27
JPAN Pulau Pinang
JPAN Pulau Pinang Usahakan Tiga Projek Berdaya Maju
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang sedang menggerakkan tiga projek yang memfokuskan sektor ekonomi utama. Usaha tersebut bertepatan dengan tanggungjawab ANGKASA yang termaktub dalam Aspirasi Koperasi Malaysia. Tiga projek tersebut adalah projek inkubator tanaman buah rock melon menggunakan kaedah fertigasi, pusat pengedaran (DC) Barangan Asas 100 (BA100) dan Projek Tanjung Waterfront Harbor Cruise Pulau Pinang. Menurut Pengerusinya, Haji Mohd Jamil Othman, proses penanaman rock melon yang telah bermula pada bulan Januari 2023 di sebuah tapak berkeluasan enam ekar di Ara Kuda, Bukit Mertajam dijangka membuahkan hasil sulungnya pada bulan Mac nanti. “Projek tersebut yang diletakkan di bawah kategori Projek Pemerkasaan Koperasi 1 (CEP 1), akan mengambil masa sehingga dua tahun untuk dijalankan. Setelah itu, kita akan menilai tahap kejayaannya sebelum diserahkan kepada 15 koperasi yang pada peringkat awal ini dijemput untuk melihat dan memantau projek sahaja,” kata beliau. Tambah beliau, projek itu disifatkan sebagai sebuah projek yang berdaya maju kerana menggunakan internet kebendaan (IoT) yang dibekalkan oleh Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat) selaku konsultan projek serta mempunyai pasaran yang luas. Koperasi telah menandatangani memo– randum persefahaman (MoU) dengan syarikat Jaya Grocer dan AEON untuk membekalkan sebanyak empat tan rock melon seminggu kepada kedua-dua syarikat tersebut. Projek DC BA100 yang bermula sejak Mac 2022 di Taman Pokok Sena, Kepala Batas turut menunjukkan kemajuan. Sehingga kini, DC tersebut yang diusahakan oleh JPAN Pulau Pinang dengan empat koperasi telah membekalkan barangan kepada 27 buah kedai ( outlet ) di sekitar Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara. “Kami (JPAN Pulau Pinang) juga sedang dalam fasa perbincangan dengan Koperasi Aufi Pulau Pinang Berhad untuk membekalkan
barangan kepada 50 buah kedai yang akan dibuka oleh koperasi tersebut,” ujar Haji Jamil. Projek Tanjung Waterfront Harbor Cruise Pulau Pinang yang sedang digerakkan oleh JPAN Pulau Pinang bersama Koperasi Mubarak Pulau Pinang Berhad turut menunjukkan perkembangan positif dan dijangka akan mula beroperasi pada bulan Mac 2023. Pada September 2022, Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA telah membawa seramai 12 orang pemandu pelancong ke Pulau Pinang bagi mendapatkan input dan pandangan mereka mengenai cadangan pakej yang sesuai untuk ditawarkan kelak. Menurut Haji Jamil, pihaknya telah mengenal pasti beberapa tempat tarikan untuk dilawati Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk) mengetuai tinjauan ANGKASA ke laluan Projek Tanjung Waterfront Harbor Cruise Pulau Pinang pada 12 Februari 2020.
Haji Mohd Jamil Othman Pengerusi JPAN Pulau Pinang
oleh pelancong antaranya adalah Pulau Aman di mana mereka dapat melihat sangkar ikan dan menikmati mi udang di sebuah restoran terapung. “Buat masa ini, projek itu akan dikendalikan oleh JPAN Pulau Pinang dan Koperasi Mubarak. Setelah melihat ada kejayaan, barulah kami akan menjemput sebanyak 15 buah koperasi untuk turut sama terlibat secara langsung,” kata beliau.
Pekerja ladang melakukan kerja penyediaan tanah untuk persediaan bagi pemindahan anak benih rock melon .
Pusat Pengedaran (DC) Barangan Asas 100 (BA100) di Taman Pokok Sena.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease