JPAN Pahang Barat
20
Perkasa Koperasi Kariah Masjid dan BA100 Oleh : RAHMAT MOHD DID
masing menyertai KKM dan seterusnya berdaftar sebagai ahli ANGKASA. “Setakat ini, hanya 13 buah KKM berdaftar dengan ANGKASA di Pahang Barat sedangkan jumlah keseluruhan masjid di sini mencecah 140 buah. Ini merupakan peluang dan potensi yang tidak patut disia-siakan kerana Projek Barangan Asas 100 (BA100) juga sedang berkembang dan koperasi berpeluang menyertai program tersebut bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi anggota dan masyarakat setempat. Usaha tersebut juga bertepatan dengan sasaran kita untuk mensasarkan penubuhan minimum satu KKM bagi setiap AJK di daerah masing-masing,” katanya. Tambahnya, JPAN Pahang Barat juga akan berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah
koperasi yang berdaftar dengan BA100. “Setakat ini, sebanyak 89 buah koperasi telah berdaftar dengan BA100 tetapi masih banyak yang belum memulakan perniagaan disebabkan mempunyai masalah tertentu untuk meneruskan perniagaan. Oleh itu, kami akan mengambil tanggungjawab untuk pergi ke setiap koperasi terbabit bagi mengambil tindakan susulan dan menyelesaikan masalah secara bersama,” jelasnya. Beliau juga turut berharap agar koperasi dapat memainkan peranan yang sewajarnya dan terus aktif menambah bilangan anggota selain mencari peluang perniagaan berimpak tinggi agar dapat meningkatkan lagi perolehan koperasi dan anggotanya.
Dato' Syed Ali Syed Mohammad Pengerusi JPAN Pahang Barat
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Barat akan memberi fokus kepada pemerkasaan KoperasiKariahMasjid(KKM)secaralebih agresif pada tahun 2023 melalui strategi menambah bilangan penubuhannya mengikut daerah. Menurut Pengerusi JPAN Pahang Barat, Dato’ Syed Ali Syed Mohammad, Pahang Barat mengandungi tiga daerah besar iaitu Bentong, Raub dan Lipis. 12 orang Anggota Jawatankuasa (AJK) diberi tanggungjawab untuk memastikan masjid di kawasan masing-
Bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu merasmikan CoopMart Koperasi Peneroka Felda Tersang 03 Berhad di Raub, Pahang.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease