WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2023

4 Sekapur Sirih

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan, Gerakan koperasi di Malaysia yang menjangkau usia melebihi 100 tahun terus diberi pelbagai insentif galakan oleh kerajaan selaras dengan keyakinan terhadap prinsip koperasi itu sendiri yang cakna terhadap pembangunan sosioekonomi secara adil dan saksama. Justeru, selaras dengan salah satu misi utama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk Merangsang Pembangunan Koperasi Supaya Kompetitif, Berdaya Saing, Progresif dan Berintegriti, beberapa inisiatif baharu perkhidmatan SKM terus melalui fasa modenisasi yang lebih kos efektif, mudah dan mesra koperasi. Pembangunan Pelan Pendigitalan Koperasi kekal menjadi pemudahcara era baharu dalam usaha SKM untuk lebih mendekati koperasi dan seluruh anggotanya. Sistem Aplikasi Online SKM atau secara ringkasnya SKM Online yang sedia ada bukan sahaja telah berjaya menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh SKM, malah platform tersebut juga telah berjaya menjana pengembangan minat daripada masyarakat khususnya golongan muda untuk lebih mengenali dan mendalami erti berkoperasi. Selain itu, pelan bantuan dan sokongan terus ditambahbaik dan ditingkatkan sejajar dengan usaha berterusan SKM untuk terus memacu pembangunan sektor perniagan koperasi di semua peringkat. Jawatankuasa Bantuan Kumpulan Wang Amanah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (KWA SKM) juga akan membantu memastikan setiap bantuan yang disalurkan benar-benar terbukti dapat memberi impak sekali gus meningkatkan prestasi ekonomi koperasi. Begitu juga dengan skim Bantuan Pembangunan Koperasi dan Pembiayaan Kredit SKM yang sentiasa disalurkan secara menyeluruh, fleksibel dan cekap. Semuanya demi untuk memastikan semangat serta kesungguhan anggota dalam membangunkan koperasi sentiasa teguh dan akhirnya berjaya mencapai matlamat selaras dengan visi dan misi yang digariskan. SKM sentiasa terbuka untuk sebarang pandangan mahu pun cadangan. Bersamalah kita mendoakan kecemerlangan koperasi dan semoga gerakan koperasi terus berkembang maju serta melakar lebih banyak kejayaan. Saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua Perwakilan Koperasi Ahli ANGKASA.

Rusli Jaafar Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim

Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi

Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did

WELCOME2PRINT SDN. BHD. (1141557V) (Wakil Koperasi Pos Nasional Berhad) No. 40, Jalan PBS 14/3 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor

• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease