WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2023

29

JPAN Wilayah Persekutuan

Tingkat Sosioekonomi Komuniti melalui

Isu kos sara hidup yang membelenggu masyarakat sejak sekian lama semakin lantang disuarakan ekoran pandemik COVID-19 hingga menyebabkan krisis ekonomi dan menjejaskan kualiti hidup sebahagian besar penduduk bandar ketika ini. Bagi golongan kurang berkemampuan khususnya dalam kalangan B40 dan M40 perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi, malah memberi impak terhadap sosial masyarakat apabila ramai hilang pekerjaan dan kekurangan pendapatan. Justeru, usaha ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan menggalakkan penubuhan koperasi komuniti di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) terutama kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai salah satu usaha untuk menangani kos sara hidup di kawasan bandar. Beberapa pertemuan telah dilakukan antara ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk memastikan setiap PPR dapat menubuhkan satu koperasi komuniti. Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain berkata, institusi koperasi perlu menjadi tapak penghubung masyarakat untuk sama-sama berganding bahu, mengumpul modal, berkongsi idea dan tenaga untuk bergerak dalam satu kumpulan. “Penglibatan koperasi komuniti dalam Pertanian Bandar, Sektor Pemborongan dan Peruncitan menerusi kedai harga patut mampu menawarkan harga keperluan harian dengan lebih rendah, sekali gus memperkasakan ekonomi koperasi komuniti dan kejiranan setempat.”ujar beliau.

Koperasi Oleh : MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Katanya lagi, sehingga kini sudah ada tiga koperasi PPR berjaya ditubuhkan, iaitu di Ampang, Sentul dan Putrajaya yang mana koperasi komuniti ini adalah satu model keusahawanan sosial yang tidak menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama sebaliknya memberi manfaat dan kesejahteraan kepada anggota dan masyarakat. “Inisiatif ini perlu diperkukuh dan diperluas lagi agar dapat mengurangkan peranan dan pembabitan orang tengah, sekali gus berupaya menstabilkan harga barangan keperluan di pasaran. Hajah Sharifah Aminah berkata, beliau juga berhasrat untuk menubuhkan satu pusat pengedaran atau distribution center (DC) bagi memudahkan proses pengedaran produk dan pihak koperasi melaksanakan BA100. “Oleh itu, adalah diharapkan gerakan koperasi di Wilayah Persekutuan dapat terus berperanan dalam program transformasi kerajaan, khususnya dalam enam bidang keberhasilan utama ekonomi bagi melonjakkan sumbangan sektor koperasi terhadap pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan

Jualan barangan asas BA100 ANGKASA menawarkan harga yang berpatutan dan mendapat sambutan komuniti setempat.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease