WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2023

11

pentadbiran dan pengagihan harta pusaka untuk manfaat ahli waris yang telah ditinggalkan. Jika kita mengambil ringan tentang pengurusan harta pusaka, banyak pihak akan terkesan serta akan merumitkan pembahagian harta apabilla berlaku kematian kepada pemilik harta berkenaan. Menguruskan harta pusaka bukanlah perkara yang mudah. Terdapat banyak syarat serta peraturan yang perlu dipatuhi. Sebaik- baiknya, pemilik harta perlu merancang pengagihan hartanya, ketika beliau masih hidup supaya semua hartanya dapat dimanfaatkan oleh ahli waris dengan sebaik-baiknya apabila meninggal dunia. Wasiat Elak Pertikaian dalam Kalangan Waris Sebelum membuat wasiat, perkara penting yang perlu diketahui ialah syarat sah wasiat itu sendiri. Wasiat tidak boleh melebihi kadar satu pertiga daripada jumlah keseluruhan Harta Pusaka. Jika melebihi kadar satu pertiga, ia perlu mendapat persetujuan semua ahli waris yang berhak selepas meninggal dunia. Wasiat juga tidak boleh dibuat kepada ahli waris yang berhak, kecuali dengan persetujuan ahli waris lain selepas kematian pembuat wasiat . Seperti yang kita ketahui, anak angkat, anak tiri, anak susuan serta anak yang tidak sah taraf tidak termasuk dalam golongan penerima faraid. Maka, dengan kaedah wasiat, golongan tersebut layak mendapat harta peninggalan si mati. Bagi sesiapa yang mempunyai anak angkat, anak tiri, anak susuan serta anak yang tidak sah taraf patut memulakan perancangan dengan penulisan wasiat. Golongan orang yang tidak mempunyai waris amat digalakkan untuk membuat wasiat agar harta peninggalan mereka dapat disalurkan kepada orang atau organisasi yang memerlukan seperti masjid, sekolah tahfiz, surau, rumah anak yatim dan sebagainya sebagai wakaf, sedekah dan infaq mereka untuk meneruskan amalan kebajikan melalui harta yang ditinggalkan. Sikap mengambil ringan tentang perancangan harta ketika masih hidup dan tidak membuat apa-apa persediaan boleh mengakibatkan berlakunya perbalahan dalam kalangan keluarga pada masa hadapan dan akhirnya akan merugikan diri kita sendiri.

Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyediakan pelbagai instrumen atau produk perancangan harta yang boleh dilakukan, antaranya Penulisan wasiat, Pentadbiran Harta Pusaka, Hibah Hartanah, Amanah dan Pusaka Care. Penulisan Wasiat Wasiat merupakan ikrar seseorang yang dibuat semasa hayatnya terhadap hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas berlaku kematian (Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999). Nabi Muhammad SAW bersabda: Tidak seharusnya bagi seseorang yang mempunyai harta untuk diwasiatkan tidur lebih dari dua malam melainkan wasiatnya sudah tertulis di sisinya. -HR Bukhari. Hadis ini memberi perhatian kepada kita yang memiliki harta dan hak-hak yang menjadi beban ke atas kita seperti hutang dan seumpamanya agar bersegera menulis wasiat. Namun perlu difahami antara kepentingan penulisan wasiat adalah pelantikan Pentadbir Harta. Pentadbir Harta ialah orang yang diberi kuasa untuk menguruskan harta pusaka simati selepas ketiadaan pewasiat. Ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini tidak kira muslim atau bukan muslim beranggapan bahawa selepas kematian harta terus boleh dibahagikan kepada waris secara terus mengikut Hukum Faraid (Muslim) mahupun Akta Pembahagian 1959 (Bukan Islam). Namun pada hakikatnya perlu ada seorang pentadbir bagi menjalankan tanggungjawab dan proses pentadbiran sebelum harta tersebut dapat dicairkan dan diagihkan. Orang Islam amat digalakkan membuat wasiat untuk melantik wasi yang akan mentadbir hartanya apabila meninggal dunia. Wasi atau pentadbir ialah seseorang yang dilantik oleh

pembuat wasiat, sama ada dalam kalangan ahli waris atau bukan, untuk mengurus atau mentadbir pembahagian harta si mati kepada waris-waris yang berhak termasuk menunaikan semua wasiat si mati. Wasi akan bertindak sebagai pentadbir harta si mati termasuklah memulakan proses urus pusaka, melunaskan semua hutang si mati, melaksanakan wasiat dan membahagikan baki dari pusaka kepada waris mengikut lunas undang-undang. Wasiat bukan sekadar dokumen pengagihan harta, malah perkara itu adalah dokumen penting yang akan digunakan untuk mempercepat dan memudahkan urusan

“Orang Islam amat digalakkan membuat wasiat untuk melantik Wasi yang akan mentadbir hartanya apabila meninggal dunia. Wasi atau pentadbir ialah seseorang yang dilantik oleh pembuat wasiat, sama ada dalam kalangan ahli waris atau bukan, untuk mengurus atau mentadbir pembahagian harta si mati kepada waris-waris yang berhak termasuk menunaikan semua wasiat si mati. Wasi akan bertindak sebagai pentadbir harta si mati termasuklah memulakan proses urus pusaka, melunaskan semua hutang si mati, melaksanakan wasiat dan membahagikan baki dari pusaka kepada waris mengikut lunas undang-undang."

Sebarang pertanyaan dan mengenai perancangan dan pentadbiran harta pusaka boleh hubungi: MyANGKASA Amanah Berhad Suite C401, Blok C, maklumat lanjut

Glomac Business Centre, Jalan SS6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-7887 5600 Faks : 03-7887 2300

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease