WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2023

JPAN Pahang Timur

18

Potensi Perniagaan Ar-Rahnu: Peluang Jana Ekonomi Koperasi Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

Haji Mohd Zahidi Haji Husain Pengerusi JPAN Pahang Timur

Ar-Rahnu kini dilihat sebagai satu bentuk perniagaan yang berpotensi dalam menjana keuntungan kepada koperasi. Selain ditubuhkan bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaan koperasi, perniagaan tersebut juga turut menjamin pulangan yang memuaskan dalam pelaburan anggota. Menerusi pengalaman Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Timur merangkap Timbalan Pengerusi Koperasi Pengguna Pahang Berhad iaitu Haji Mohd Zahidi Haji Husain, urus niaga harian Ar-Rahnu mampu mencecah sehingga RM50,000. Beliau yang ditemui wakil PELANCAR berkata, Ar-Rahnu memberi pilihan kepada masyarakat yang memerlukan khidmat gadaian yang selari dan sesuai dengan syariat Islam. Ar-Rahnu juga mampu menjadi sebuah institusi kewangan yang boleh membantu masyarakat yang memerlukan selain golongan peniaga yang memerlukan wang tunai segera. Kelebihan menjalankan Perniagaan Ar-Rahnu juga antaranya adalah bebas daripada sistem riba. Menurut Pengerusi Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Dato' Indera Mustafa Kamal, koperasi telah mengenakan kadar upah menyimpan yang lebih rendah daripada faedah yang dikenakan oleh pajak gadai konvensional. Urus niaganya juga cepat dan mudah serta penggadai mendapat baki hasil lelongan selepas ditolak pinjaman dan upah simpan. Perniagaan Ar-Rahnu juga merupakan suatu perniagaan yang konsisten dan fleksibel dalam apa jua keadaan. Perkara tersebut terbukti apabila ramai yang menggadaikan barang kemas mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan harian.

Pengerusi Koperasi Pengguna Pahang, Dato' Indera Mustafa Kamal.

Sementara itu, ang– garan modal minimum yang diperlukan untuk perniagaan tersebut adalah sekitar RM1juta. Koperasi juga tidak

Pelanggan berurusniaga dengan pekerja kedai Ar-Rahnu milik Koperasi Pengguna Pahang Berhad sambil diperhatikan Haji Zahidi Haji Husain.

memerlukan pekerja yang ramai untuk mengendalikan perniagaan tersebut. Berdasarkan pengalaman beliau, ramai masyarakat daripada pelbagai kaum seperti India, Cina dan Orang Asal memilih Ar-Rahnu berbanding pajak gadai konvensional. Kempen untuk menarik lebih ramai pelanggan juga boleh dilakukan dengan menawarkan pelaburan saham kepada mereka. Pelaburan tersebut dapat membantu menambahkan jumlah wang tunai untuk urus niaga dengan pelanggan. Malah, pelanggan akan memperoleh dividen setiap tahun daripada pelaburan tersebut. Koperasi lain yang terlibat dengan Ar-Rahnu di Kawasan Pahang Timur adalah Koperasi Makmur Malaysia Berhad, Koperasi Serbaguna Dara Berhad dan Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Berhad. Selaku Pengerusi JPAN Pahang Timur, Haji Mohd Zahidi mempelawa koperasi yang masih mencari peluang perniagaan ataupun yang berminat melaksanakan perniagaan itu agar menceburi Ar-Rahnu.

Peti kebal yang digunakan Koperasi Pengguna Pahang Berhad untuk menyimpan barangan gadaian.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease