WADAH PELANCAR EDISI MEI 2023

MEI 2023 JILID: WP05 /5

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

KDN PP19744/02/2023 (035373)

ANGKASA Wakili Gerakan Koperasi ke Mesyuarat NACCOL

Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang telah diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 13 April 2023 dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim. (Foto Ehsan: Facebook Anwar Ibrahim).

Oleh NADIAH KAMARUDIN NADIAH KAMARUDIN

dalam merangsang pembangunan sektor pemborongan dan peruncitan koperasi serta menawarkan barang keperluan asas dengan harga lebih kompetitif melalui Projek Barang Asas 100 (BA100). Beliau juga telah menyatakan hasrat ANGKASA untuk mewujudkan satu ekosistem industri ayam yang komprehensif bagi mengurangkan monopoli oleh syarikat kartel supaya dapat menstabilkan harga dan memastikan bekalan yang konsisten dalam pasaran. ANGKASA melalui Datuk Seri Dr. Abdul Fattah telah menganggotai NACCOL sejak tahun 2019 yang ketika itu dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri. Menurut beliau, ANGKASA berupaya memainkan peranan besar membantu kerajaan menjamin kesejahteraan rakyat. Justeru, ANGKASA akan menyediakan satu kertas kerja untuk menjelaskan fungsi koperasi terutama dalam mengurangkan beban kos sara hidup yang tinggi. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.

ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bil. 1 Tahun 2023 yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 13 April 2023. Mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof serta barisan menteri dan Ketua Setiausaha beberapa kementerian yang terlibat. Antara isu utama yang menjadi fokus perbincangan dalam mesyuarat tersebut adalah isu kos sara hidup dan usaha kerajaan dalam meningkatkan keupayaan negara menghasilkan bekalan makanan sendiri dan seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap produk makanan import. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut mengambil peluang dalam mesyuarat tersebut memberi penerangan mengenai peranan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (kanan) bergambar bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

ANGKASA 2

MEI 2023

SKM-IKMa-ANGKASA Perkasa Aspirasi Keusahawanan Koperasi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (barisan kedua, sembilan dari kanan) dan tetamu kehormat bergambar bersama anak-anak yatim Rumah Sentuhan Budi, Petaling Jaya.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

yang mendapat kelulusan menjalankan operasi setelah menerima perakuan pendaftaran pada 28 Mac 2023 lalu, adalah memenuhi hasrat dan keperluan semasa pasaran tenaga kerja gerakan koperasi yang bercirikan standard pendidikan keusahawanan koperasi di Malaysia. "Statistik SKM merekodkan sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 15,315 buah koperasi berdaftar dengan jumlah keanggotaan seramai 7.05 juta orang. Jumlah ini jelas menunjukkan terdapat potensi rangkaian perniagaan yang luas dalam ekosistem keusahawanan koperasi khususnya dalam aspek memasarkan produk atau perkhidmatan," katanya.

Kementerian

Pembangunan

Usahawan

dan mahu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA dapat memainkan peranan penting dalam membantu Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) merealisasikan dasar KUSKOP memperkasakan aspirasi keusahawanan koperasi. Menterinya, YB Datuk Ewon Koperasi (KUSKOP) Benedick berkata, ketiga-tiga agensi tersebut diharap dapat memperkukuh kekuatan sumber intelektual, selari dengan Aspirasi Koperasi Malaysia yang komited menjadikan gerakan koperasi sebagai penyumbang berkesan kepada pembangunan sosioekonomi negara. Ujarnya, penubuhan UKKM

Datuk Ewon Benedick berkata demikian ketika menyampaikan

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersalaman dengan Datuk Ewon. Turut serta ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah.

Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick.

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Sidang Pengarang

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh WELCOME2PRINT SDN. BHD. (1141557V) (Wakil Koperasi Pos Nasional Berhad) No. 40, Jalan PBS 14/3 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Timbalan Presiden • Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Muat Turun Aplikasi

• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

3 ANGKASA

MEI 2023

Datuk Ewon menyampaikan Sumbangan Ramadan kepada seorang anak yatim dari Rumah Sentuhan Budi.

Datuk Ewon bersama tetamu kehormat yang hadir ke majlis.

Dari kiri, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Sri Suriani Dato' Ahmad, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Dr. Mirwan Noh ketika mendengar ucapan Datuk Ewon.

Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar ketika menyampaikan Bicara Ilmu Ramadan ‘Melabur Tanpa Waswas’.

Ucapan Penutupan Program Bicara Ilmu Ramadan 'Melabur Tanpa Waswas' dan Majlis Berbuka Puasa IKMa 2023 bertempat di Auditorium Dato’ Abdul Majid, IKMa, Petaling Jaya pada 11 April 2023. Seramai 450 orang tetamu menghadiri Bicara Ilmu Ramadan 'Melabur Tanpa Waswas' yang telah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar. Turut berlangsung adalah penyampaian Sumbangan Ramadan kepada 32 orang anak yatim Rumah Sentuhan Budi, Petaling Jaya dan anak-anak warga IKMa. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Sri Suriani Dato' Ahmad, Timbalan

Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Dr. Mirwan Noh, Setiausaha Pembangunan Koperasi KUSKOP, Encik Azizul Alias, Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar & Pembangunan) SKM, Encik Amran Haji Abd. Kadir, Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) SKM, Encik Azam Sulaiman, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor, Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Pengarah IKMa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Naib Canselor UKKM, Prof. Datuk Dr. Mohd Azali Mohamad. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Haji Abdul

Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato' Haji Che Shukree Che Isa serta Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah.

Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berbincang bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) IKMa, Encik Mohd Zaib Mat Yunus (kanan).

Dari Meja Presiden

program keusahawanan koperasi anjuran kementerian seperti Jualan Koperasi Prihatin Rakyat, Jualan Harga Patut Koperasi, Jualan BA100 dan pelbagai program lain dapat menarik anggota koperasi dan masyarakat setempat mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga berpatutan. Program Jualan Madani Raya KUSKOP 2023 yang diadakan sepanjang bulan Ramadan bermula 22 Mac hingga 21 April 2023 bertempat di Festival Ramadan Putrajaya, Presint 3, telah menyaksikan penyertaan koperasi dan usahawan menjual pelbagai produk raya antaranya keperluan harian, makanan, pakaian dan aksesori raya.

Seiring dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat Malaysia Madani membawa rakyat ke arah yang lebih baik dari segi ekonomi mahupun sosial, sektor koperasi tidak terkecuali dalam menunaikan tanggungjawab dan peranannya terhadap pembangunan sosioekonomi negara. Inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang sedang giat melancarkan pelbagai program keusahawanan koperasi diharap dapat memberi peluang dan ruang ekonomi kepada rakyat, terutama golongan B40 dalam membantu kerajaan menangani kenaikan kos sara hidup. Ini bertepatan dengan matlamat penubuhan koperasi berteraskan aktiviti pemborongan dan peruncitan yang pada dasarnya untuk membantu menstabilkan harga barangan keperluan asas serta mengawal ketirisan bekalan barangan, di samping sebagai usaha memperkasakan penglibatan koperasi dalam kedua-dua sektor tersebut. Dalam merealisasikan inisiatif ini, Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick mahu penyertaan rangkaian kedai runcit koperasi (CoopMart) menerusi

Usaha ini wajar mendapat pujian kerana bukan sahaja dapat memperluas pemasaran produk dan perkhidmatan berkonsepkan mesra koperasi dengan harga berpatutan, malah dapat memupuk budaya serta nilai-nilai keusahawanan dalam masyarakat. Justeru, koperasi seharusnya bijak mengambil peluang melalui kepelbagaian program keusahawanan koperasi sebagai memenuhi hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan menjelang 2030.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

ANGKASA 4

MEI 2023

KOPSYA Perkasa Aktiviti Ekonomi Koperasi

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan duit raya kepada salah seorang pelajar Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan replika cek pembiayaan KOPSYA berjumlah RM1,260,000 kepada Pengerusi Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah.

Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KOPSYA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyantuni pelajar Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Berhad, Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad, Koperasi Muda Maju Jaya Malaysia Berhad (KOMUJA) dan Koperasi Mega Pantai Timur Berhad (KOMEGA). Pada majlis yang sama turut diadakan serahan pelaburan serta syer dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM4.6 juta daripada pihak koperasi. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menjelaskan, nilai pelaburan itu membuktikan keyakinan terhadap KOPSYA sebagai institusi yang menawarkan produk kewangan Islam berinovatif kepada gerakan koperasi. Bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadan, pihak KOPSYA juga turut menyerahkan sumbangan duit raya kepada 10 orang pelajar dari Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA (PJDS) yang merupakan pusat kebajikan untuk anak-anak yatim, asnaf dan fakir miskin yang ditubuhkan oleh ANGKASA. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Dato’ Umar Sarim Saidin, Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan, Haji Efendee O.P Andu, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa serta Timbalan Pengerusi KOPSYA, Haji Zaharuddin Alias, barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri dan Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha.

Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) telah mengeluarkan pembiayaan berjumlah RM122 juta bagi tempoh 2021 sehingga 2023 bagi membantu koperasi memperkasakan aktiviti perekonomian untuk manfaat anggota koperasi dan masyarakat. “Bagi tahun 2023 sahaja, sejumlah RM100 juta pembiayaan telah dikeluarkan kepada koperasi yang melibatkan RM90 juta untuk koperasi anggota bagi menjalankan aktiviti kredit, manakala RM10 juta lagi kepada koperasi anggota menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi.” Demikian ucapan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KOPSYA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan Majlis Berbuka Puasa KOPSYA yang telah diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia (KPGA), Kuala Lumpur pada 3 April 2023. Tambahnya lagi, peruntukan tersebut telah berjaya membantu sejumlah 30 buah koperasi di seluruh Malaysia untuk mengembangkan jualan produk dan perkhidmatan mereka. KOPSYA juga sentiasa bersedia membantu koperasi yang memerlukan dana sekali gus memperkasakan jenama KOPSYA sebagai platform pilihan koperasi pada masa hadapan. Majlis turut menyaksikan penyerahan replika cek kepada enam buah koperasi yang menerima pembiayaan tersebut, iaitu Koperasi Giat Maju Berhad (KGMB), Koperasi COOP2U Berhad (COOP2U), Koperasi Borneo Malaysia

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerima replika cek sumbangan pelaburan kepada KOPSYA berjumlah RM2,000,000 daripada Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Datuk Haji Azih Muda.

Pelajar Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA sedang berbuka puasa.

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 5

MEI 2023

KUSCCO Minat Pelajari Model Gerakan Koperasi Sekolah

Mr. David mengunjungi kedai Koperasi SM Agama Kuala Lumpur Berhad bersama Anggota Lembaga Koperasi.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Kenya National Police DT SACCO , Mr. David Kangogo.

Pengerusi Koperasi SM Agama Kuala Lumpur Berhad, Haji Wan Jamaludin Wan Bidin.

Delegasi Kenya Union of Savings & Credit Cooperatives Ltd. (KUSCCO) bergambar bersama warga Koperasi SM Agama Kuala Lumpur Berhad yang diketuai oleh Pengerusinya, Haji Wan Jamaludin Wan Bidin (barisan hadapan, enam dari kiri).

Oleh NADIAH KAMARUDIN

kerjasama antara ANGKASA dengan KUSCCO dalam pelbagai aspek. Lawatan ke Koperasi SM Agama Kuala Lumpur Berhad itu juga merupakan lanjutan daripada sesi perkongsian mengenai koperasi sekolah yang telah disampaikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Cooperative Housing International , Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Sesi perkongsian tersebut

Minat dan kesungguhan untuk mempelajari kejayaan model gerakan koperasi sekolah di Malaysia telah mendorong Kenya Union of Savings & Credit Cooperatives Ltd. (KUSCCO) mengadakan lawatan ke Koperasi SM Agama Kuala Lumpur Berhad pada 5 April 2023. Ketibaan delegasi seramai 19 orang yang diketuai Pengerusi Kenya National Police DT SACCO , Mr. David Kangogo telah disambut oleh anggota koperasi sekolah tersebut yang diketuai Pengerusinya, Haji Wan Jamaludin Wan Bidin. Seterusnya, delegasi Kenya itu telah mengadakan sesi lawatan ke Ibu Pejabat ANGKASA dan ketibaan mereka telah disambut oleh barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Beliau dalam ucapannya menyambut baik minat yang ditunjukkan oleh kepimpinan koperasi dari negara Afrika Timur itu terhadap konsep koperasi sekolah. Beliau juga menyatakan kesediaan ANGKASA untuk memberi bimbingan dan khidmat nasihat sekiranya mereka ingin mencontohi kaedah yang dijalankan oleh ANGKASA dalam menubuhkan koperasi di peringkat sekolah. Selain menyatakan rasa kagum beliau terhadap pencapaian Kenya dalam sumbangan sektor koperasi di negara itu sebanyak 32 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menyatakan harapannya supaya sesi lawatan tersebut dapat menghasilkan

Pengerusi Kenya National Police DT SACCO, Mr. David Kangogo.

yang telah diadakan secara dalam talian pada 22 Februari 2023 adalah bersempena Konvensyen Kepimpinan Koperasi Simpanan dan Kredit (SACCO) ke-8 2023. Hadir sama pada sesi lawatan itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang juga merupakan Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Pengurus Besar Bahagian

Sesi perbincangan bersama kepimpinan tertinggi ANGKASA.

KUSCCO merupakan badan induk untuk lebih 14,000 buah koperasi di Kenya dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,000 buah koperasi merupakan Koperasi Simpanan dan Kredit (SACCO) antaranya Kenya National Police DT SACCO .

Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Bahagian Sekolah, Encik Abu Bakar Busmah.

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 6

MEI 2023

Kurangkan Kebergantungan Terhadap Produk Import Malaysia Sokong Inisiatif ICAO

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (EXCOM) International Cooperative Agricultural Organization (ICAO) yang berlangsung di Istanbul, Turkiye pada 31 Mac hingga 1 April 2023.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Malaysia usaha International Cooperative Agricultural Organization (ICAO) dalam usaha mengurangkan kebergantungan menyokong terhadap produk import dengan mempergiatkan penghasilan tempatan melalui keupayaan mengeluarkan produk sendiri. Sebagai sebuah badan Apeks gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA sentiasa memainkan peranan proaktif dalam menggerakkan sinergi gerakan koperasi negara ke arah meningkatkan sumber makanan dan keterjaminan makanan (Food Security) pada tahap yang lebih stabil. Demikian antara perkara yang disuarakan oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCOM) ICAO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sewaktu mewakili Malaysia dalam mesyuarat EXCOM yang pertama bagi organisasi itu untuk tahun 2023 di Istanbul, Turkiye pada 31 Mac hingga 1 April 2023. Beliau yang juga Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) menyatakan bahawa gerakan koperasi perlu memiliki keupayaan dalam mengeluarkan produk kritikal merangkumi makanan, minuman dan pembuatan barangan. Katanya, Projek Ternakan Lembu Tenusu dan Heifers Park ANGKASA yang diusahakan menerusi subsidiari ANGKASA, iaitu ANGKASA-KOMARDI Dairy Sdn. Bhd. adalah antara usaha ANGKASA bagi memenuhi keperluan masyarakat di Malaysia selaras dengan hala tuju keterjaminan makanan negara.

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli EXCOM ICAO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kiri sekali) ketika menghadiri mesyuarat.

“Projek yang dirintis sejak 2019 kini telah membuahkan hasil apabila sehingga Disember 2022 secara keseluruhannya, projek ini telah mempunyai 81 ekor lembu baka Friesian Holstein berasaskan sumber genetik dari Korea Selatan bagi memenuhi permintaan industri tenusu negara,” katanya. Beliau turut menyatakan hasrat untuk melihat pendekatan melalui konsep pertanian bandar (Urban Farming) dapat diaplikasikan secara meluas di Malaysia sekali gus mencontohi negara Jepun yang menggunakan kaedah guna semula sumber asli dan sisa buangan bandar untuk menghasilkan kepelbagaian tanaman.

Mesyuarat EXCOM ICAO telah dihadiri oleh barisan kepimpinan koperasi yang mewakili sebanyak 42 koperasi ahli organisasi tersebut.

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 7

MEI 2023

Beliau juga menaruh harapan tinggi untuk dapat menjalin kerjasama lebih erat dengan anggota ICAO khususnya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), kepakaran dan pembangunan intelek ke arah menjayakan usaha Malaysia memajukan aktiviti pertanian. Dato’ Haji Kamarudin yang juga juruaudit ICAO merupakan antara wakil dari Malaysia yang menghadiri mesyuarat tersebut selain penyertaan tujuh negara lain, iaitu Uganda, Poland, Brazil, Jepun, India dan Turkiye. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden ICAO, Mr. Sung Hee Lee (Korea) itu turut menyaksikan pembentangan dua kertas kerja dalam ICAO Special Session: Sustainable Agricultural Seminar yang bertajuk 'How To Achieve The SDGs in Agriculture ' yang disampaikan oleh Wakil Penolong Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) Turkiye, iaitu Dr. Aysegul Selisik dan 'Climate Change and Agriculture' yang disampaikan oleh wakil Ankara University , Prof. Dr. Ilkay Dellal. Selain itu, mesyuarat juga membentangkan beberapa agenda termasuk Mengesahkan Agenda dan Minit Mesyuarat dan Laporan Projek dari negara anggota, Pengesahan Keanggotaan Baru dan lain- lain sebelum delegasi turut dibawa melawat dua buah koperasi, iaitu Center Union Of Turkish Forestry Coop 1997 dan Thrace Oil Sedds Agricultural Sales Cooperatives Union (Trakyabirlik) pada keesokannya.

Dato’ Haji Kamarudin bergambar bersama Presiden ICAO, Mr. Sung Hee Lee (Korea).

Dato’ Haji Kamarudin bergambar bersama wakil koperasi ahli ICAO.

Wakil koperasi ICAO bergambar di hadapan bangunan Thrace Oil Sedds Agricultural Sales Cooperatives Union (Trakyabirlik).

ANGKASA Berbesar Hati Malaysia Dipilih Jadi Tuan Rumah APCYS 4.0

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Regional Assembly yang akan diadakan di Manila, Filipina pada bulan November 2023. Beliau juga telah menyatakan penghargaannya terhadap sumbangan daripada pelbagai agensi sekitar rantau tersebut dalam memperkukuh program pembangunan kapasiti koperasi yang dilaksanakan oleh organisasi tersebut. Tambah beliau, usaha ICA-

atas kepercayaan organisasi tersebut memilih Malaysia sebagai tuan rumah APCYS 4.0 itu. Semoga program tersebut mencapai matlamat dan objektifnya serta memberi kebaikan kepada pembangunan dan kemajuan gerakan koperasi global.

ANGKASA berbesar hati kerana Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah untuk program Asia Pacific Cooperative Youth Summit 4.0 (APCYS 4.0) yang akan diadakan di negeri Sabah pada 27 hingga 30 Julai 2023. Program tersebut yang telah mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Menterinya, YB Datuk Ewon Benedick, akan menjadi sebahagian daripada program utama sempena sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) sepanjang bulan Julai yang turut diadakan di Negeri di Bawah Bayu itu. Demikian ucapan Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang telah diadakan secara hibrid di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya dan Hotel Yak & Yeti, Kathmandu, Nepal pada 6 April 2023. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ahli Lembaga ICA merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad. Pemilihan tersebut dibuat berasaskan kepada mesyuarat jawatankuasa di peringkat ICA-AP dan hasil pertemuan antara Datuk Ewon dengan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 22 Februari 2023. Dalam pada itu, Presiden ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadav telah mengalu-alukan kehadiran koperator muda dan kepimpinan koperasi di rantau Asia Pasifik dalam sidang kemuncak itu dan turut menggalakkan mereka untuk menghadiri ICA-AP

AP kini adalah bertumpu ke arah memperkasakan aktiviti yang berasaskan projek melalui peranan lebih aktif oleh Jawatankuasa Sektoral ICA dalam pembangunan kapasiti ahlinya. Sebanyak tiga projek yang sedang digerakkan oleh organisasi itu, iaitu ICA- EU Financial Framework Partnership Agreement (FPPA), SuPER WE Coffeei di Laos dan EU-CSO Proposal di Vietnam. ANGKASA mengucapkan terima kasih kepada ICA-AP

Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) menghadiri Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP. Hadir sama ialah Ahli Lembaga ICA merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail (kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad (kanan).

ANGKASA 8

MEI 2023

Bekalan Daging Segar oleh Koperasi ANGKASA Sasar 300 Tan Metrik dalam Tempoh Lima Tahun

Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah (empat dari kiri) bersama Dato’ Haji Ibrahim Abdullah (tiga dari kiri) dan Encik Hasnan Haji Mustapha (dua dari kiri) menyaksikan pemeteraian MoA antara KONSORMAS dengan KOPMAMB.

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Selaras dengan strategi ANGKASA untuk membantu kerajaan dalam mengurangkan kos import makanan sekali gus mengawal harga dalam pasaran, ANGKASA telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) dalam satu majlis yang bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 4 April 2023. Pemeteraian MoA tersebut telah disaksikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Beliau dalam ucapannya berkata, ANGKASA menyasarkan 300 tan metrik daging dapat dibekalkan oleh koperasi bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang. Jelasnya, MoA itu bertujuan untuk melantik pihak KONSORMAS sebagai rakan strategik projek yang bertindak sebagai operator penternak bagi menjalankan Projek Inkubator Ternakan Lembu Daging ANGKASA. Projek tersebut merupakan inisiatif yang diwujudkan di bawah Projek Ternakan Lembu Tenusu dan Heifer’s Park melalui usaha sama anak syarikat ANGKASA, iaitu ANGKASA-KOMARDI Dairy Sdn. Bhd. untuk membekalkan anak lembu jantan atau betina. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, projek yang berbentuk penyelidikan dan pembangunan ternakan itu bertujuan membantu gerakan koperasi dan kerajaan dalam meningkatkan Industri Tenusu Negara dengan menyasarkan sebanyak 20 buah koloni penternak lembu yang terdiri daripada koperasi ahli KONSORMAS sebagai operator penternak. Tambah beliau, usaha tersebut merupakan salah satu inisiatif berterusan daripada ANGKASA untuk meningkatkan keterlibatan koperasi dalam sektor keberhasilan utama negara serta

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan.

Sebanyak lebih 200 ekor anak lembu yang ditempatkan di sebuah ladang di Kuala Jerang, Negeri Sembilan.

memberi impak yang berkesan kepada kehidupan masyarakat dan pembangunan ekonomi negara. Pada majlis yang sama, KONSORMAS turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Koperasi Masjid Al-Muttaqin Berhad (KOPMAMB). KOPMAMB yang merupakan anggota kepada KONSORMAS telah dilantik sebagai rakan strategik untuk membangunkan sebuah Ladang Satelit Nasional (LSN) di Kampung Kuala Jerang, Mukim Triang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan. Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri

Sembilan merangkap Bendahari KONSORMAS, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, Anggota Lembaga KONSORMAS yang terdiri daripada Haji Yasim Mohamed dan Haji Che Had Jasin, Pengerusi KOPMAMB, Encik Salim Saparman, Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Haji Ibrahim, Pengurus Kanan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, Encik Muhammad Zuhid Jamaludin serta Pengurus Unit Koperasi Masjid, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah, Encik Amri Sharkawi.

9

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah membantu sukarelawan memasak dan menyediakan bubur lambuk.

Program Mawaddah Rahmah Ramadan Agih 5,000 Pek Bubur Lambuk kepada Warga Kerja JANM

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

ANGKASA dengan kerjasama syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. telah mengagihkan sebanyak 5,000 pek bubur lambuk kepada warga kerja dan orang ramai bertempat di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Putrajaya, pada 13 April 2023. Program yang diberi nama 'Mawaddah Rahmah Ramadan' itu melibatkan penyertaan sukarelawan dalam kalangan warga kerja ANGKASA dan anggota Koperasi Warga Perakaunan Sektor Awam Berhad (KO-AKAUN). Kerja-kerja memasak sebanyak 12 periuk bubur lambuk itu pula telah bermula seawal jam 9 pagi. Majlis tersebut yang dihadiri oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut diserikan dengan sesi penyampaian ‘Sumbangan Bakul Ramadan’ kepada 150 orang warga kerja JANM yang terdiri daripada RELA, Polis Bantuan, Pegawai Keselamatan, Kumpulan Sokongan dan OKU. Program berkenaan turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Jabatan Akauntan Negara serta Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia Jabatan Akauntan Negara (Puspanita JANM). Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, seperti tahun lepas, objektif program tersebut dilaksanakan bertujuan untuk mengekal dan mengeratkan hubungan kekeluargaan serta kerjasama strategik antara ANGKASA dengan JANM. Sementara itu, Akauntan Negara, Datuk Dr. Yacob Mustafa berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada ANGKASA atas sumbangan dan hubungan baik yang dijalin sekali gus berharap agar program yang dilaksanakan pada bulan yang mulia serta penuh keberkatan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Puspanita JANM, Datin Rugayah Mohd. Zin, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji. Che Mohd Shukree Che Isa dan Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Puan Sarimah Husain serta pelakon dan pengacara, Dato' Fizz Fairuz.

Bubur lambuk yang sedia untuk diedarkan.

Datuk Dr. Yacob Mustafa dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa menyampaikan ‘Sumbangan Bakul Ramadan’ kepada warga kerja JANM.

10

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan sumbangan pek bakul makanan kepada seorang pelajar SMK Sulaiman Bentong Berhad dalam Program CoopCare ANGKASA pada 30 Mac 2023. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi JPAN Pahang Barat, Dato’ Syed Ali Syed Mohamad (dua dari kiri) dan Pengerusi Persatuan Alumni SMK Sulaiman Bentong, Haji Borhan Mat Aris (belakang, dua dari kanan).

Progra Kump 10 Apr ANGK Mohd

Seramai 50 orang anak yatim dan 10 orang asnaf menerima sumbangan duit raya ANGKASA melalui ANGKASA Wilayah Persekutuan dan Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Kuala Lumpur yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr.Abdul Fattah Abdullah pada 8 April 2023.

Anggota Lembaga ANGKASA yang juga Pengerusi MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MBSB), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (dua dari kanan) dan Pengerusi Yayasan Bumiputera Sabah (YBS), YB Senator Datuk John Amrose bertukar dokumen ketika Majlis Moreh Sempena Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Hotel Hilton, Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Mac 2023. Majlis disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya (tengah).

Seban media ANGK hadir Wahab

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah meraikan pelajar anak-anak asnaf dan golongan B40 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Permata, Petaling Jaya dengan set kelengkapan pakaian baharu Hari Raya menerusi inisiatif CoopCare Sepakat Aidilfitri ANGKASA yang berlangsung di sebuah pasar raya di Subang Jaya pada 9 April 2023.

Penceramah bebas, Ustaz Syamsul Debat (tengah) bergambar bersama barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kiri) selepas Majlis Tazkirah Ramadan ANGKASA 1444H bertajuk ‘Andai Ini Ramadan Terakhir’ bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 7 April 2023.

SEBAN kepad (NSTP Datuk Kump NSTP kiri).

Seban (BA10 bertem Intan, Timba kepad sekita Haji M Cawan

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama sebahagian 85 pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin, Kampung Baru Air Kuning, Kampar, Perak dalam Majlis Berbuka Puasa pada 5 April 2023.Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri (duduk, tiga dari kanan).

11

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan pek Berbuka Rahmah Ramadan kepada Timbalan Ketua Polis Balai Kelana Jaya, Sub Inspektor Jusli Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah Kelana Jaya pada 12 April 2023. Sebanyak 100 pek disumbangkan sebagai tanda penghargaan ANGKASA kepada petugas barisan hadapan negara. Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah (kiri sekali).

am Iftar Ala Madinah @ Karangkraf yang diilhamkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah pulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub diadakan di Dataran Karangkraf, Shah Alam pada ril 2023. Hadir sama ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Presiden KASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji d Alias Hamzah dan Pendakwah Bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian (BA100) dan duit raya kepada seorang pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur menerusi Program CoopCare Sepakat Aidilfitri ANGKASA pada 13 April 2023. Seramai 100 orang pesakit dan petugas barisan hadapan PPUM diraikan dalam program tersebut.

Barisan kepimpinan ANGKASA dan sebahagian warga kerja diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyertai Majlis Ihya’ Ramadan ANGKASA Tahun 1444H/2023M bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 18 April 2023 bersempena Program Tadarus Al-Quran ANGKASA yang bermula pada 30 Mac hingga 13 April 2023.

nyak 300 pek Berbuka Rahmah Ramadan diagihkan kepada petugas a Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)oleh Presiden KASA,Datuk Seri Dr.Abdul Fattah Abdullah pada 12 April 2023. Turut ialah Pengerusi Koperasi BERNAMA Berhad, Datuk Zakaria Abdul b (dua dari kanan).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, YB Haji Ahmad Shah Muhamed mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu menyampaikan pek barangan keperluan harian BA100 kepada anggota koperasi dalam Majlis Iftar Ramadan ANGKASA Terengganu 2023 di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu pada 17 April 2023.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan sumbangan sebanyak 300 pek makanan untuk warga kerja RTM kepada Ketua Penolong Pengarah Unit Suntingan Bahasa Melayu, Encik Fathil Hidayat Ghazali pada Majlis Sumbangan Juadah Berbuka Puasa dan Iftar Bersama RTM di Kuala Lumpur pada 14 April 2023. Hadir sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain.

NYAK 350 pek Berbuka Rahmah Ramadan diagihkan da petugas media Kumpulan New Straits Times Press P) pada 11 April 2023. Penyerahan disampaikan oleh k Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Pengarah Urusan pulan NSTP merangkap Pengarang Kumpulan Berita Harian (M) Berhad, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tiga dari

nyak 300 pek barangan keperluan harian menerusi Projek Barang Asas 00) telah diagihkan kepada anggota koperasi terdiri golongan asnaf mpat di Lapang Stor, Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak Berhad, Teluk Perak pada 16 April 2023. Penyerahan tersebut disempurnakan oleh alan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik da sejumlah 20 buah koperasi dan 10 buah badan bukan kerajaan (NGO) di ar Daerah Hilir Perak. Hadir sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Mohd Rosli Haji Basri dan Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ngan Perak, Encik Sarifadzilah Haji Mohamad Salleh.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan saguhati kepada peserta Majlis Khatam Al-Quran anjuran Masjid Kampung Lubuk Kulit di Lipis, Pahang pada 15 April 2023. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Imam 1 Masjid Kampung Lubuk Kulit, Encik Ahmad Tajudin Awang dan Imam 2 Masjid Kampung Lubuk Kulit, Haji Musa Mat Jidin.

ANGKASA 12

MEI 2023

Projek Inkubator Buah Melon Terima Hasil Tuaian Sulung

Delegasi ANGKASA diketuai Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik ketika melakukan lawatan di tapak Projek Inkubator Buah Melon di Ara Kuda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Projek inkubator buah melon yang bermula pada Januari tahun ini di Pulau Pinang mula mengeluarkan hasil pertamanya di tapak berkeluasan enam ekar di Ara Kuda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Inisiatif yang digerakkan oleh Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang menerusi kategori Projek Pemerkasaan Koperasi 1 (CEP 1) tersebut memiliki empat variasi buah melon, iaitu jenis T5, Hami, Golden dan Hokkaido. Kepimpinan ANGKASA yang diketuai Timbalan Presiden, Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik telah mengadakan lawatan ke tapak projek berkenaan pada 12 April 2023 sekali gus menuai hasil sulung buah melon jenis T5. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat), Encik

Kepimpinan ANGKASA diberi taklimat tentang mesin penimbang digital buah melon.

Bergambar bersama buah melon jenis T5 .

Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman menuai hasil pertama buah melon jenis T5.

Buah melon jenis Hami yang dijangka menghasilkan tuaian kedua pada Mei depan.

Buah melon jenis T5 yang baru dituai antara empat jenis variasi buah melon selain jenis Hami, Golden dan Hokkaido.

ANGKASA 13

MEI 2023

Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat), Encik Nazrul Azlan Bachtiar memberi taklimat tentang variasi buah melon yang terdapat di tapak projek inkubator buah melon di Ara Kuda, Tasek Gelugor.

Nazrul Azlan Bachtiar yang mengendali projek tersebut, proses tuaian pertama sedang giat dijalankan dan tuaian kedua pula bakal menghasilkan buah melon jenis Hami yang dijangka pada bulan Mei. "Dua daripada enam plot sudah pun siap sepenuhnya, manakala empat lagi masih dalam proses, iaitu melibatkan jumlah keseluruhan pokok sebanyak 42,000 untuk kesemua plot," katanya.

Beliau juga menyatakan hasil tanaman tersebut akan dijual dalam pasaran tempatan terlebih dahulu dan pihaknya telah pun mengikat kontrak pengedaran dengan beberapa pasar raya besar di negara ini. Projek inkubator yang dilaksanakan selama dua tahun itu memerlukan pemantauan berterusan bagi menilai keberkesanannya terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada koperasi

yang berminat. Sehingga kini, sebanyak 15 buah koperasi telah menunjukkan minat terhadap projek berkenaan. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Khas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Encik Muhammad Fakhrul Amiruddin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Mohd Rizam Zuligifliauni, Pengarah SKM

Pulau Pinang, Puan Norlelah Samsudin dan Pegawai Latihan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Utara, Encik Hamzah Kasim. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman.

Projek Pertanian Pintar KOKITA Tuai Hasil Sulung Tanaman Cili Kulai Fertigasi

Tanaman Cili Kulai (Sakata 461) menggunakan kaedah tanaman secara fertigasi.

Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Dr. Azlan Yahya memetik Cili Kulai, hasil tuaian pertama.

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

KOKITA, manakala syarikat Pewaris Bumi Hijau (M) Sdn. Bhd. bertindak sebagai konsultan atau mentor projek. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkesempatan mengadakan lawatan ke pusat tersebut dan beliau turut menyaksikan aktiviti tuaian dan jualan cili dengan harga RM10 hingga RM12 sekilogram. Tanaman Cili Kulai (Sakata 461) melibatkan penggunaan 60 buah polibeg itu mula ditanam pada 26 Januari 2023. Anggaran hasil bagi setiap pokok pula adalah sekitar dua kilogram.

Sementara itu, sayuran sawi bunga juga turut disemai di lokasi yang sama buat kali kedua pada 31 Mac 2023, manakala sayur salad pula telah disemai pada 20 Mac 2023. Projek tersebut juga menggunakan kaedah tanaman secara fertigasi, sistem atas para selain menggunakan teknologi smart farming : Internet of Things (IoT) bagi sistem pembajaan dan meracun - sistem auto yang dikawal menggunakan telefon pintar (tab/ smartphone).

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Anggota Lembaga KOKITA, Encik Zamri Yusop.

Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad (KOKITA) telah berjaya menuai hasil sulung melalui Projek Pertanian Pintar Cili Kulai pada 11 April 2023 dan dijual kepada warga kerja ANGKASA. Tanaman cili secara fertigasi yang terletak di Aras 2, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya itu merupakan inisiatif bawah Projek Pembangunan dan Latihan Pertanian Pintar

RENCANA 14

MEI 2023

Masa Depan Kerjaya Graduan Universiti dalam Sektor Koperasi

Oleh:

PROFESOR DR. BALAKRISHNAN PARASURAMAN Felo, ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) &

Fakulti Keusahawanan & Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bharu, Kelantan Darul Naim E-mel: balakrishnan@umk.edu.my ANTHONY BARUBUI Pelajar Sarjana Keusahawanan, Fakulti Keusahawanan & Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Pandemik COVID-19 di peringkat dunia dan keadaan Malaysia dari 2020 hingga 2021

Carta 1: Kronologi Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia

(13/1 -26/1/2021) PKP 2.0

(4/5 - 9/6/2020) PKPB

Pengangguran dalam kalangan graduan kini menjadi suatu isu global, apabila hampir setiap negara di dunia ini menghadapi permasalahan yang sama, iaitu kegagalan graduan mendapat peluang pekerjaan (Parasuraman 2021, Azhar et al 2021). Pada tahun 1990-an, tawaran kemasukan ke menara gading merupakan satu khabar berita yang pastinya menggembirakan seluruh ahli keluarga. Ini kerana gelaran sebagai mahasiswa bukan sahaja akan mengundang pengiktirafan sosial, malah juga sebagai tiket ke arah peningkatan taraf ekonomi siswa tersebut. Namun situasi kini amat berbeza, kerana lepasan universiti tidak lagi mampu menjanjikan peluang pekerjaan yang selesa dengan ganjaran lumayan sebagaimana yang diimpikan oleh setiap graduan. Malahan perkara ini akan menjadi suatu igauan buruk kepada graduan menganggur. Hal ini berpunca daripada tekanan perasaan, ketiadaan sumber pendapatan, isu pembayaran balik pinjaman pendidikan serta isu lain yang berkaitan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9: 2006-2010), sejumlah RM16 billion telah diperuntukkan bagi membiayai program dan projek berkaitan pembangunan modal insan di peringkat tinggi (Muhammad, 2012). Hasil daripada usaha ini membolehkan bilangan graduan keluaran IPTA telah meningkat daripada 94,622 orang pelajar pada tahun 2008 kepada 104,870 orang pelajar pada tahun 2009. Menurut Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2021), jumlah graduan telah meningkat daripada 5.13 juta pada tahun 2019 kepada 5.36 juta orang pada tahun 2020, iaitu meningkat sebanyak 4.5 peratus. Dalam laporan yang sama, Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa seramai 202,400 graduan menganggur pada tahun 2020, iaitu peningkatan sebanyak 22.5 peratus berbandang tahun sebelumnya, iaitu seramai 165,200 orang, (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2021).

(10/6 - 31/12/2020) PKPP

PKP 3.0

(18/3 - 12/5/2020) PKP 1.0

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

Di Malaysia,krisis wabak COVID-19 yang meningkat danmenjangkiti rakyat Malaysia menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19 daripada terus merebak. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sehingga ke hari ini, kerajaan telah melaksanakan tiga siri kawalan pergerakan penuh, iaitu PKP 1.0, PKP 2.0 dan PKP 3.0 (Rujuk Carta 1). Perlaksanaan PKP banyak memberi kesan kepada sektor pekerjaan. Penutupan perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan banyak syarikat tidak dapat menampung kos perbelanjaan termasuklah gaji pekerja hingga menyebabkan syarikat terpaksa membuang pekerja (Abd Rahman et al., 2020). Natijahnya berlaku kenaikan kadar pengangguran pada suku tahun pertama iaitu 3.9 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun 2019 (laporan Statistik Tenaga Buruh, 2020). Isu Sikap Graduan Memilih Kerja Peningkatan pendidikan dalam kalangan penduduk tempatan telah mendorong mereka bercita-cita mendapatkan pekerjaan kolar putih yang lebih menguntungkan dan lebih tinggi (Sayed Mahadi, 2015). Menurut Kadir Bin Batong et al. (2017) sikap terlalu memilih pekerjaan merupakan faktor utama kepada meningkatnya bilangan pengangguran di Malaysia. Graduan universiti yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang akan lebih cenderung untuk mencari pekerjaan dalam sektor yang dilihat dapat menawarkan gaji lumayan, suasana persekitaran kerja yang baik serta peluang kerjaya yang cerah dan lebih menarik pada masa hadapan (Z. Mohd Yusof et al., 2017). Tidak Minat Bekerja Dalam Industri 3D Rakyat Malaysia menolak peluang pekerjaan dalam industri 3D (berbahaya, kotor dan sukar- dangerous, dirty and difficult ) bukan kerana gaji yang kecil tetapi kerana pekerjaan itu sering ditafsirkan sebagai rendah atau merendahkan (Star online 18 Februari 2020). Pengarah Eksekutif Malaysian Employers Federation (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, rakyat Malaysia biasanya tidak bekerja dalam sektor seperti pertanian atau industri yang melibatkan buruh manual kerana masyarakat tidak memandang mereka sebagai pilihan kerjaya yang sangat dihormati. Isu ini memberi impak kepada pengangguran graduan di Malaysia. Ketidaksepadanan Kemahiran Graduan dan Kehendak Pasaran Mengikut Datuk Shamsudin Bardan lagi, isu yang menyebabkan graduan tidak mendapat pekerjaan adalah disebabkan terdapat jurang antara prestasi para graduan dengan jangkaan para majikan. Graduan juga memiliki kelemahan dalam aspek membuat keputusan dan penyelesaian masalah selain mereka masih kurang dalam aspek kemahiran berfikir seperti bijak mencari alternatif bagi membaiki prestasi organisasi dan kemahiran komunikasi dan interpersonal seperti keupayaan menyampaikan pandangan yang dapat meyakinkan orang lain (Muhammad, 2012). Bagi pihak majikan, mereka amat memerlukan kemahiran insaniah kerana kemahiran ini akan meningkatkan daya saing dan pertumbuhan pekerja. Walaupun begitu, kemahiran insaniah ini tidak dimiliki oleh graduan, walaupun mempunyai tahap kemahiran ( hard skills ) yang baik (Fadhil et al., 2021; Azhar et al.2021)). Sektor Koperasi Sebagai Alternatif Kerjaya Masa Depan Menurut Pengarah Kanan Institut Kemahiran UMK, Profesor Madya Dr. Mohammad Ismail, kerjaya dalam bidang keusahawanan merupakan satu alternatif penyelesaian bagi isu pengangguran graduan pada masa hadapan. Namun demikian, graduan yang baru menamatkan pengajian tidak memiliki dana yang diperlukan bagi memulakan perniagaan sendiri. Ini kerana mereka masih perlu membayar pinjaman pelajaran dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan harian mereka. Sedangkan, sumber modal merupakan salah satu faktor penting kepada usahawan yang membawa kepada terbentuknya suatu perniagaan atau kewujudan kerjaya keusahawanan (Mayrilin et al., 2017).

ISU BERKAITAN PENGANGGURAN GRADUAN

Peluang Pekerjaan Terhad Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, pertumbuhan ekonomi yang konsisten akan membolehkan negara kita dapat mengadakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan. Namun realitinya, mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana aspek ini amat dipengaruhi oleh kestabilan politik, suasana ekonomi serantau, faktor persekitaran dan teknologi dan pelbagai isu lain turut sama mempengaruhi landskap ekonomi negara (Kementerian Kewangan Malaysia, 2021). Natijahnya, kelembapan ekonomi mempengaruhi keupayaan pasaran untuk mengambil kakitangan baharu yang akhirnya menyebabkan peningkatan kadar pengangguran.

RENCANA 15

MEI 2023

Sektor Koperasi di Malaysia : Kerjaya Masa Depan Graduan dalam “Dual Function” Sektor koperasi merupakan sektor ekonomi ketiga, yang berperanan menjadi penyumbang signifikan kepada pembangunan ekonomi negara. Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 diperkenalkan sebagai satu panduan untuk menyediakan pelan tindakan yang holistik bagi pembangunan Gerakan Koperasi di Malaysia. Transformasi ini akan melibatkan pembangunan asas yang kukuh dan berstruktur dalam Gerakan Koperasi, bagi membina momentum untuk memacu pertumbuhan dan peningkatan prestasi yang cemerlang (SKM, 2020b). Bagi mencapai hasrat ini, lima (5) bidang tujahan telah dibangunkan di bawah TransKoM untuk mengatasi 10 cabaran utama yang telah dikenal pasti bagi memastikan anjakan transformasi dapat dicapai (Carta 1)(SKM, 2020b). Di bawah bidang tujahan ketiga, satu langkah strategik yang digariskan adalah – ‘Menarik minat golongan profesional yang mempunyai kepakaran dan kelayakan akademik serta golongan belia termasuk pelajar IPT sebagai tenaga kerja, pelapis dan ' agent of change' kepada Gerakan Koperasi di Malaysia’.

RUJUKAN

Abd Rahman, N. H., Ismail, S., Ridzuan, A. R., & Abd Samad, K. (2020). The Issue of Graduate Unemployment in Malaysia: Post Covid-19. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 10(10). https://doi. org/10.6007/ijarbss/v10-i10/7843 Abdul Aziz, A. R. (2020). Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 1–9. https://doi. org/10.47405/mjssh.v5i11.539 Fadhil, S. S., Ismail, R., & Alnoor, A. (2021). The influence of soft skills on employability: A case study on technology industry sector in Malaysia. Interdisciplinary Journal of Information, Knowledge, and Management, 16, 255–283. https://doi.org/10.28945/4807 ILO. (2020). Tackling the COVID-19 youth employment crisis in Asia and the Pacific. www. ilo.org/publns.%0A https://www.ilo.org/asia/ publications/WCMS_753369/lang--en/index.htm

Carta 1: Bidang Tujahan, Transformasi Koperasi

1. Penerapan Nilai Kemakmuran Bersama

5. Pemerkasaan Badan Induk Dan Sistem Penyampaian Koperasi

2. Pemantapan Sistem Perundangan Dan Struktur Governan

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2021). Malaysia ’ s unemployed graduates. The Edge Maket, 75.

BIDANG TUJAHAN

Kadir Bin Batong, A., Rostika Petrus Boroh, & Beatrice Lim. (2017). Faktor Yang Mempengaruhi Belia Untuk Tidak Bekerja: Kajian Kes Di Daerah Tawau, Sabah. PROCEEDINGS ICE, 493–500. Kementerian Kewangan Malaysia. (2021). Prestasi KDNK Suku Pertama 2021: Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Semakin Pulih. Khan, N., Amir, R., Normirrah Afina, binti K., & Zul Amirul Asraf, bin K. (2019). Kerelevanan Amalan Plws Dalam Pengurusan Upah Pekerja Di Malaysia. https://www.researchgate.net/ publication/332446224 Mayrilin, A., Remali, Y., & Dullah, M. (2017). Cabaran Yang Dihadapi Di Kalangan Usahawan Aim Di Daerah Tuaran- Pusat Nurul Bakti. Proceedings of International Conference on Economics, 470–479. Muhammad, H. I. (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia : Tinjauan dari Perspektif Majikan. Prosiding PERKEM VII, 2(2012), 906–913. National Entrepreneur and SME Development Council. (2020). Economic performance and outlook 2019/20. Sayed Mahadi, S. A. R. (2015). The transformation in economic and workforce development in Sabah: An analysis. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 1(1), 108–121. SKM. (2020a). Perangkaan Gerakan Koperasi Malaysia 2011-2020. Suruhanjaya Koperasi Malaysia. https://www.skm.gov.my/index.php/ my/pusat-media/arkib/arkib-statistik-tahunan SKM, S. K. M. (2020b). TRANSKOM : Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025. Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.

4. Pembentukan Persekitaran Perniagaan yang Mampan Dan Lestari

3. Pengukuhan Bakat Dan Pembangunan Modal Insan

Sumber : TranKom, SKM (2020)

Penglibatan graduan dalam koperasi, berperanan ‘dual-function’, iaitu peranan sebagai pemilik bersama dan pekerja koperasi. Sebagai pemilik, graduan berperanan menyumbang modal perniagaan secara berperingkat mengikut keupayaan. Graduan juga bertanggungjawab menyumbang idea dan cadangan pelan pembangunan sosioekonomi koperasi. Manakala sebagai pekerja, graduan bukan berperanan sebagai pekerja biasa, yang hanya melaksanakan kerja rutin dan urusan harian koperasi malah mereka dituntut untuk mencetuskan idea transformasi daripada sudut pembangunan perniagaan, tadbir urus dan pengurusan operasi harian. Koperasi khususnya Kluster Mikro dan Kecil, menghadapi kekangan untuk mengambil graduan sebagai pekerja. Koperasi tidak memiliki keupayaan kewangan yang mencukupi dan tidak berkeupayaan membayar gaji minimum. Pada pihak graduan pula, faktor kewangan merupakan salah satu kriteria utama yang diambil kira dalam menentukan kerjaya. Justeru, bagi mengatasi permasalahan ini, dua strategi dicadangkan bagi memastikan usaha Pengukuhan Bakat dan Pembangunan Modal Insan koperasi tercapai: (i) Program Latihan Sambil Bekerja Bagi membolehkan graduan menyertai koperasi sebagai kakitangan, kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) perlu memainkan peranan dengan memperkenalkan Program Latihan Sambil Bekerja. Melalui program ini, koperasi yang mengambil kakitangan dalam kalangan graduan, diberikan sokongan dalam bentuk subsidi gaji minimum. Sasaran utama bagi program ini adalah koperasi yang berada dalam Kluster Mikro dan Kecil. (ii) Pemberian Subsidi Gaji Minimum Pemberian subsidi gaji minimum pastinya melegakan pihak koperasi. Program ini perlu dilaksanakan bagi satu tempoh yang wajar, sehingga koperasi berkeupayaan menanggung gaji hasil daripada lonjakan pendapatan. Kesimpulan Penglibatan graduan dalam gerakan koperasi merupakan perkongsian pintar ‘kill two birds with one stone… two tasks can be completed in the same amount of time or same place’. Bagi memastikan hasrat dan aspirasi ini tercapai, yang bukan satu tugas yang mudah di mana komitmen dan sikap berani graduan untuk menyertai gerakan koperasi amat dituntut. Lembaga Koperasi perlu memainkan peranan dengan memberi kerjasama sepenuhnya dan bersedia menerima sebarang cadangan atau perkara baharu. Koperasi juga perlu mengubah tanggapan, iaitu dengan mengharapkan keajaiban untuk mendapat kejayaan dengan mengulangi cara bekerja dan pemikiran yang lama, perlu diketepikan. Sebaliknya semua komponen dalam koperasi perlu membiasakan diri untuk menerima dan mengamalkan perkara atau budaya baharu yang diperkenalkan oleh graduan. Agensi kerajaan atau swasta misalnya, dituntut untuk memberi bimbingan dan sokongan infrastruktur serta kewangan. Hanya dengan usaha dan komitmen sedemikian, membolehkan kita menyaksikan transformasi gerakan koperasi Malaysia tercapai.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease