12
Hala Tuju Baharu Koperasi Sekolah
Oleh NADIAH KAMARUDIN NADIAH KAMARUDIN
Anggota Lembaga ANGKASA Ahli Lembaga ICA Global Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Sekolah Dato' Haji Kamarudin Ismail
Setelah lebih 50 tahun ditubuhkan dan berjaya melakar pelbagai kejayaan di peringkat nasional mahupun antarabangsa, apakah hala tuju baharu gerakan koperasi sekolah? Adakah hala tuju yang diguna pakai kini masih menyokong aspirasi kerajaan yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan yang unggul menjelang tahun 2030? Persoalan inilah yang mesti dirungkai agar koperasi sekolah di seluruh negara bergerak selari dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM). Semua pemegang taruh termasuk kementerian, agensi dan jabatan berkaitan serta ANGKASA perlu duduk semeja untuk menentukan arah tuju baharu koperasi sekolah yang tidak memfokuskan keuntungan semata-mata. Dalam usaha mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada Sektor Koperasi dalam DKN 2030, warga koperasi sekolah khususnya Anggota Lembaga Koperasi (ALK) harus memastikan supaya aktiviti yang dijalankan dapat menyokong enam Teras Strategik yang digariskan di bawah dasar tersebut. Koperasi sekolah adalah platform terbaik dalam usaha memberikan pendedahan awal kepada murid mengenai peluang membina kerjaya sebagai usahawan koperasi atau memulakan kerjaya sebagai kakitangan di mana-mana koperasi. Usaha itu wajar diteruskan sehingga ke peringkat institut pengajian tinggi bagi membuka minda murid bahawa selain daripada sektor awam dan sektor swasta, mereka boleh bergantung kepada kemampuan sektor koperasi untuk mencari sumber pendapatan. Usaha tersebut juga bertepatan dengan salah satu daripada 12 inisiatif yang ditetapkan di bawah Teras Strategik 1, iaitu ‘Menerapkan nilai dan budaya keusahawanan ke dalam sistem pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah hingga pendidikan tinggi.’
Dato’ Haji Kamarudin mendengar penerangan yang diberikan oleh Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi SMK (P) St. George Berhad, Pulau Pinang mengenai perniagaan kedai alat tulis yang diusahakan oleh koperasi tersebut.
Hala tuju baharu koperasi sekolah mestilah berpandukan pada Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease