telah dilaksanakan untuk mempromosikan industri Kenaf dan terkini, Bengkel Ekosistem Pembangunan Industri Kenaf khususnya pengeluaran Kenaf untuk makanan ruminan dilaksanakan bersama LKTN serta penglibatan lima (5) buah koperasi dan pemain industri. Hasil kerjasama strategik tersebut, sebuah Jawatankuasa Projek Pembangunan Perniagaan Industri Kenaf bersama LKTN termasuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah ditubuhkan dan diterajui oleh ANGKASA Kelantan di mana ibu pejabat LKM terletak di Kota Bharu. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Matlamat MPOB menjayakan Program Pensijilan Minyak Sawit Mampan atau Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) adalah satu program nasional mandatori untuk ladang kelapa sawit, pekebun kecil dan kilang pemprosesan minyak sawit di Malaysia. ANGKASA telah mengadakan Program Pensijilan MSPO Sektor Perladangan ANGKASA dan telah berjaya membantu 52 koperasi perladangan sawit selesai menjalani proses pengauditan MSPO, manakala 25 buah dalam proses pengauditan dijalankan oleh ANGKASA Research Certification (ARC). Kerjasama ANGKASA dengan MPOB melalui program webinar dan insentif pembelian mesin mekanikal ladang meringankan beban kewangan
Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman membentangkan kertas kerja pada Persidangan Pekebun Kecil Sawit Kebangsaan anjuran MPOB di Hotel Pullman Miri, Sarawak pada 20-21 September 2022.
kakitangan LKM serta wakil koperasi pada 22 hingga 23 Jun 2022 di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Kerjasama ANGKASA dan MPOB turut menyaksikan penyertaan seramai 74 peserta daripada 45 Koperasi Pekebun Sawit Mampan dalam menjayakan Persidangan Pekebun Kecil Sawit Kebangsaan pada 20 hingga 21 September 2022 di Hotel Pullman Miri, Sarawak. Persidangan tersebut dihadiri oleh pekebun kecil sawit, pengusaha sawit, pembekal input pertanian, ahli akademik dan pegawai agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri sawit negara. Kedua-dua Persidangan Kebangsaan Agensi anjuran LKM dan MPOB tersebut telah menyaksikan Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Perladangan ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik membentangkan kertas kerja sebagai menyokong usaha kerajaan dalam memajukan sektor perladangan negara. Kesimpulannya, kepentingan kolaborasi strategik antara agensi kerajaan dapat memantapkan ekosistem industri tertentu dalam gerakan koperasi, kerana semua pihak yang terlibat mahu mencapai sasaran dan hala tuju yang sama serta meraih manfaat sedia ada terutama kepakaran dan insentif yang disediakan.
10
Bersama Menghayati dan Mengamalkan Keperluan Pengamanahan (Wasiat)
Oleh DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN dan MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABDULLAH (Pengurus MAAB) (Pengurus MAAB)
Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) Datuk Haji Mohamad Ali Hasan
Setiap tahun atau selang beberapa tahun akan timbul kenyataan, nilai harta terbeku atau tidak dituntut. Ini merupakan satu kerugian khususnya kepada waris kerana tidak boleh dimanfaatkan harta yang ditinggalkan oleh si mati, terutamanya harta alih yang terbeku di institusi kewangan, Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD), saham-saham dan sebagainya. Bagi harta tak alih pula
bukan dibuat apabila sampai usia pencen atau tunggu sehingga hari usia tua, tetapi perlu dibuat apabila kita sudah memiliki harta atau sudah berhasrat untuk menyampaikan pesanan kepada waris kita. Persepsi masyarakat mengenai keperluan dan kepentingan merancang harta perlu dibetulkan kerana kematian tidak mengenal usia, kematian tidak mengenal tahap kesihatan seseorang dan kematian akan datang pada
bila-bila masa sahaja. Firman Allah SWT yang bermaksud: Setiap jiwa pasti akan merasakan mati (Surah Al Imran Ayat 185). Sebagai peringatan kepada kita yang masih diberi peluang bernafas oleh Allah SWT, manfaatkan masa yang masih ada dalam mengambil langkah awal untuk memulakan perancangan harta pusaka. MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) merupakan sebuah syarikat amanah milik penuh Angkatan Koperasi
mungkin boleh digunakan, tetapi jika ingin dijual ia tidak boleh diuruskan kerana harta masih lagi atas nama si mati. Salah satu daripada puncanya perkara ini terjadi ialah sikap ambil mudah dan tidak ambil peduli pemunya harta terhadap harta yang dimiliki. Pemilik harta beranggapan bahawa semua hartanya akan terus diagihkan kepada warisnya selepas kematiannya. Namun hakikatnya terdapat pelbagai proses yang perlu diuruskan sebelum proses pencairan harta dapat dilakukan. Sebenarnya perancangan harta semasa hidup amat penting bagi memudahkan proses pentadbiran harta pusaka selepas kematian nanti. Perancangan harta
Wasiat
Amanah Pusaka Care
Pusaka
Hibah
Amanah
Produk yang ditawarkan
11
pentadbiran dan pengagihan harta pusaka untuk manfaat ahli waris yang telah ditinggalkan. Jika kita mengambil ringan tentang pengurusan harta pusaka, banyak pihak akan terkesan serta akan merumitkan pembahagian harta apabilla berlaku kematian kepada pemilik harta berkenaan. Menguruskan harta pusaka bukanlah perkara yang mudah. Terdapat banyak syarat serta peraturan yang perlu dipatuhi. Sebaik- baiknya, pemilik harta perlu merancang pengagihan hartanya, ketika beliau masih hidup supaya semua hartanya dapat dimanfaatkan oleh ahli waris dengan sebaik-baiknya apabila meninggal dunia. Wasiat Elak Pertikaian dalam Kalangan Waris Sebelum membuat wasiat, perkara penting yang perlu diketahui ialah syarat sah wasiat itu sendiri. Wasiat tidak boleh melebihi kadar satu pertiga daripada jumlah keseluruhan Harta Pusaka. Jika melebihi kadar satu pertiga, ia perlu mendapat persetujuan semua ahli waris yang berhak selepas meninggal dunia. Wasiat juga tidak boleh dibuat kepada ahli waris yang berhak, kecuali dengan persetujuan ahli waris lain selepas kematian pembuat wasiat . Seperti yang kita ketahui, anak angkat, anak tiri, anak susuan serta anak yang tidak sah taraf tidak termasuk dalam golongan penerima faraid. Maka, dengan kaedah wasiat, golongan tersebut layak mendapat harta peninggalan si mati. Bagi sesiapa yang mempunyai anak angkat, anak tiri, anak susuan serta anak yang tidak sah taraf patut memulakan perancangan dengan penulisan wasiat. Golongan orang yang tidak mempunyai waris amat digalakkan untuk membuat wasiat agar harta peninggalan mereka dapat disalurkan kepada orang atau organisasi yang memerlukan seperti masjid, sekolah tahfiz, surau, rumah anak yatim dan sebagainya sebagai wakaf, sedekah dan infaq mereka untuk meneruskan amalan kebajikan melalui harta yang ditinggalkan. Sikap mengambil ringan tentang perancangan harta ketika masih hidup dan tidak membuat apa-apa persediaan boleh mengakibatkan berlakunya perbalahan dalam kalangan keluarga pada masa hadapan dan akhirnya akan merugikan diri kita sendiri.
Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyediakan pelbagai instrumen atau produk perancangan harta yang boleh dilakukan, antaranya Penulisan wasiat, Pentadbiran Harta Pusaka, Hibah Hartanah, Amanah dan Pusaka Care. Penulisan Wasiat Wasiat merupakan ikrar seseorang yang dibuat semasa hayatnya terhadap hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas berlaku kematian (Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999). Nabi Muhammad SAW bersabda: Tidak seharusnya bagi seseorang yang mempunyai harta untuk diwasiatkan tidur lebih dari dua malam melainkan wasiatnya sudah tertulis di sisinya. -HR Bukhari. Hadis ini memberi perhatian kepada kita yang memiliki harta dan hak-hak yang menjadi beban ke atas kita seperti hutang dan seumpamanya agar bersegera menulis wasiat. Namun perlu difahami antara kepentingan penulisan wasiat adalah pelantikan Pentadbir Harta. Pentadbir Harta ialah orang yang diberi kuasa untuk menguruskan harta pusaka simati selepas ketiadaan pewasiat. Ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini tidak kira muslim atau bukan muslim beranggapan bahawa selepas kematian harta terus boleh dibahagikan kepada waris secara terus mengikut Hukum Faraid (Muslim) mahupun Akta Pembahagian 1959 (Bukan Islam). Namun pada hakikatnya perlu ada seorang pentadbir bagi menjalankan tanggungjawab dan proses pentadbiran sebelum harta tersebut dapat dicairkan dan diagihkan. Orang Islam amat digalakkan membuat wasiat untuk melantik wasi yang akan mentadbir hartanya apabila meninggal dunia. Wasi atau pentadbir ialah seseorang yang dilantik oleh
pembuat wasiat, sama ada dalam kalangan ahli waris atau bukan, untuk mengurus atau mentadbir pembahagian harta si mati kepada waris-waris yang berhak termasuk menunaikan semua wasiat si mati. Wasi akan bertindak sebagai pentadbir harta si mati termasuklah memulakan proses urus pusaka, melunaskan semua hutang si mati, melaksanakan wasiat dan membahagikan baki dari pusaka kepada waris mengikut lunas undang-undang. Wasiat bukan sekadar dokumen pengagihan harta, malah perkara itu adalah dokumen penting yang akan digunakan untuk mempercepat dan memudahkan urusan
“Orang Islam amat digalakkan membuat wasiat untuk melantik Wasi yang akan mentadbir hartanya apabila meninggal dunia. Wasi atau pentadbir ialah seseorang yang dilantik oleh pembuat wasiat, sama ada dalam kalangan ahli waris atau bukan, untuk mengurus atau mentadbir pembahagian harta si mati kepada waris-waris yang berhak termasuk menunaikan semua wasiat si mati. Wasi akan bertindak sebagai pentadbir harta si mati termasuklah memulakan proses urus pusaka, melunaskan semua hutang si mati, melaksanakan wasiat dan membahagikan baki dari pusaka kepada waris mengikut lunas undang-undang."
Sebarang pertanyaan dan mengenai perancangan dan pentadbiran harta pusaka boleh hubungi: MyANGKASA Amanah Berhad Suite C401, Blok C, maklumat lanjut
Glomac Business Centre, Jalan SS6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-7887 5600 Faks : 03-7887 2300
12
Hala Tuju Baharu Koperasi Sekolah
Oleh NADIAH KAMARUDIN NADIAH KAMARUDIN
Anggota Lembaga ANGKASA Ahli Lembaga ICA Global Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Sekolah Dato' Haji Kamarudin Ismail
Setelah lebih 50 tahun ditubuhkan dan berjaya melakar pelbagai kejayaan di peringkat nasional mahupun antarabangsa, apakah hala tuju baharu gerakan koperasi sekolah? Adakah hala tuju yang diguna pakai kini masih menyokong aspirasi kerajaan yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan yang unggul menjelang tahun 2030? Persoalan inilah yang mesti dirungkai agar koperasi sekolah di seluruh negara bergerak selari dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM). Semua pemegang taruh termasuk kementerian, agensi dan jabatan berkaitan serta ANGKASA perlu duduk semeja untuk menentukan arah tuju baharu koperasi sekolah yang tidak memfokuskan keuntungan semata-mata. Dalam usaha mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada Sektor Koperasi dalam DKN 2030, warga koperasi sekolah khususnya Anggota Lembaga Koperasi (ALK) harus memastikan supaya aktiviti yang dijalankan dapat menyokong enam Teras Strategik yang digariskan di bawah dasar tersebut. Koperasi sekolah adalah platform terbaik dalam usaha memberikan pendedahan awal kepada murid mengenai peluang membina kerjaya sebagai usahawan koperasi atau memulakan kerjaya sebagai kakitangan di mana-mana koperasi. Usaha itu wajar diteruskan sehingga ke peringkat institut pengajian tinggi bagi membuka minda murid bahawa selain daripada sektor awam dan sektor swasta, mereka boleh bergantung kepada kemampuan sektor koperasi untuk mencari sumber pendapatan. Usaha tersebut juga bertepatan dengan salah satu daripada 12 inisiatif yang ditetapkan di bawah Teras Strategik 1, iaitu ‘Menerapkan nilai dan budaya keusahawanan ke dalam sistem pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah hingga pendidikan tinggi.’
Dato’ Haji Kamarudin mendengar penerangan yang diberikan oleh Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi SMK (P) St. George Berhad, Pulau Pinang mengenai perniagaan kedai alat tulis yang diusahakan oleh koperasi tersebut.
Hala tuju baharu koperasi sekolah mestilah berpandukan pada Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM).
13
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah (tengah) mengetuai pertemuan antara ANGKASA dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Belia dan Sukan Kemboja, Mr. Nos Sles (lima dari kanan) pada 3 Ogos 2022. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Anggota-Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (empat dari kiri) dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail (lima dari kiri) serta Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad (tiga dari kiri).
Melalui penglibatan secara langsung dalam aktiviti koperasi sekolah, murid dapat membentuk peribadi yang unggul seperti berani, positif dan berdisiplin.
Laporan perangkaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi tahun 2021 menunjukkan bahawa jumlah koperasi belia adalah sebanyak 204 buah atau 1.3 peratus daripada jumlah keseluruhan koperasi (14,834). Sepanjang enam bulan pertama tahun 2022, jumlah koperasi belia hanya meningkat ke 205 buah daripada jumlah keseluruhan koperasi (14,975). Berdasarkan laporan itu, jelas menunjukkan bahawa penglibatan golongan muda dan profesional dalam sektor koperasi masih rendah dan perlu dipertingkatkan. Aspek inovasi juga harus diberikan penekanan dalam hala tuju baharu koperasi sekolah kerana dalam usaha untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, keusahawanan dan inovasi merupakan dua aspek yang saling berkait rapat dan perlu bergerak seiring. Malah, negara berstatus negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Norway meletakkan dua aspek tersebut sebagai prasyarat penting untuk pertumbuhan ekonomi yang lestari. Inovasi juga ditekankan dalam DKN 2030 melalui Teras Strategik 4 iaitu ‘Memacu pertumbuhan ekonomi melalui perusahaan berteraskan inovasi’.
Selain itu, koperasi sekolah juga boleh berperanan sebagai penggerak utama untuk melahirkan bakat inovasi muda celik digital dengan memberi pendedahan kepada murid mengenai manfaat teknologi digital, blok rantai, sains data, pengkomputeran awan ( cloud computing ) dan kecerdasan buatan (AI). Sebagai permulaan, koperasi sekolah boleh menjemput tenaga pakar yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknologi untuk memberikan perkongsian asas kepada pelajar selain menganjurkan pertandingan yang berkaitan di peringkat sekolah untuk menguji tahap pemahaman mereka. Penting juga untuk mereka memahami bahawa skop inovasi yang sering dikaitkan dengan penghasilan produk turut merangkumi cara sesuatu perniagaan dikendalikan seperti mengadaptasi teknologi terkini serta menyesuaikan perniagaan dengan kaedah dan sistem baharu. Pembentukan hala tuju baharu koperasi sekolah adalah antara perjalanan transformasi yang mesti dilaksanakan untuk merealisasikan negara keusahawanan pada tahun 2030. Usaha tersebut bermula daripada kerjasama secara efektif, komitmen dan sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan serta koordinasi gerak kerja yang kukuh.
ALK juga perlu memberi tumpuan terhadap tujuh teras yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada Disember 2022 dengan menilai dan meneliti semula matlamat dan objektif penubuhan koperasi mereka. Usaha tersebut wajar dipandang serius oleh ALK untuk memastikan koperasi sekolah mampu memberikan sumbangan semaksimum mungkin bagi menjayakan tujuh teras tersebut. Prestasi cemerlang koperasi sekolah turut mendapat perhatian dan pengiktirafan oleh koperasi luar negara hasil usaha ANGKASA yang sentiasa memainkan peranannya iaitu mempromosikan model koperasi sekolah di peringkat antarabangsa khususnya di negara Asia Pasifik. Sebagai contoh, projek aroundtheworld. coop yang disokong oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) dan dibiayai bersama oleh Kesatuan Eropah (EU) telah memilih untuk mendokumentasikan aktiviti dan pencapaian Koperasi MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang selama 10 hari pada Mac 2019. Selain itu, Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad juga telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Coop Pitch anjuran ICA-AP bersempena Asia Pacific Cooperative Youth Summit 3.0 pada Ogos 2021.
Kerjasama erat antara guru dan murid adalah penting dalam memastikan kejayaan sesebuah koperasi sekolah. erat antara guru dan murid adalah penting dalam memastikan kejayaan sesebuah koperasi sekolah.
14
Enam Faktor Kritikal Kejayaan Koperasi
Oleh DR. MOHD AZLAN YAHYA
Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi ICA-AP Committee on Cooperatives in Educational Institution (ICEI) Dr. Mohd. Azlan Yahya
dicapai dan strategi yang perlu dilaksanakan. Pernyataan visi berserta dengan objektif dan strategi yang baik akan memberi keyakinan kepada kerajaan, badan korporat dan pelbagai pihak berkepentingan untuk memberi sokongan. ii. Modal Insan Antara faktor penting kepada kejayaan bergantung kepada keupayaan dan kemahiran sumber manusia yang terlibat secara langsung dalam gerakan koperasi. Kemahiran dan keupayaan merupakan elemen penting modal insan. Kejayaan koperasi banyak bergantung kepada kemahiran, keupayaan dan kepakaran kepada individu yang terlibat seperti Anggota Lembaga Koperasi dan pengurusan. Adakah sistem pendidikan sedia ada berjaya melahirkan modal insan yang kompeten untuk memimpin koperasi ? Persoalan ini antara cabaran utama kepada Institut Koperasi Malaysia (IKMa) untuk mengkaji kesesuaian dan keberkesanan sistem pendidikan koperasi sekarang. Bagaimana usaha perlu dilaksanakan untuk menarik penglibatan generasi muda serta golongan profesional terlibat secara aktif dalam gerakan koperasi? Persoalan ini juga penting bagi memperkasakan modal insan gerakan koperasi. iii. Infrastruktur Asas sistem fizikal sesebuah negara seperti jalan raya, utiliti, sistem kewangan, sistem sokongan, dan pendidikan merupakan suatu yang penting bagi membolehkan produktiviti dan pembangunan ekonomi. Jika ini dijadikan ukuran, infrastruktur yang ada di negara kita adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kebanyakan negara lain. Dalam konteks gerakan koperasi, kerajaan telah menyediakan sebuah kementerian untuk menjaga pembangunan koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk tujuan kawalselia, IKMa khusus untuk pendidikan koperasi dan ANGKASA untuk membangun perniagaan sebahagian besar koperasi. Infrastruktur kewangan juga amat penting
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan Pelan Transformasi Koperasi (TransKom) pada tahun 2021 bertujuan untuk melonjakkan pencapaian gerakan koperasi yang sudah berusia lebih seratus tahun bertapak di negara ini sejak 1922. TransKom telah menggariskan sepuluh isu dan cabaran yang perlu ditangani bagi meletakkan gerakan koperasi di landasan yang betul sesuai dengan perubahan persekitaran semasa merangkumi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar yang menjadi tonggak gerakan koperasi seluruh dunia. Antara isu dan cabaran utama seperti persepsi masyarakat, tadbir urus dan kawal selia, fungsi dan peranan badan induk, penglibatan anggota koperasi, penyertaan golongan muda dan profesional, prestasi perniagaan serta modal insan. FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN (CSF) Konsep CSF telah diperkenalkan oleh D.Ronald Daniel pada tahun 1960-an kemudian dikembangkan oleh John F. Rockart pada tahun 1970-an. CSF merupakan sebilangan bidang yang terhad iaitu menghasilkan keputusan bagi memastikan prestasi persaingan yang berjaya samaada bagi individu, jabatan atau organisasi. CSF merupakan aktiviti daripada pelbagai bidang penting yang mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin jika ingin mencapai visi, misi, objektif atau matlamat organisasi. Ia juga menentukan kriteria untuk kecemerlangan bagi sesebuah organisasi. Mengenal pasti CSF
dengan tepat dapat membantu pekerja untuk bekerja ke arah kejayaan organisasi. Terdapat empat sumber utama CSF iaitu posisi industri, strategi persaingan, persekitaran, dan posisi pengurusan. FAKTOR KEJAYAAN KOPERASI Lapan prinsip yang mendasari gerakan koperasi merupakan tonggak kepada kejayaan koperasi yang terkemuka di seluruh dunia. Mereka telah mendefinisi, mentakrif dan mengamalkan prinsip tersebut dengan betul. Prinsip dijadikan asas kepada pembangunan faktor kritikal kejayaan mereka. Sebagai contoh Perbadanan Koperasi Mondragon (MCC) di Sepanyol telah mencapai kejayaan yang begitu cemerlang hanya dalam tempoh 30 tahun. MCC telah menjadikan prinsip koperasi sebagai asas kepada pembangunan visi, misi dan strategi mereka. Enam faktor berikut dikenal pasti antara faktor kritikal kejayaan utama yang perlu diberi perhatian oleh gerakan koperasi. i. Visi dan Strategi Kirkpatrick, Wofford, dan Baum (2002) menjelaskan bahawa visi merupakan sesuatu yang unggul (ideal) mewakili atau melambangkan nilai yang dikongsi bersama bagi mencapai aspirasi organisasi. Visi juga merupakan satu komponen yang efektif bagi strategi perniagaan di mana ia membantu proses pembuatan keputusan sesebuah organisasi lebih baik. Setiap organisasi yang terlibat dengan gerakan koperasi mestilah mempunyai visi yang jelas dan fleksibel sesuai dengan keadaan dan persekitaran. Visi yang jelas memudahkan organisasi atau koperasi membangunkan matlamat, objektif yang perlu
15
Visi dan Strategi
Penjajaran Motif Gerakan Koperasi
keupayaan dan kemahiran menggunakan persekitaran luaran untuk memperoleh kelebihan persaingan berbanding dengan pihak swasta yang sering menggunakan persekitaran luaran sebagai strategi perniagaan mereka. Sejauh mana sektor koperasi mengambil peluang daripada dasar ekonomi negara untuk memajukan perniagaan ? Sejauh mana koperasi mengambil kira perubahan teknologi dalam perniagaan ? Sejauh mana koperasi menilai perubahan trend gaya hidup masyarakat untuk meningkatkan daya saing perniagaan? v. Penjajaran Motif Gerakan Koperasi Mengikut struktur gerakan koperasi di Malaysia terdapat tiga agensi besar iaitu SKM, IKMa dan ANGKASA yang boleh memainkan peranan utama untuk memantap dan mengukuhkan CSF dan seterusnya membawa kejayaan kepada gerakan koperasi. Walau bagaimanapun kelemahan penjajaran ( alignment ) motif dalam kalangan mereka antara punca utama usaha membangunkan ekonomi koperasi tidak mencapai sasaran seperti dirancang. Sepatutnya ketiga-tiga agensi ini mempunyai motif yang sama tetapi mempunyai peranan yang berbeza untuk mencapai motif tersebut. Usaha untuk menjajarkan motif gerakan bagi ketiga-tiga agensi telah bermula dengan pengisytiharan Deklarasi Putrajaya pada tahun 2012. Walau bagaimanapun usaha ini tidak berjaya seperti yang dirancang. Kementerian sekali lagi melancarkan Aspirasi Koperasi Malaysia (ASKOM) pada tahun 2022 bertujuan mempertingkatkan usaha persepakatan, penyelarasan fungsi dan peranan antara SKM, IKMa dan ANGKASA. Ini bagi membangunkan gerakan koperasi yang lebih dinamik dan berdaya saing bagi mencapai sasaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 dan TransKom 2021-2025. RUMUSAN Bagi tempoh 10 tahun akan datang, gerakan koperasi di Malaysia mempunyai agenda dan cabaran besar untuk melonjakkan gerakan koperasi setanding dengan negara lain. Sehubungan itu, semua faktor yang dibincangkan di atas perlulah diberi perhatian serius dan sewajarnya oleh agensi berkenaan bagi memastikan kejayaan visi dan pelaksanaan strategi yang telah dirancang.
FAKTOR KEJAYAAN KOPERASI
Persekitaran Luaran
Modal Insan
Jaringan dan Kerjasama
Infrastruktur
v. Persekitaran Luaran Persekitaran luaran merupakan faktor yang mempunyai pengaruh secara langsung atau tidak langsung kepada kejayaan sesebuah koperasi. Terdapat dua jenis persekitaran luaran iaitu persekitaran luaran mikro dan persekitaran luaran makro. Persekitaran luaran mikro dikenali juga sebagai persekitaran operasi merupakan faktor luaran yang paling hampir dan mempunyai pengaruh langsung terhadap operasi koperasi seperti hubungan dengan pelanggan, hubungan dengan pembekal, penyediaan analisis persaingan, tanggungjawab sosial. Secara umumnya persekitaran luar mikro ini boleh dikawal oleh koperasi bergantung kepada sejauh mana memberi perhatian kepada kepentingan kepada persekitaran ini. Persekitaran luaran makro pula dikenali juga sebagai persekitaran umum di mana sesebuah koperasi langsung tidak dapat mengawal faktor persekitaran ini. Kejayaan koperasi adalah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut. Persekitaran luaran makro termasuk persekitaran politik, persekitaran ekonomi, persekitaran perundangan, persekitaran sosial dan persekitaran teknologi. Dalam konteks gerakan koperasi, kepimpinan dan pengurusan koperasi tidak mempunyai
untuk kejayaan koperasi. Di samping sistem kewangan swasta, kerajaan juga menyediakan Tabung Pusingan Modal (TMP) sebagai sokongan modal. Bank Rakyat dan Coop Bank Pertama (CBP) juga menyediakan pinjaman modal untuk koperasi mengembangkan perniagaan mereka. Mengapa gerakan Jaringan dan kerjasama merupakan antara elemen utama dalam prinsip koperasi. Ia juga telah dijadikan sebagai antara strategi koperasi yang berjaya di peringkat global untuk mengembangkan perniagaan mereka. Kekurangan elemen ini merupakan antara kelemahan utama gerakan koperasi di Malaysia untuk terus berkembang terutamanya dalam bidang ekonomi. Beberapa usaha telah dijalankan untuk memantapkan kerjasama antara koperasi dengan menggabungkan beberapa koperasi untuk aktiviti ekonomi tertentu tetapi kebanyakannya gagal. Kegagalan ini berpunca daripada tidak wujud kerjasama sebenar dan kepercayaan yang baik antara koperasi serta kelemahan kepimpinan untuk menerajui gabungan tersebut. Elemen kepercayaan dan kepimpinan perlu diberi perhatian yang serius jika konsep jaringan dan kerjasama ingin berjaya. koperasi masih lagi tidak bermaya? iv. Jaringan Dan Kerjasama
16
Transformasi Tadbir Urus Pembiayaan Koperasi Kredit melalui Ekosistem Kredit Koperasi
Oleh MOHD KHAIROOL AFIQ DATO’ ZULKEFLI MOHD KHAIROOL AFIQ DATO’ ZULKEFLI Penolong Pengurus, Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA
Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Kredit dan Kewangan ANGKASA Naib Pengerusi ICA-AP Credit and Banking Committee Wakil International Co-operative Banking Association (ICBA) Dato' Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa
Bermula daripada era tersebut sehingga tahun 1938, sebanyak 76 buah koperasi kredit telah ditubuhkan. Pada tahun 1954, Bank Persatuan Kerjasama ditubuhkan yang kemudiannya bergabung dengan Bank Agung Kampung Bekerjasama Persekutuan Tanah Melayu. Koperasi Bank itu kemudiannya dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau kini lebih dikenali dengan nama Bank Rakyat.
Sejarah yang panjang itu telah banyak mencorakkan lanskap gerakan koperasi di Malaysia. Perkara tersebut jelas menunjukkan bahawa Sektor Perkhidmatan Kewangan adalah peneraju utama sektor perniagaan koperasi. Keberadaan Koperasi Kredit bukanlah sebagai pesaing kepada mana-mana institusi tetapi lebih kepada pelengkap terhadap
Sektor Koperasi
Perkhidmatan
Kewangan
adalah sektor perkhidmatan yang tertua di negara ini. Mengimbau sejarah pada tahun 1922, aktiviti berkaitan perkhidmatan kewangan telah dijalankan oleh koperasi pada masa itu iaitu Syarikat Kerjasama Jimat Cermat Pinjaman Wang Pekerja Pejabat Pos dan Telekom Berhad. satu
17
industri perkhidmatan kewangan di negara kita. Selain institusi kewangan seperti bank dan syarikat pinjaman berlesen, Koperasi Kredit merupakan institusi yang ideal bagi masyarakat untuk mendapatkan pembiayaan. Bagi memantapkan lagi perkhidmatan kredit dalam gerakan koperasi, ANGKASA telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan satu rantaian perkhidmatan yang dinamakan Ekosistem Kredit Koperasi yang dibangunkan khas oleh ANGKASA. Perkhidmatan tersebut mampu melonjakkan standard dan kualiti koperasi di Malaysia setara dengan institusi pembiayaan yang lain, malah lebih baik.
semula tunggakan pembiayaan dan seterusnya memulihkan semula tunggakan tersebut. Perkhidmatan tersebut mensasarkan kepada semua 591 buah koperasi kredit di seluruh Malaysia termasuklah 419 koperasi kredit yang merupakan pelanggan BPA, institusi perbankan dan agensi pembiayaan berlesen. Perkhidmatan ACCRS ini telah beroperasi selama lebih dua tahun sejak dilancarkan pada Jun 2019. Bermula dengan beberapa Koperasi Kredit sebagai pelanggan pertama, ACCRS terus mengorak langkah dan terkini sebanyak 64 buah Koperasi Kredit telahpun menjadi pelanggan ACCRS. Nilai keseluruhan portfolio
maklumat kredit bank, litigasi, status muflis dan maklumat-maklumat kredit lain. Selain itu, ANGKASA juga menawarkan perkhidmatan Non-Bank Lender Credit Information (NLCI) iaitu platform yang memaparkan laporan kredit individu selain daripada bank. ANGKASA terus komited menjadi peneraju koperasi dalam penyediaan produk dan perkhidmatan berteraskan Syariah. Justeru, ANGKASA telah membangunkan Sistem Tawaruq bagi kemudahan koperasi menjalankan aktiviti pembiayaan berteraskan patuh Syariah sejajar dengan keperluan Maqasid Syariah.
terkini adalah sebanyak lebih RM100 juta dengan jumlah akaun sebanyak 4,305 akaun tunggakan. Jumlah portfolio itu adalah daripada akaun- akaun tunggakan yang sukar dikutip dan ada antaranya telah melebihi 10 tahun. ACCRS adalah salah satu komponen yang penting dalam Ekosistem Kredit Koperasi bagi membantu koperasi dalam pengurusan selepas pembiayaan (management of post financing) . Jika diteliti semula, dengan adanya kombinasi ACCRS, SPeKAR, SPGA dan NLCI dalam Ekosistem Kredit Koperasi, secara tidak
Setiap Perkhidmatan dalam rantaian ekosistem tersebut mampu menyelesaikan beberapa halangan dan permasalahan yang dihadapi oleh koperasi kredit khususnya koperasi kredit berskala kecil dan sederhana. Antara perkhidmatan yang diperkenalkan dalam rantaian Ekosistem Kredit itu adalah Program Rangsangan Modal. Program tersebut menyediakan platform pemudah cara untuk koperasi daripada pelbagai latar belakang perniagaan bagi mendapatkan modal kerja melalui pakej rangsangan modal yang ditawarkan kepada koperasi oleh institusi kewangan dan kerajaan. Sehingga kini, sebanyak RM566.88 juta pembiayaan telah diluluskan dengan pengeluaran pembiayaan sebanyak RM227.5 juta. Seterusnya, bagi memudahkan anggota koperasi mendapatkan
Portal MY AZZAHRA adalah platform sehenti dalam talian untuk anggota koperasi mendapatkan maklumat tawaran pembiayaan daripada koperasi kredit.
langsung menjadi satu rantaian perkhidmatan yang holistik dalam memastikan prestasi bayaran balik pembiayaan dapat ditingkatkan dan memberi kelebihan terhadap mutu perkhidmatan kredit koperasi. Menerusi Ekosistem Kredit Koperasi, peranan ANGKASA sebagai sebuah badan apeks yang melindungi koperasi serta anggotanya dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Dalam konteks itu juga, Koperasi Kredit akan lebih fokus dalam penawaran pembiayaan yang terbaik kepada anggotanya dan aktiviti selebihnya akan dilaksanakan oleh ANGKASA melalui rantaian ekosistem tersebut. Ekosistem Kredit Koperasi itu juga akan memastikan tadbir urus pembiayaan koperasi dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan terkawal selain mampu menjadi satu titik mula dalam memperkasakan sektor kewangan koperasi di Malaysia.
pembiayaan, ANGKASA telah membangunkan Portal MY AZZAHRA. Portal MY AZZAHRA adalah satu platform sehenti dalam talian untuk anggota koperasi mendapatkan maklumat tawaran pembiayaan daripada koperasi kredit dan seterusnya mendapatkan pembiayaan. Platform digital ini akan membantu koperasi dalam mempromosikan perkhidmatan pembiayaan mereka dengan lebih luas selaras dengan era digitalisasi kini. Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & Experian (SPeKAR) dibangunkan oleh ANGKASA bersama Experian Services Sdn. Bhd. bagi menyediakan perkhidmatan carian maklumat kredit individu untuk semua koperasi dan institusi kewangan selaras dengan Garis Panduan 7A oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan sebagai langkah kestabilan kewangan menurut seksyen 31, Akta Bank Negara 2009. Sistem ini digabungkan dengan data potongan gaji ANGKASA,
Antara perkhidmatan koperasi kredit di Malaysia yang juga salah satu komponen perkhidmatan dalam ekosistem tersebut adalah Sistem Potongan Gaji ANGKASA atau SPGA. Sistem tersebut merupakan satu kemudahan yang ditawarkan oleh ANGKASA kepada koperasi dan organisasi untuk mengutip bayaran seperti yuran, saham, ansuran pinjaman dan sebagainya dengan cara sistematik dan tersusun. Kini, koperasi atau organisasi yang melanggan perkhidmatan BPA boleh menggunakan sistem dalam talian untuk mendaftar arahan potongan baharu atau meminda / menghentikan tuntutan semasa. Bagi melengkapkan Ekosistem Kredit Koperasi, Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA telah mewujudkan satu perkhidmatan kutipan hutang secara profesional iaitu Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS). Perkhidmatan ini diwujudkan bagi membantu koperasi mengutip
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease