15
Visi dan Strategi
Penjajaran Motif Gerakan Koperasi
keupayaan dan kemahiran menggunakan persekitaran luaran untuk memperoleh kelebihan persaingan berbanding dengan pihak swasta yang sering menggunakan persekitaran luaran sebagai strategi perniagaan mereka. Sejauh mana sektor koperasi mengambil peluang daripada dasar ekonomi negara untuk memajukan perniagaan ? Sejauh mana koperasi mengambil kira perubahan teknologi dalam perniagaan ? Sejauh mana koperasi menilai perubahan trend gaya hidup masyarakat untuk meningkatkan daya saing perniagaan? v. Penjajaran Motif Gerakan Koperasi Mengikut struktur gerakan koperasi di Malaysia terdapat tiga agensi besar iaitu SKM, IKMa dan ANGKASA yang boleh memainkan peranan utama untuk memantap dan mengukuhkan CSF dan seterusnya membawa kejayaan kepada gerakan koperasi. Walau bagaimanapun kelemahan penjajaran ( alignment ) motif dalam kalangan mereka antara punca utama usaha membangunkan ekonomi koperasi tidak mencapai sasaran seperti dirancang. Sepatutnya ketiga-tiga agensi ini mempunyai motif yang sama tetapi mempunyai peranan yang berbeza untuk mencapai motif tersebut. Usaha untuk menjajarkan motif gerakan bagi ketiga-tiga agensi telah bermula dengan pengisytiharan Deklarasi Putrajaya pada tahun 2012. Walau bagaimanapun usaha ini tidak berjaya seperti yang dirancang. Kementerian sekali lagi melancarkan Aspirasi Koperasi Malaysia (ASKOM) pada tahun 2022 bertujuan mempertingkatkan usaha persepakatan, penyelarasan fungsi dan peranan antara SKM, IKMa dan ANGKASA. Ini bagi membangunkan gerakan koperasi yang lebih dinamik dan berdaya saing bagi mencapai sasaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 dan TransKom 2021-2025. RUMUSAN Bagi tempoh 10 tahun akan datang, gerakan koperasi di Malaysia mempunyai agenda dan cabaran besar untuk melonjakkan gerakan koperasi setanding dengan negara lain. Sehubungan itu, semua faktor yang dibincangkan di atas perlulah diberi perhatian serius dan sewajarnya oleh agensi berkenaan bagi memastikan kejayaan visi dan pelaksanaan strategi yang telah dirancang.
FAKTOR KEJAYAAN KOPERASI
Persekitaran Luaran
Modal Insan
Jaringan dan Kerjasama
Infrastruktur
v. Persekitaran Luaran Persekitaran luaran merupakan faktor yang mempunyai pengaruh secara langsung atau tidak langsung kepada kejayaan sesebuah koperasi. Terdapat dua jenis persekitaran luaran iaitu persekitaran luaran mikro dan persekitaran luaran makro. Persekitaran luaran mikro dikenali juga sebagai persekitaran operasi merupakan faktor luaran yang paling hampir dan mempunyai pengaruh langsung terhadap operasi koperasi seperti hubungan dengan pelanggan, hubungan dengan pembekal, penyediaan analisis persaingan, tanggungjawab sosial. Secara umumnya persekitaran luar mikro ini boleh dikawal oleh koperasi bergantung kepada sejauh mana memberi perhatian kepada kepentingan kepada persekitaran ini. Persekitaran luaran makro pula dikenali juga sebagai persekitaran umum di mana sesebuah koperasi langsung tidak dapat mengawal faktor persekitaran ini. Kejayaan koperasi adalah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut. Persekitaran luaran makro termasuk persekitaran politik, persekitaran ekonomi, persekitaran perundangan, persekitaran sosial dan persekitaran teknologi. Dalam konteks gerakan koperasi, kepimpinan dan pengurusan koperasi tidak mempunyai
untuk kejayaan koperasi. Di samping sistem kewangan swasta, kerajaan juga menyediakan Tabung Pusingan Modal (TMP) sebagai sokongan modal. Bank Rakyat dan Coop Bank Pertama (CBP) juga menyediakan pinjaman modal untuk koperasi mengembangkan perniagaan mereka. Mengapa gerakan Jaringan dan kerjasama merupakan antara elemen utama dalam prinsip koperasi. Ia juga telah dijadikan sebagai antara strategi koperasi yang berjaya di peringkat global untuk mengembangkan perniagaan mereka. Kekurangan elemen ini merupakan antara kelemahan utama gerakan koperasi di Malaysia untuk terus berkembang terutamanya dalam bidang ekonomi. Beberapa usaha telah dijalankan untuk memantapkan kerjasama antara koperasi dengan menggabungkan beberapa koperasi untuk aktiviti ekonomi tertentu tetapi kebanyakannya gagal. Kegagalan ini berpunca daripada tidak wujud kerjasama sebenar dan kepercayaan yang baik antara koperasi serta kelemahan kepimpinan untuk menerajui gabungan tersebut. Elemen kepercayaan dan kepimpinan perlu diberi perhatian yang serius jika konsep jaringan dan kerjasama ingin berjaya. koperasi masih lagi tidak bermaya? iv. Jaringan Dan Kerjasama
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease