WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2023

14

Enam Faktor Kritikal Kejayaan Koperasi

Oleh DR. MOHD AZLAN YAHYA

Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi ICA-AP Committee on Cooperatives in Educational Institution (ICEI) Dr. Mohd. Azlan Yahya

dicapai dan strategi yang perlu dilaksanakan. Pernyataan visi berserta dengan objektif dan strategi yang baik akan memberi keyakinan kepada kerajaan, badan korporat dan pelbagai pihak berkepentingan untuk memberi sokongan. ii. Modal Insan Antara faktor penting kepada kejayaan bergantung kepada keupayaan dan kemahiran sumber manusia yang terlibat secara langsung dalam gerakan koperasi. Kemahiran dan keupayaan merupakan elemen penting modal insan. Kejayaan koperasi banyak bergantung kepada kemahiran, keupayaan dan kepakaran kepada individu yang terlibat seperti Anggota Lembaga Koperasi dan pengurusan. Adakah sistem pendidikan sedia ada berjaya melahirkan modal insan yang kompeten untuk memimpin koperasi ? Persoalan ini antara cabaran utama kepada Institut Koperasi Malaysia (IKMa) untuk mengkaji kesesuaian dan keberkesanan sistem pendidikan koperasi sekarang. Bagaimana usaha perlu dilaksanakan untuk menarik penglibatan generasi muda serta golongan profesional terlibat secara aktif dalam gerakan koperasi? Persoalan ini juga penting bagi memperkasakan modal insan gerakan koperasi. iii. Infrastruktur Asas sistem fizikal sesebuah negara seperti jalan raya, utiliti, sistem kewangan, sistem sokongan, dan pendidikan merupakan suatu yang penting bagi membolehkan produktiviti dan pembangunan ekonomi. Jika ini dijadikan ukuran, infrastruktur yang ada di negara kita adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kebanyakan negara lain. Dalam konteks gerakan koperasi, kerajaan telah menyediakan sebuah kementerian untuk menjaga pembangunan koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk tujuan kawalselia, IKMa khusus untuk pendidikan koperasi dan ANGKASA untuk membangun perniagaan sebahagian besar koperasi. Infrastruktur kewangan juga amat penting

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan Pelan Transformasi Koperasi (TransKom) pada tahun 2021 bertujuan untuk melonjakkan pencapaian gerakan koperasi yang sudah berusia lebih seratus tahun bertapak di negara ini sejak 1922. TransKom telah menggariskan sepuluh isu dan cabaran yang perlu ditangani bagi meletakkan gerakan koperasi di landasan yang betul sesuai dengan perubahan persekitaran semasa merangkumi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar yang menjadi tonggak gerakan koperasi seluruh dunia. Antara isu dan cabaran utama seperti persepsi masyarakat, tadbir urus dan kawal selia, fungsi dan peranan badan induk, penglibatan anggota koperasi, penyertaan golongan muda dan profesional, prestasi perniagaan serta modal insan. FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN (CSF) Konsep CSF telah diperkenalkan oleh D.Ronald Daniel pada tahun 1960-an kemudian dikembangkan oleh John F. Rockart pada tahun 1970-an. CSF merupakan sebilangan bidang yang terhad iaitu menghasilkan keputusan bagi memastikan prestasi persaingan yang berjaya samaada bagi individu, jabatan atau organisasi. CSF merupakan aktiviti daripada pelbagai bidang penting yang mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin jika ingin mencapai visi, misi, objektif atau matlamat organisasi. Ia juga menentukan kriteria untuk kecemerlangan bagi sesebuah organisasi. Mengenal pasti CSF

dengan tepat dapat membantu pekerja untuk bekerja ke arah kejayaan organisasi. Terdapat empat sumber utama CSF iaitu posisi industri, strategi persaingan, persekitaran, dan posisi pengurusan. FAKTOR KEJAYAAN KOPERASI Lapan prinsip yang mendasari gerakan koperasi merupakan tonggak kepada kejayaan koperasi yang terkemuka di seluruh dunia. Mereka telah mendefinisi, mentakrif dan mengamalkan prinsip tersebut dengan betul. Prinsip dijadikan asas kepada pembangunan faktor kritikal kejayaan mereka. Sebagai contoh Perbadanan Koperasi Mondragon (MCC) di Sepanyol telah mencapai kejayaan yang begitu cemerlang hanya dalam tempoh 30 tahun. MCC telah menjadikan prinsip koperasi sebagai asas kepada pembangunan visi, misi dan strategi mereka. Enam faktor berikut dikenal pasti antara faktor kritikal kejayaan utama yang perlu diberi perhatian oleh gerakan koperasi. i. Visi dan Strategi Kirkpatrick, Wofford, dan Baum (2002) menjelaskan bahawa visi merupakan sesuatu yang unggul (ideal) mewakili atau melambangkan nilai yang dikongsi bersama bagi mencapai aspirasi organisasi. Visi juga merupakan satu komponen yang efektif bagi strategi perniagaan di mana ia membantu proses pembuatan keputusan sesebuah organisasi lebih baik. Setiap organisasi yang terlibat dengan gerakan koperasi mestilah mempunyai visi yang jelas dan fleksibel sesuai dengan keadaan dan persekitaran. Visi yang jelas memudahkan organisasi atau koperasi membangunkan matlamat, objektif yang perlu

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease