13
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah (tengah) mengetuai pertemuan antara ANGKASA dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Belia dan Sukan Kemboja, Mr. Nos Sles (lima dari kanan) pada 3 Ogos 2022. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Anggota-Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (empat dari kiri) dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail (lima dari kiri) serta Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad (tiga dari kiri).
Melalui penglibatan secara langsung dalam aktiviti koperasi sekolah, murid dapat membentuk peribadi yang unggul seperti berani, positif dan berdisiplin.
Laporan perangkaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi tahun 2021 menunjukkan bahawa jumlah koperasi belia adalah sebanyak 204 buah atau 1.3 peratus daripada jumlah keseluruhan koperasi (14,834). Sepanjang enam bulan pertama tahun 2022, jumlah koperasi belia hanya meningkat ke 205 buah daripada jumlah keseluruhan koperasi (14,975). Berdasarkan laporan itu, jelas menunjukkan bahawa penglibatan golongan muda dan profesional dalam sektor koperasi masih rendah dan perlu dipertingkatkan. Aspek inovasi juga harus diberikan penekanan dalam hala tuju baharu koperasi sekolah kerana dalam usaha untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, keusahawanan dan inovasi merupakan dua aspek yang saling berkait rapat dan perlu bergerak seiring. Malah, negara berstatus negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Norway meletakkan dua aspek tersebut sebagai prasyarat penting untuk pertumbuhan ekonomi yang lestari. Inovasi juga ditekankan dalam DKN 2030 melalui Teras Strategik 4 iaitu ‘Memacu pertumbuhan ekonomi melalui perusahaan berteraskan inovasi’.
Selain itu, koperasi sekolah juga boleh berperanan sebagai penggerak utama untuk melahirkan bakat inovasi muda celik digital dengan memberi pendedahan kepada murid mengenai manfaat teknologi digital, blok rantai, sains data, pengkomputeran awan ( cloud computing ) dan kecerdasan buatan (AI). Sebagai permulaan, koperasi sekolah boleh menjemput tenaga pakar yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknologi untuk memberikan perkongsian asas kepada pelajar selain menganjurkan pertandingan yang berkaitan di peringkat sekolah untuk menguji tahap pemahaman mereka. Penting juga untuk mereka memahami bahawa skop inovasi yang sering dikaitkan dengan penghasilan produk turut merangkumi cara sesuatu perniagaan dikendalikan seperti mengadaptasi teknologi terkini serta menyesuaikan perniagaan dengan kaedah dan sistem baharu. Pembentukan hala tuju baharu koperasi sekolah adalah antara perjalanan transformasi yang mesti dilaksanakan untuk merealisasikan negara keusahawanan pada tahun 2030. Usaha tersebut bermula daripada kerjasama secara efektif, komitmen dan sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan serta koordinasi gerak kerja yang kukuh.
ALK juga perlu memberi tumpuan terhadap tujuh teras yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada Disember 2022 dengan menilai dan meneliti semula matlamat dan objektif penubuhan koperasi mereka. Usaha tersebut wajar dipandang serius oleh ALK untuk memastikan koperasi sekolah mampu memberikan sumbangan semaksimum mungkin bagi menjayakan tujuh teras tersebut. Prestasi cemerlang koperasi sekolah turut mendapat perhatian dan pengiktirafan oleh koperasi luar negara hasil usaha ANGKASA yang sentiasa memainkan peranannya iaitu mempromosikan model koperasi sekolah di peringkat antarabangsa khususnya di negara Asia Pasifik. Sebagai contoh, projek aroundtheworld. coop yang disokong oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) dan dibiayai bersama oleh Kesatuan Eropah (EU) telah memilih untuk mendokumentasikan aktiviti dan pencapaian Koperasi MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang selama 10 hari pada Mac 2019. Selain itu, Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad juga telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Coop Pitch anjuran ICA-AP bersempena Asia Pacific Cooperative Youth Summit 3.0 pada Ogos 2021.
Kerjasama erat antara guru dan murid adalah penting dalam memastikan kejayaan sesebuah koperasi sekolah. erat antara guru dan murid adalah penting dalam memastikan kejayaan sesebuah koperasi sekolah.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease