WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2023

33

JPAN Sarawak

Inovasi Menjamin Kelestarian Koperasi

Oleh : WAN AZIZAN WAN ZAINAL ABIDIN

Kelestarian sesebuah koperasi adalah satu perkara yang perlu dipandang serius oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Hasrat bersama anggota dalam penubuhan koperasi antaranya adalah bagi memastikan kebajikan sosioekonomi anggota dapat ditingkatkan. Selain daripada pulangan dalam bentuk dividen, keupayaan koperasi menyediakan pelbagai bentuk manfaat kepada anggotanya melalui kewujudan tabung-tabung kebajikan yang didanai oleh keuntungan perniagaan menjadi tarikan utama kesetiaan anggota kepada koperasi yang mereka sertai. Bagi mencapai hasrat tersebut, ALK yang

pula adalah satu proses bagi menambah baik sistem, kaedah atau proses agar apa yang dicipta tadi menjadi lebih efisyen, efektif dan lebih menarik. Inovasi boleh diserap terus ke dalam produk atau perkhidmatan melalui proses pengurusan, pengeluaran ataupun pemasaran. Sesuatu produk atau perkhidmatan yang mempunyai nilai inovasi yang tinggi pastinya akan lebih kompetitif dalam pasaran terbuka. Contoh terbaik yang boleh diketengahkan adalah inovasi digital yang berkembang begitu pantas terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas. Dalam keadaaan terdesak, terpaksa dan kurang persediaan, sistem penyampaian

Wan Azizan Wan Zainal Abidin Pengerusi JPAN Sarawak

ALK juga harus mempunyai keberanian untuk mengubah masa depan koperasi. Menurut Profesor Dr Miho Onzo dari Fakulti Perdagangan Universiti Takachiho, inovasi digital akan membawa wajah baharu kepada sektor koperasi pada masa akan datang. Di Jepun sendiri, Japan Co-op Insurance Consumers’ Cooperative

dipilih perlu menentukan hala tuju, menyusun gerak kerja dan menggerakkan sumber tenaga yang ada. Hasrat untuk mencapai matlamat yang sama perlu disertai dengan kesatuan hati, pemikiran dan tindakan dalam kalangan ALK. Kesatuan ini akan berupaya memacu aktiviti perniagaan koperasi dan seterusnya merealisasikan hasrat bersama anggota. Daya berfikir yang kritis dan kreatif perlu dibudayakan dalam kalangan pimpinan gerakan koperasi. Aktiviti perniagaan yang sedia ada perlu mempunyai anjakan paradigma agar tidak kekal pada tahap yang sama.

Federation (JCIF) memperkenalkan tema ‘ no one is left behind ’ dalam polisi yang mereka bawa. JCIF memanfaatkan sepenuhnya inovasi digital dalam komunikasi antara mereka dengan anggota serta berupaya mengurangkan tekanan kerja kepada kakitangan mereka. Anggota koperasi yang tidak berkemampuan diberikan maklumat yang jelas serta disediakan polisi khusus bagi memastikan mereka juga dilindungi melalui polisi yang ditawarkan. Renungkanlah kata-kata Saidina Ali, “Barang siapa yang hari ini lebih baik dari semalam, maka dia termasuk dalam kalangan orang yang beruntung. Barang siapa

yang hari ini sama seperti semalam, maka dia adalah orang yang rugi dan barang siapa yang hari ini lebih teruk dari semalam, maka dia adalah orang yang terlaknat”. Bagi merumuskan kupasan di atas, bolehlah disimpulkan bahawa inovasi harus sentiasa ditekankan dalam sesebuah koperasi. Inovasi tidak hanya melihat kepada produk mahupun perkhidmatan sahaja, konsep inovasi ini perlu diaplikasi dalam setiap aspek pengurusan dan perniagaan koperasi agar koperasi menjadi lebih baik dan berkembang serta terus lestari, dinamik dan relevan pada masa yang akan datang.

maklumat, urusan kerja dan pengajaran sekolah dilakukan secara dalam talian. Keperluan untuk mempelajari dan meneroka gajet serta perisian yang berkaitan harus disegerakan sekiranya tidak mahu terus ketinggalan. Pelbagai inovasi baharu baik dalam kalangan usahawan mahu pun guru- guru diteroka dalam membuat pasaran perniagaan dan menyampaikan pengajaran di sekolah masing-masing secara dalam talian. Hasilnya, masyarakat mula menjadi terbiasa dengan inovasi ini dan sekarang telah diterima dengan begitu baik.

Dengan mengandaikan bahawa koperasi bergerak menggunakan pendekatan yang sama dan pada kadar yang konsisten, unjuran perolehan juga boleh dianggarkan pada kadar yang sama seperti sebelumnya. Dalam keadaan di mana ALK perlu memenuhi tuntutan anggota yang rencam, di sinilah daya inovasi mengambil tempatnya untuk diimplementasikan dalam pengurusan perniagaan koperasi. Kreativiti diertikan sebagai kebolehan atau keupayaan mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baharu. Inovasi

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease