JPAN Negeri Sembilan
23
Koperasi Kredit Negeri Sembilan Disaran Pelbagaikan Aktiviti
Oleh : DATO’ HAJI IBRAHIM HAJI ABDULLAH
Koperasi kredit seluruh negara amnya dan Negeri Sembilan khasnya disaran mempelbagaikan kegiatan bagi menambah produk selain menjalankan aktiviti pembiayaan untuk anggota. Saranan tersebut telah lama diusulkan lantaran senario cabaran yang timbul kesan daripada bilangan keanggotaan dan jumlah pembiayaan yang merosot dari tahun ke tahun. Di Negeri Sembilan terdapat sebanyak 21 buah koperasi yang dikategorikan sebagai koperasi kredit di mana pada keseluruhannya mengalami keadaan yang disebutkan tadi. Koperasi Anggota–Anggota Kerajaan Negeri Sembilan Berhad merupakan koperasi kredit terbesar di Negeri Sembilan dan diikuti keduanya Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad dan beberapa Koperasi guru seperti Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan Berhad, Koperasi Guru–Guru Tamil Negeri Sembilan Berhad, Koperasi Guru Cina Negeri Sembilan Berhad dan Koperasi Guru Agama Negeri Sembilan Berhad. Kemerosotan keanggotaan koperasi kredit ini adalah disebabkan penjawat awam kakitangan kerajaan dan guru–guru kurang berminat untuk menganggotai koperasi lantaran banyak kemudahan yang diberi oleh pihak swasta khasnya bank dan kad kredit. Sehubungan itu, koperasi tersebut menjalani kekurangan perolehan lantaran kurangnya anggota dan membawa kepada kurangnya aktiviti pembiayaan sebagai aktiviti utama koperasi. Dengan itu adalah disarankan agar koperasi kredit khasnya di Negeri Sembilan mempelbagaikan kegiatan dan aktiviti untuk menambah perolehan agar terus berdaya saing dalam suasana yang mencabar ini. Oleh itu, dicadangkan koperasi kredit di Negeri Sembilan menceburi aktiviti perniagaan
lain yang memberangsangkan seperti peruncitan, Ar-Rahnu, perladangan, pertanian, pelancongan dan hartanah. Untuk mempelbagaikan kegiatan, koperasi bolehlah memilih perniagaan tertentu yang sesuai dan termampu untuk diuruskan serta diyakini akan memberi pulangan terbaik. Di samping itu pihak yang berkewajipan harus membantu dalam mendahulukan perjalanan perniagaan tersebut. Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan Berhad telah pun memulakan aktiviti hartanah dengan projek perumahan yang diusahakan bersama pihak pemaju swasta. Begitu juga Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad mengusaha aktiviti Ar–Rahnu dan perhotelan. Aktiviti perladangan kelapa sawit adalah aktiviti yang boleh memberi pulangan yang lumayan. Sebagai contoh, Koperasi Astana Raja Berhad yang mengusahakan tanah terbiar seluas 130 ekar dan ladang seluas 100 ekar dengan tanaman kelapa sawit telah mampu memperolehi keuntungan melebihi RM1 juta tahun 2022. Koperasi Kakitangan Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad pula mendapat pulangan yang baik daripada kegiatan Ar- Rahnu dan perhotelan. Selain daripada itu koperasi kredit boleh merancakkan sektor pelancongan dengan memberi pembiayaan kepada anggota untuk mengerjakan umrah dan melancong. Aktiviti pertanian juga boleh diceburi oleh koperasi kredit dengan tanaman kenaf dan aktiviti menghasilkan madu kelulut. Koperasi Perdana Luak Johol Berhad adalah koperasi yang menjalankan aktiviti madu kelulut dengan Kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Pada
Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah Pengerusi JPAN Negeri Sembilan
masa ini terdapat 200 sarang madu kelulut yang telah diusahakan oleh koperasi dengan mendapat hasil yang lumayan. Madu ini diproses di makmal yang disediakan oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM) dan boleh menghasilkan madu kelulut yang bersih dan bermutu tinggi. Namun begitu, koperasi kredit hendaklah terus menawarkan program yang terbaik kepada penjawat awam dan guru–guru untuk menganggotai koperasi di samping mempelbagaikan kegiatan yang boleh menambah perolehan dan dapat mengeluarkan dividen. Kepada anggota yang telah bersara juga digalakkan untuk meneruskan keanggotaan koperasi dengan tawaran pulangan yang menarik.
TAHUN 2020
TAHUN 2021
TAHUN 2022
BIL.
KOPERASI
1
Koperasi Anggota–Anggota Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
2009 1946 1833
2 Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad 3 Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan Berhad
868 722 669
668 641
608
4 Koperasi Guru Tamil Negeri Sembilan Berhad 787
780 784
5 Koperasi Guru Agama Negeri Sembilan Berhad
223
209 201
Coop Mart milik Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Bayai Berhad di Batu Kikir.
Di ladang tanaman nanas milik Koperasi SMK Juaseh Berhad, Kuala Pilah.
Projek perumahan Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan Berhad (KGMNSB).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease