21
JPAN Perak
Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani: Ruang dan Peluang Pertanian untuk Koperasi
Oleh: HAJI ROSLI HAJI BASRI
Haji Rosli Haji Basri bersama Pengerusi Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad, Encik Mohd Helmi Mohd Rozi di kawasan tanaman fertigasi petola dan peria.
Pokok cili milik Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad boleh diusahakan koperasi secara tanaman fertigasi.
Haji Mohd Rosli Haji Basri Pengerusi JPAN Perak
Tanaman buluh rebung madu.
Usaha untuk menceburi bidang pertanian terutamanya tanaman fertigasi merupakan pilihan alternatif yang cukup baik untuk koperasi kerana tidak memerlukan kos yang tinggi selain boleh diusahakan di kawasan kediaman. Inisiatif itu juga seiring dengan saranan daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak, agar koperasi melaksanakan projek secara kecil-kecilan dengan jumlah modal dan tenaga kerja yang sedikit. melalui Program Mentor Mentee antara koperasi. Mentor terdiri daripada Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad dan Menteenya adalah Koperasi Kariah Masjid Bandar Universiti Sri Iskandar Perak Tengah Berhad. Projek tersebut bermula sejak Ogos 2022 dan dijangka berakhir pada Jun 2023. Mentor bertindak memberi pendedahan ilmu dan pengalaman kepada Mentee, manakala selepas ANGKASA Negeri Perak turut menyokong tanaman fertigasi cili
enam bulan, Mentee pula bertindak menjadi Mentor kepada koperasi lain. Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad adalah antara koperasi yang terlibat dalam Projek Mentor Mentee tersebut, diikuti dengan Koperasi Bintang Makmur Kuala Kangsar Berhad, Koperasi Maahad Tahfiz Pondok Air Jernih Grik Berhad dan Koperasi Sungai Rebat Teluk Intan Berhad, Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad yang turut menanam peria, petola, terung dan labu air dengan tenaga kerja seramai dua orang sahaja. Satu lagi bidang pertanian yang boleh diceburi oleh koperasi di negeri itu adalah tanaman buluh rebung madu. Projek tanaman Rebung bermula sejak tahun lalu di bawah
Marzalina Haji Mansor. Koperasi juga berpeluang memanfaatkan tanah terbiar dengan kegiatan menanam buluh rebung madu di samping dapat meningkatkan pendapatan mereka. Selain bidang pertanian, koperasi juga digalakkan menceburi bidang penternakan lobster atau udang kara air tawar yang juga merupakan kerjasama SKM dan ANGKASA Negeri Perak. Kos makanan untuk menternak udang kara agak murah dan ia boleh diternak di kawasan kediaman, sama ada dalam kolam tanah mahupun simen. ANGKASA sedia membantu koperasi yang ingin mengikuti kursus sama ada dalam bidang pertanian mahupun penternakan. Pelbagai kursus disediakan bagi menambah ilmu dan untuk dilaksanakan bagi menjana pendapatan. Setiap kali kursus diadakan, seramai 30 anggota berpeluang hadir menyertainya. Semoga koperasi di Negeri Perak dapat memanfaatkan perkongsian kali ini dalam melaksanakan kegiatan bermula dengan projek secara kecil-kecilan dengan kos atau modal yang rendah tetapi mampu memberikan pulangan yang memberangsangkan.
Jawatankuasa Wanita Negeri Perak dengan kerjasama Koperasi FELDA Trolak Timur Berhad.
lobster
Rebung madu boleh dibuat acar selain boleh dijadikan kepingan kentang untuk dijadikan bahan komersial. Koperasi yang berminat boleh mengikuti kursus bertajuk ‘Kebaikan Buluh dan Kegunaannya’ yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Buluh Malaysia, Dato' Dr. Hajah
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease