WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2023

28

JPAN Kelantan

Koperasi Perlu Seiring Era Digitalisasi

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Krisis pandemik COVID-19 secara tidak langsung telah mendorong proses peralihan ekonomi konvensional kepada ekonomi digital secara lebih pantas dan perkara tersebut terbukti dengan berkembangnya pelbagai aplikasi baharu serta platform perniagaan secara dalam talian. Di Malaysia, rekod pendaftaran perniagaan berasaskan platform digital yang berakhir pada Disember 2022 sebanyak 320,703 di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi kategori dalam talian. Justeru, sektor perniagaan koperasi perlulah mengambil inisiatif yang sama serta berani melakukan perubahan mengikut norma baharu perniagaan melalui ekonomi digital agar gerakan koperasi dapat terus berdaya saing dan berkongsi manfaatnya. Operasi dan tadbir urus koperasi juga perlu ditingkatkan melalui penggunaan teknologi digitalisasi bagi menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian Ke-4 (IR 4.0) yang serba pantas sekali gus mampu mengadaptasi budaya niaga dan berinteraksi dengan pelanggan secara lebih dinamik dan meluas. Menurut Pengerusi JPAN Kelantan, Wan Mohd Zain Wan Abdullah, pemimpin koperasi perlu mempunyai kreativiti, inovasi serta berani mengambil risiko bagi merebut manfaat dan peluang yang wujud daripada ekosistem digital tersebut. Katanya, ekonomi berasaskan pendigitalan telah banyak mengubah persepsi, tahap keyakinan dan penerimaan masyarakat terhadap urusan jual beli. Oleh itu, pemain

industri wajar bertindak secara lebih pantas dan berkesan bagi mengaut sebanyak mungkin manfaat dengan memperbanyakkan aktiviti ekonomi secara digital. Menurut beliau, tahap kesedaran dan penggunaan teknologi digital dalam kalangan anggota koperasi masih rendah khususnya yang melibatkan perniagaan secara maya ( online ). Antara faktor penyebabnya adalah kerana kurangnya tahap pengetahuan, kekangan kewangan dan dorongan terhadap perniagaan yang berasaskan digital. Gerakan koperasi di Kelantan katanya perlu diperhebat melalui penggunaan ilmu digitalisasi memandangkan jumlah keanggotaan koperasi semakin meningkat. Sehingga Disember 2022, jumlah koperasi dewasa di Kelantan adalah sebanyak 543 buah, manakala Koperasi Sekolah pula sebanyak 166 buah. “Penglibatan koperasi di negeri ini dalam Projek Barangan Asas BA100 dilihat amat memberangsangkan apabila sebanyak 66 koperasi dewasa dan 92 koperasi sekolah sedang aktif menggunakan platform digital menerusi projek tersebut, dan dijangka akan meningkat dari masa ke semasa,” katanya. Wan Mohd Zain menaruh harapan agar lebih banyak koperasi di seluruh negara dapat mengadaptasi teknologi digital dalam aktiviti perniagaan mereka untuk meningkatkan perolehan koperasi seterusnya dapat berdaya bersaing dalam pasaran semasa. Beliau menyokong penuh usaha ANGKASA dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama-sama pemegang taruh termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan

Wan Mohd Zain Wan Abdullah Pengerusi JPAN Kelantan

Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) ke arah menjayakan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi. Pelan tersebut diharap dapat memberi impak positif kepada gerakan koperasi negara khususnya dalam mengadaptasi keperluan teknologi digital secara lebih berkesan.

Anggota koperasi diberi pendedahan mengenai proses digitalisasi melalui kursus berasaskan teknologi. koperasi diberi pendedahan mengenai proses digitalisasi melalui kursus berasaskan teknologi.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease