30
JPAN Perlis
ALK Tulang Belakang Koperasi
Oleh : MOHAMAD AIRUL AZAHAR ABDULLAH Pengurus ANGKASA Negeri Perlis
Koperasi merupakan sebuah pertubuhan yang digerakkan untuk menjayakan sosioekonomi anggotanya, dapat memajukan kepentingan ekonomi dan sosial sekaligus untuk masyarakat setempat. Mandat yang diberikan oleh anggota koperasi melalui Mesyuarat Agung Koperasi perlulah digunakan sebaiknya oleh setiap Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dipilih untuk merealisasikan nilai dan prinsip berkoperasi. Peranan ALK adalah sebagai pencetus idea dan memberi pandangan yang bernas dalam koperasi melalui Mesyuarat Lembaga atau mesyuarat biro masing-masing. Setiap ALK perlu berfungsi dengan berkesan dan tidak hanya sebagai ‘sleeping partner’. Idea yang bernas akan menggerakkan aktiviti koperasi. ALK yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan juga ada yang masih menganggotai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seharusnya dapat membantu memajukan koperasi yang diwakili. Tidak perlu berbangga menjadi ALK di koperasi masing-masing tetapi tidak ada kemajuan yang dibawa dalam koperasi tersebut bahkan tiada sumbangan kepada anggota dan masyarakat setempat. Budaya menjadikan koperasi sebagai ‘tempat individu selepas bersara dan mengisi masa lapang’ wajar dielakkan. Jadikan entiti koperasi ini sebagai wadah perjuangan dalam gerakan koperasi di negeri masing-masing.
Perkhidmatan yang terbaik dapat membina kepercayaan dari kalangan ALK dan ahli koperasi tersebut. ALK sebagai pembuat dasar koperasi perlu berganding bahu dengan kakitangan koperasi yang merupakan pelaksana dasar. Tidak adil jika hanya gah membuat dasar tetapi pemantauan pelaksanaan dasar tidak dilakukan dengan teliti dan mengharapkan semata-mata pekerja tersebut melaksanakannya. Hal ini perlu bergerak seiring sebagai kawalan dalaman dan urus tadbir yang baik dalam koperasi. Kesediaan koperasi menerima golongan profesional membayangkan kesediaan sesebuah koperasi itu untuk membimbing golongan ini berkaitan jati diri koperasi, tadbir urus koperasi dan perundangan koperasi sebelum menjalankan tugas yang diamanahkan. Ia dapat membantu dan mengatasi masalah dalaman koperasi dalam kalangan ALK terutamanya dari segi pengetahuan pengurusan pentadbiran perniagaan serta perancangan perniagaan. Budaya kerja korporat yang sesuai untuk dikembangkan dalam pengurusan koperasi jika digabungkan dengan budaya berkoperasi akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan pencapaian koperasi. Justeru, Imej dan reputasi koperasi sebenarnya amat bergantung kepada tadbir urus yang baik. Kesedaran terhadap urus tadbir yang baik amat penting dalam meningkatkan prestasi dan daya saing sesebuah koperasi dengan senario ekonomi yang semakin mencabar pada tahun 2023 ini. ALK koperasi hendaklah menghindari salah guna kuasa, pecah amanah dan tidak mengambil atau memberi rasuah. ANGKASA Negeri Perlis saban tahun telah menjadikan Bengkel Pemantapan Integriti Koperasi sebagai bengkel tahunan di peringkat negeri. Pada peringkat awal bengkel ini dilaksanakan, hanya 20 koperasi terbaik di Negeri Perlis dijemput menyertai bengkel ini. Namun begitu pada tahun 2023, ia diperluaskan kepada semua koperasi anggota ANGKASA Negeri. Semoga semua ALK di Negeri Perlis tidak terjerumus dengan aktiviti yang tidak bermoral ini dan berusaha keras berganding bahu bersama ANGKASA Negeri, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Perlis dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Utara dengan menjadikan gerakan koperasi di negeri Perlis sebagai benteng membantu masyarakat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Haji Sahimi Shari Pengerusi JPAN Perlis
Jangan kita lupa bahawa kakitangan koperasi merupakan aset sesebuah koperasi kerana mereka secara tidak langsung menjadi duta kepada koperasi di mana tempat mereka bekerja. Kakitangan yang selesa dan berpuas hati dengan suasana kerja akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada koperasi.
Haji Sahimi mempengerusikan mesyuarat JPAN Perlis di pejabat ANGKASA Perlis.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease