25
JPAN Terengganu
Komited Perkasa Sektor Pertanian Koperasi Oleh : HAJI MOHAMED YUSOFF
Haji Mohamed Yusoff Pengerusi JPAN Terengganu
Apakah projek dan aktiviti besar yang diusahakan di Terengganu? Jika diteliti, soalan tersebut agak sukar untuk dijawab secara spontan kerana Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu akan melaksanakan apa sahaja projek, program dan aktiviti yang selari dengan keputusan Anggota Lembaga ANGKASA melalui keputusan mesyuaratnya. Walaupun apa yang berlaku, ANGKASA yang sudah berusia lebih 50 tahun penubuhannya bukan sahaja berperanan sebagai badan Apeks gerakan koperasi di Malaysia, malah pelbagai aktiviti berasaskan pembangunan sosioekonomi telah dan sedang dijalankan bagi membantu menyebarluaskan ilmu kepada masyarakat melalui pendekatan berkoperasi. Dalam era baharu, kepimpinan ANGKASA sudah mula memberi tumpuan terhadap perniagaan berskala besar selain memperkasakan peranan sebagai badan Apeks di peringkat global. Fungsi SKM, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA juga telah diselaraskan kembali menerusi dokumen pembaharuan Aspirasi Koperasi Malaysia. Menerusi pembaharuan tersebut, penyelarasan tugas antara SKM, IKMa dan ANGKASA direalisasikan mengikut justifikasi dan pendekatan tadbir urus yang sesuai dengan perkembangan gerakan koperasi pada masa kini.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Haji Mohamed melawat Ladang Melon Manis ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Haji Mohamed melawat Ladang Melon Manis Terengganu milik Koperasi Melon Manis Terengganu Berhad (KopMet) di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Peradong, Terengganu pada April 2021.
berorientasikan sektor pertanian di Terengganu turut dipelawa untuk menyertai projek agro pelancongan seperti mengusahakan pertanian kontan, buah-buahan dan penternakan. Projek penanaman Melon Manis Terengganu (MMT) menjadi model terbaik ke arah usaha mempromosikan buah ikonik tersebut ke pasaran yang lebih meluas melalui penglibatan koperasi. Sehingga kini, dua koperasi bertindak sebagai mentor projek MMT ini yang dirintis oleh Koperasi Melon Manis Terengganu Berhad (Kopmet). MMT memiliki keunikan tersendiri kerana lebih manis, rangup dan berlemak berbanding kira-kira 3,000 jenis melon lain di seluruh dunia. MMT yang bersifat ekslusif ini hanya terdapat di Terengganu sahaja dan kelebihan tersebut menjadikannya sentiasa laris dalam pasaran.
SKM, IKMa dan ANGKASA juga komited menjadikan gerakan koperasi sebagai penyumbang berkesan kepada pembangunan sosioekonomi negara yang makmur, inklusif dan mampan. ANGKASA juga turut memiliki perancangan tersendiri melalui Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50). Projek integrasi pertanian dan pelancongan juga dilihat boleh dimajukan secara berstrategik di negeri Terengganu memandangkan negeri ini memiliki bentuk muka bumi yang sesuai untuk aktiviti pertanian di samping memiliki tarikan pelancongan yang mempersonakan. ANGKASA negeri bersedia menyahut cabaran dalam memperkasakan sektor pertanian dalam usaha mempastikan keter– jaminan bekalan makanan. Selain daripada projek induk ANGKASA negeri, koperasi
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease