WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2023

31

JPAN Melaka

Koperasi Mampu Bantu Kerajaan dalam Aspek Keterjaminan Makanan

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

Haji Ab. Rahim Md. Tawel Pengerusi JPAN Melaka

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) bertanggungjawab dalam usahanya untuk menggerakkan koperasi supaya berperanan secara lebih berkesan dalam meningkatkan taraf kehidupan anggota dan bersama- sama membantu kerajaan terutamanya dalam isu keterjaminan makanan ( food security). Pengerusi JPAN Melaka, Haji Ab Rahim Md Tawel kini cenderung menggalakkan penglibatan koperasi dalam bidang ekonomi yang bernilai tinggi, terutamanya dalam aktiviti nilai tambah yang boleh menjana kekayaan kepada koperasi, memberi manfaat kepada anggota dan menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan negara. Katanya, koperasi perlu terlibat secara langsung dalam usaha menghasilkan makanan mahupun terlibat dalam bidang ternakan, misalnya ternakan ayam. Penglibatan ini dapat membantu usaha meningkatkan pengeluaran makanan bagi memenuhi permintaan masyarakat dan negara. Industri ternakan ayam adalah industri yang berskala besar di Malaysia dan banyak negara lain di dunia. Ternakan ayam meliputi pelbagai kategori iaitu ayam pedaging, ayam penelur, ayam kampung, ayam pembiak baka, itik serta puyuh, dan merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia Banyak manfaat akan diperoleh oleh koperasi daripada segi modal, teknologi dan pasaran serta peluasan aktiviti ekonomi melalui aktiviti rantaian nilai dalam industri yang diceburi. Peluasan perkhidmatan koperasi kepada pasaran terbuka adalah tiada had. Pemilihan baka yang berpotensi dan sesuai perlu diberi pertimbangan utama bagi menjamin hasil yang bermutu dan menguntungkan. Pengurusan pada peringkat anak ayam juga sama penting dalam pengurusan ayam.

Haji Ab Rahim ketika melawat reban ayam KOP- KHAS.

Dedak dan makanan ayam yang ditempah setiap bulan oleh KOP-KHAS.

veterinar atau pengamal veterinar swasta untuk mendapatkan ketentuan jenis penyakit dan perubatan yang bersesuaian. Koperasi boleh merujuk kepada pegawai di Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang terdekat untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci mengenai bidang itu. Menurut Setiausaha Koperasi Keluarga Haji Sharief Melaka Berhad (KOP-KHAS) Encik Mohd Zamri Haji Sharief, yang juga mengusahakan ternakan ayam di Jasin, pengeluaran ayam matang hidup yang pertama mengambil masa selama 40 hari untuk ayam membesar pada kadar 1.4 kg keseluruhannya. Untuk mengoptimumkan pengeluaran dan penghasilan ayam matang serta kestabilan pasaran, Anggota Lembaga KOP-KHAS mengambil pendekatan untuk mengeluarkan ayam hidup matang bagi keseluruhan reban sedia ada dengan berat purata 1.6 kg seekor. Terkini, JPAN Melaka memantau koperasi yang terlibat dalam bidang ternakan ayam. Selain KOP-KHAS, antara koperasi yang terlibat dalam perusahaan menternak ayam di Melaka ialah Koperasi Pembangunan Tijarah Melaka Berhad dan Koperasi Penternak Ayam Kampung Melaka Berhad. Menurut Haji Ab Rahim Md Tawel, ANGKASA Negeri Melaka sedia membantu mana-mana koperasi daripada sejumlah 448 buah di negeri itu yang ingin berkecimpung dalam industri ternakan ayam. ANGKASA Negeri Melaka juga berhasrat untuk melibatkan diri dalam sektor pelancongan dengan jualan 'Makanan dan Minuman' di sekitar Jonker Walk , Melaka, selain menggiatkan usaha dalam bidang penternakan kupang menggunakan kelong di Telok Mas.

Lokasi yang sesuai juga memainkan peranan penting dalam bidang tersebut. Ayam memerlukan persekitaran pemeliharaan yang selesa untuk pertumbuhan yang baik. Reban yang disediakan hendaklah lengkap dengan persekitaran dalaman dan luaran yang memberikan keselesaan kepada ayam dengan kadar kos binaan yang paling ekonomik. Pengusaha juga perlu mempertimbangkan jenis reban sama ada terbuka atau tertutup dan menitikberatkan kedudukan binaan reban serta reka bentuk reban. Reban ayam perlu jauh dari kawasan perbandaran, perumahan, pelancongan, perindustrian, kemudahan awam dan dari sumber takungan air bersih serta perlu mempunyai prasarana yang baik untuk tujuan pengangkutan barangan ‘input’ dan ‘output’ ladang. Tanah yang datar membolehkan paksi panjang reban menghala ke arah timur atau barat dan tepinya menghala ke utara atau selatan. untuk mengurangkan pancaran matahari ke dalam reban. Makanan dan minuman ayam perlu bersih dan sesuai dengan peringkat pertumbuhan untuk pembesaran yang baik. Kadar kematian boleh dikurangkan dengan kadar air yang mencukupi selain paruh ayam yang perlu dipendekkan. Penting untuk penternak memeriksa kesihatan ayam setiap hari supaya tindakan awal mengawal pencemaran dapat diambil. Program kesihatan ternakan adalah melalui biosekuriti, pelalian dan rawatan. Penternak juga dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease