32
JPAN Sabah
Perkasa Ekonomi Koperasi di Sabah Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk, kanan) mengetuai lawatan ANGKASA ke Koperasi Bakti Ranau Berhad pada Disember 2021. Hadir sama ke lawatan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya (duduk, kiri), Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul (lima dari kiri) dan Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin (empat dari kiri).
Koperasi di luar bandar perlu meneroka lebih banyak peluang perniagaan baharu khususnya dalam sektor pertanian kerana permintaan terhadap komoditi dan hasil asas tani yang sentiasa tinggi dalam pasaran. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul berkata, kebanyakan koperasi luar bandar di negeri Sabah merupakan penggiat industri pelancongan seperti menguruskan inap desa ( homestay ) serta mengusahakan aktiviti peruncitan, pertanian dan perladangan, tetapi tidak secara holistik. “Sebagai contoh, koperasi boleh terlibat secara aktif dalam aktiviti tanaman koko memandangkan Sabah adalah pengeluar utama
produk hiliran berasaskan tanaman tersebut," ujar beliau. Katanya, berdasarkan dapatan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor pertanian merupakan antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Sabah selain sektor perkhidmatan, perlombongan dan pengkuarian, pembinaan serta pembuatan. ANGKASA Negeri Sabah bersedia untuk membantu koperasi memperluaskan pasaran produk buatan mereka dan kami menggalakkan mereka untuk menghantar produk tersebut ke kedai ‘CoopMart’ yang kami usahakan secara konsainan ( consignment ),” jelas beliau. Pihaknya juga turut menyambut baik rancangan Kementerian Pembangunan Usahawan
Dr. Zhamriee Gulamrasul Pengerusi JPAN Sabah
pembangunan perniagaan koperasi di luar bandar. “ANGKASA Negeri Sabah mengambil peranan sebagai sekretariat di setiap daerah agar dapat menilai bentuk perniagaan mereka, mengenal pasti permasalahan dan bentuk bantuan yang boleh diberikan. Selain itu, kami juga akan menyelaras pelaksanaan program pembangunan ekonomi koperasi secara lebih komprehensif," kata Dr. Zhamriee.
dan Koperasi (KUSKOP) untuk menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil di setiap daerah seluruh negara. Usaha itu katanya mampu membantu meningkatkan kemudahan asas dan infrastruktur sokongan seperti liputan jaringan telekomunikasi sekali gus memberi kesan terhadap
Program taklimat dan dialog antara ANGKASA Negeri Sabah dengan wakil dari beberapa koperasi di negeri itu yang telah berlangsung pada 24 Disember 2021 memberi ruang kepada mereka untuk berkongsi idea dan pandangan.
Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mengetuai kunjungan hormat ANGKASA Negeri Sabah bertemu Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Dr. Ramle Haji Kasin.
tanaman tersebut di Malaysia. Lembaga Koko Malaysia menganggarkan pengeluaran biji koko di negeri itu adalah sebanyak 317 tan yang melibatkan kawasan tanaman berjumlah 3,444 hektar. Jadi kita harapkan kerajaan negeri dapat membantu usahawan koperasi mengusahakan tanaman biji koko supaya setiap daerah mempunyai
Kedai ‘CoopMart’ yang terletak di Api-Api Centre, Kota Kinabalu mula beroperasi pada Oktober 2022. ‘CoopMart’ yang terletak di Api-Api Centre, Kota Kinabalu mula beroperasi pada Oktober 2022.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease