26
JPAN Kedah
JPAN Kedah: Jom Turun Padang
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
Program turun padang ke Koperasi Guru Quran-Tajwid Kedah Berhad.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada lima buah koperasi ahli ANGKASA Negeri Kedah yang tersenarai dalam kedudukan 100 buah Koperasi Terbaik Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Koperasi-koperasi tersebut terdiri daripada Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad, Koperasi Pegawai- pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad, Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad, Koperasi Pasar Melayu Baling Berhad dan Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi Berhad. Kelima-lima buah koperasi di atas, mencipta kejayaan dengan mengusahakan perniagaan bengkel tayar, stesen minyak, kedai runcit, bidang perhotelan, bidang perubatan, pertanian dan pembangunan hartanah selain perniagaan Ar-Rahnu. Ucapan tahniah juga dirakamkan kepada 39 buah koperasi yang tersenarai dalam 350 koperasi mengikut sektor. Sehubungan dengan kejayaan tersebut, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah mengambil inisiatif mengadakan 'Program JPAN Turun Padang' bagi tujuan mendekati dan mendapat pengalaman langsung atas kejayaan koperasi terlibat. Maklumat hasil turun padang akan dikongsi bersama dengan koperasi yang belum tersenarai dalam kedudukan 100 dan 350 Koperasi Terbaik Peringkat Kebangsaan. Hasilnya boleh membuat anjakan paradigma ke arah meningkatkan kompetensi supaya kejayaan jumlah koperasi ahli dari Negeri
Kedah akan dapat dipertingkatkan jumlahnya dan berkekalan. Program JPAN Turun Padang Kali Pertama yang diadakan pada Tahun 2021 telah membuka dimensi baru kepada ANGKASA Negeri Kedah dan hasilnya dilaksanakan pula Program JPAN Turun Padang Kali Kedua yang melibatkan 15 buah koperasi berjaya diadakan pada bulan Januari 2023, secara tidak langsung program ini telah memberi nilai tambah kepada JPAN Kedah untuk berperanan menyebarkan ilmu kepada koperasi ahli bersesuaian dengan peranan ANGKASA sebagai payung kepada koperasi ahli. JPAN Kedah dapat melihat sendiri permasalahan serta peluang yang wujud dalam koperasi berkenaan untuk dapat bersama membangun dan mengembang sektor ekonomi yang diceburi oleh koperasi berkenaan bagi tujuan menyumbang kepada pemantapan pertumbuhan ekonomi negara. Sehubungan dengan perlaksanaan program tersebut, JPAN Kedah juga dapat merapatkan hubungan dengan pengurusan koperasi ahli, dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan koperasi ahli serta mendapat input-input bagi memudahkan ANGKASA Negeri merancang program serta aktiviti yang lebih berfokus. Ini bagi menepati kehendak dan keperluan kumpulan sasar yang dikenal pasti. Atas usaha serta kerjasama JPAN Kedah dengan koperasi ahli semoga pada tahun-tahun akan datang akan lebih banyak koperator dan koperasi yang berjaya tersenarai dalam Top 100 dan 350 demi kemajuan gerakan koperasi di Malaysia.
Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh Pengerusi JPAN Kedah
Program Jom JPAN: Pakat Turun Padang berlangsung di Koperasi Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Kedah DA Berhad.
Sebahagian daripada Program Jom JPAN: Pakat Turun Padang yang diadakan antara 11 buah koperasi awal tahun 2023 melibatkan perbincangan projek oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kubang Pasu Berhad.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease