6
Model Koperasi Kariah Masjid ke Persada Global
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Presiden ANGKASA Pengerusi KONSORMAS Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tengah) dan Datuk Haji Seri Dr. Abdul Fattah (tengah) dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kanan) bergambar di hadapan Klinik Pakar Bersalin milik Cambodia Muslim Cooperative (CMC), ketika Program Adaptasi Aktiviti Koperatif Kariah Masjid dan Koperasi Sekolah di Kemboja pada 4 Ogos 2022.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dibawa melawat Madrasah Norul Iman Seri Dr. Abdul Fattah dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dibawa melawat Madrasah Norul Iman yang dibiayai sepenuhnya CMC bagi membantu pelajar daripada keluarga miskin.
Penubuhan Koperasi Kariah Masjid (KKM) dilihat bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim kariah setempat serta meningkatkan ekonomi, perkhidmatan dan juga sosial, malah ANGKASA melihat KKM memiliki potensi besar khususnya dalam konteks antarabangsa. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yakin bahawa KKM berpotensi dalam meningkatkan lagi manfaat kepada ekonomi ummah di seluruh dunia. Katanya, hubungan dan kerjasama yang terjalin antara ANGKASA dengan gerakan koperasi di Kemboja misalnya terus diperkukuh menerusi usaha mengembangkan model KKM bagi membantu komuniti Muslim di negara berkenaan, sekali gus menjadikan Kemboja sebagai negara ASEAN pertama yang bakal merealisasikan usaha ANGKASA.
“ Cambodia Muslim Co-operative (CMC) adalah model koperasi terbaik di Kemboja yang kini telah mengecapi pelbagai kejayaan membangunkan komuniti Muslim di negara berkenaan melalui infaq dan wakaf. CMC yang merupakan Klinik Wakaf Chroy Metrey mengenakan caj yang rendah kepada pesakit di mana 80 peratus keuntungannya digunakan untuk tujuan infaq bagi membantu komuniti berdekatan khususnya kepada umat Islam yang memerlukan,” katanya. Menurutnya, inisiatif menerusi jaringan kerjasama strategik antara KKM serantau daripada segi kepakaran, kemahiran dan pembangunan diharap mampu meletakkan KKM sebagai simbol terbaik penyatuan ummah khususnya dalam Hub Halal Serantau.
“Trend global membabitkan ekonomi halal di mana penggunaan perkhidmatan dan barangan halal dunia dijangka mencecah AS$2.4 trilion menjelang 2024 dan ini merupakan ruang dan peluang terbaik yang harus digarap oleh KKM. Potensi produk ini sangat besar dan adalah satu kerugian jika kita tidak bergerak pantas mempromosikan KKM di negara luar. KKM boleh bertindak sebagai pengeluar produk dan perkhidmatan halal sekali gus menjadi platform mengumpul dan memasarkan produk halal dengan lebih meluas. Bagi tujuan tersebut, ANGKASA kini giat memperkenalkan konsep KKM di luar negara dengan harapan kerjasama perniagaan dua hala dapat dijalankan antara negara terutamanya berkenaan produk dan perkhidmatan patuh syariah antara negara,” katanya.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease