5
Seulas Pinang
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan, ANGKASA sentiasa komited seiring dengan peranannya sebagai badan apeks gerakan koperasi negara untuk terus membantu meningkatkan pencapaian ekonomi koperasi dalam semua peringkat dan lapangan perniagaan yang diceburi. Umum mengetahui, sektor perniagaan koperasi di Malaysia terus diyakini dan berjaya mengekalkan momentum sehingga kini selaras dengan peranannya sebagai pemangkin kelestarian sosioekonomi anggota dan masyarakat. Semangat dan kesungguhan untuk menjayakan rancangan perniagaan koperasi juga dilihat semakin rancak berkembang dan banyak perniagaan koperasi yang telah membuktikan kecemerlangan selain mampu untuk terus kekal berdaya saing dalam pasaran terbuka. Selaras dengan Pelan Transformasi Koperasi dan Pelan Digitalisasi Koperasi yang hendak dibangunkan oleh kerajaan melalui SKM, ANGKASA sedia membantu dan menggandakan keupayaan sedia adanya termasuk menambahbaik standard perkhidmatan seiring dengan keperluan pasaran. Pelan Digitalisasi Koperasi yang dibangunkan dengan beberapa sesi libat urus bersama agensi dan koperasi diyakini dapat membantu menyemarakkan lagi sistem pengurusan koperasi di Malaysia. Kelebihan tersebut harus dinilai bukan dalam aspek kemudahan tadbir urus semata-mata, malah menerusinya juga, koperasi berpeluang meneroka lebih banyak potensi dan pasaran baharu di serata negara.
Pada kesempatan ini, saya mengucapkan syabas dan terima kasih atas semangat, usaha dan kesungguhan yang diterjemahkan oleh semua yang terlibat demi memajukan koperasi. Niat murni anda amat dihargai dan ANGKASA akan terus memberi tumpuan terhadap pencapaian ekonomi menerusi kualiti perkhidmatan yang disediakan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Kepada perwakilan MAN 2023, saya dengan seikhlas hati mengucapkan selamat bersidang kepada semua dan mendoakan semoga perjalanan mesyuarat pada tahun ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat seperti yang kita sama-sama harapkan. Terima kasih.
Kandungan
06 08
19
26 27 28 29 30 31 32 33 34
Model Koperasi Kariah Masjid ke Persada Global Sektor Perladangan ANGKASA: Meningkatkan Kolaborasi Agensi Kerajaan bagi Kepentingan Gerakan Koperasi Bersama Menghayati dan Mengamalkan Keperluan Pengamanahan (Wasiat) Hala Tuju Baharu Koperasi Sekolah Enam Faktor Kritikal Kejayaan Koperasi Transformasi Tadbir Urus Pembiayaan Koperasi Kredit melalui Ekosistem Kredit Koperasi Potensi Perniagaan Ar-Rahnu: Peluang Jana Ekonomi Koperasi
Laksana Pelbagai Inisiatif Majukan Koperasi Perkasa Koperasi Kariah Masjid dan BA100 Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani: Ruang dan Peluang Pertanian untuk Koperasi Ternakan Kelulut: Modular Inovasi Bantu Koperasi Koperasi Kredit Negeri Sembilan Disaran Pelbagaikan Aktiviti Potensi BA100 untuk Kelestarian Koperasi Sekolah Komited Perkasa Sektor Pertanian Koperasi
JPAN Kedah- Jom Turun Padang
20
JPAN Pulau Pinang Usahakan Tiga Projek Berdaya Maju Koperasi Perlu Seiring Era Digitalisasi Tingkat Sosioekonomi Komuniti melalui Koperasi ALK Tulang Belakang Koperasi Koperasi Mampu Bantu Kerajaan dalam Aspek Keterjaminan Makanan Perkasa Ekonomi Koperasi di Sabah Inovasi Menjamin Kelestarian Koperasi Perangkaan Keanggotaan ANGKASA
21
10
22 23 24 25
12 14 16
18
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease