22
JPAN Johor
Ternakan Kelulut: Modular Inovasi Bantu Koperasi
Oleh : MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Pelembab tangan ‘Cassia Senna’ keluaran Koperasi tangan ‘Cassia Senna’ keluaran Koperasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat (COOPBPJ) ini mengandungi bahan organik iaitu madu lebah kelulut yang diperakui oleh Melaka Biotechnology Corporation.
Haji Sazali Abd. Hamid Pengerusi JPAN Johor
Koperasi di negara ini berpeluang untuk mengembang dan mempelbagaikan bidang ekonomi menerusi teknologi dan inovasi yang telah dibangunkan oleh anak tempatan melalui agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi dan pihak swasta. Justeru, ANGKASA Negeri Johor melihat potensi kerjasama dengan pihak penyelidik daripada Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam rangkaian pembangunan perniagaan untuk koperasi mengkomersilkan ternakan madu kelulut moden. Pengerusi ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Haji Sazali Abdul Hamid berkata, di bawah program tersebut, koperasi dan keluarga B40 yang terpilih akan dibimbing dengan kaedah penternakan lebah kelulut secara inovatif melalui teknologi ‘Bee Modular’ yang dibangunkan oleh penyelidik UTM dengan fokus mendapatkan madu kelulut bagi tujuan komersil. Bagi menjayakan agenda tersebut, sebuah taman atau ladang yang dinamakan MeliPark bertempat di UTM telah diwujudkan bagi menempatkan 1,000 rerumah pembiakan lebah kelulut yang diberikan kepada ANGKASA
Lawatan tapak 'Bee Modular' oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama JPAN Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor.
dengan keluasan 1 ekar untuk permulaan. Kaedah tersebut berbeza dengan cara konvensional di mana kekotak yang digunakan diperbuat dari kayu yang tidak tahan dengan perubahan cuaca di tempat lapang. Pembinaan, rerumah itu dihasilkan dari konkrit khas melalui kaedah penyelidikan oleh penyelidik UTM, diketuai oleh Dr. Mohd Khairuddin Ramliy mampu mencapai ketahanan daripada perubahan cuaca sehingga mencapai tempoh 10 tahun. Menurut beliau lagi, melalui program itu, ANGKASA akan memberikan khidmat latihan berkaitan ilmu keusahawanan, perniagaan, pemasaran, penjenamaan serta penghasilan produk hiliran berkaitan keluaran madu ternakan lebah kelulut kepada peserta supaya mereka berupaya menjana pendapatan tambahan yang lebih tinggi. Peserta yang menyertai program tersebut akan dipantau dan segala perkembangan termasuk kutipan hasil akan direkodkan.
“Kaedah ini dipilih bagi membolehkan golongan ini menjana pendapatan tambahan dengan menjual produk madu dan produk hiliran berkaitan. Ini sekali gus akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi kepada golongan B40 dan ekonomi setempat, di samping menanam semangat keusahawanan pada golongan ini,” ujar beliau. Bagi membiayai projek tersebut, sejumlah RM380,000 telah disalurkan oleh ANGKASA sebagai dana kepada UTM untuk menjayakan agenda projek tersebut dengan tujuan pembangunan komuniti golongan B40. Haji Sazali turut menjelaskan bahawa projek yang bermula sejak awal Januari 2023 itu dijalankan dengan matlamat untuk meningkatkan tahap ekonomi serta melahirkan koperator dan usahawan dalam kalangan B40 melalui pendekatan Inovasi Sosial ( Social Innovation Approach ).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease