7
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Naib Presiden International Co- Operative Alliance Asia and Pacific (ICA-AP) berkata, usaha mewujudkan perbankan antarabangsa koperasi masjid melalui International Coop- Mosque Development Bank juga berpotensi membantu membangunkan perniagaan KKM serantau. Melalui Gabungan Koperasi Kariah Masjid Sedunia yang bakal diwujudkan pada masa akan datang, usaha tersebut diharap dapat menjadikan penggerak baharu ekonomi Islam seterusnya menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan ekonomi umat Islam seluruh dunia. “Sebagai Presiden ACO, saya akan memastikan jalinan kerjasama koperasi antara negara ASEAN akan terus diberi perhatian serius dan menaruh keyakinan bahawa inilah pentas untuk ANGKASA mempromosikan produk dan perkhidmatan koperasi serta menawarkan apa sahaja bentuk kerjasama yang akan memberi manfaat kepada semua,” ujarnya. Beliau menambah, dalam mempertingkatkan keupayaan dan keberkesanan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan ekonomi umat Islam, penubuhan koperasi di setiap masjid dilihat sebagai satu pendekatan yang realistik dan wajar. Ini disebabkan konsep berkoperasi adalah selaras dengan kehendak Islam itu sendiri yang menggalakkan umatnya untuk bekerjasama dan tolong-menolong dalam perkara kebaikan serta kebajikan. Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga Jun 2022, terdapat 487 buah KKM di seluruh negara dengan keanggotaan seramai 41,794 orang dan syer/yuran berjumlah RM13.25 juta, aset bernilai RM29.34 juta serta perolehan sebanyak RM15.38 juta. Justeru, adalah menjadi hasrat
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (kiri) yang mengetuai delegasi ANGKASA berbincang mengenai model Koperasi Kariah Masjid Seri Dr. Abdul Fattah (kiri) yang mengetuai delegasi ANGKASA berbincang mengenai model Koperasi Kariah Masjid ketika melakukan sesi pertemuan bersama Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja, Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan (tengah) di Kemboja pada 3 Ogos 2022.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menerangkan mengenai produk di bawah Program ‘100 Product Champion ’ kepada Presiden KHPOP Community Association (KCA), Haji Mohammad Younes ketika melakukan kunjungan ke koperasi berkenaan di Masjid Al-Husainah Phnom Penh, Kemboja pada 3 Ogos 2022.
ANGKASA untuk menjadikan usaha tersebut sebagai satu kenyataan. Sokongan dan kerjasama semua pihak adalah penting kerana KKM mempunyai potensi besar untuk terus berjaya seperti koperasi lain dengan memiliki fungsi unik untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.
Kedai CoopMart milik Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Ketari CoopMart milik Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah melawat tanaman fertigasi milik Koperasi Kariah Seri Dr. Abdul Fattah melawat tanaman fertigasi milik Koperasi Kariah Masjid Al-Hasanah Bangi Berhad.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease