ANGKASA 12
MEI 2023
Projek Inkubator Buah Melon Terima Hasil Tuaian Sulung
Delegasi ANGKASA diketuai Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik ketika melakukan lawatan di tapak Projek Inkubator Buah Melon di Ara Kuda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Projek inkubator buah melon yang bermula pada Januari tahun ini di Pulau Pinang mula mengeluarkan hasil pertamanya di tapak berkeluasan enam ekar di Ara Kuda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Inisiatif yang digerakkan oleh Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang menerusi kategori Projek Pemerkasaan Koperasi 1 (CEP 1) tersebut memiliki empat variasi buah melon, iaitu jenis T5, Hami, Golden dan Hokkaido. Kepimpinan ANGKASA yang diketuai Timbalan Presiden, Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik telah mengadakan lawatan ke tapak projek berkenaan pada 12 April 2023 sekali gus menuai hasil sulung buah melon jenis T5. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat), Encik
Kepimpinan ANGKASA diberi taklimat tentang mesin penimbang digital buah melon.
Bergambar bersama buah melon jenis T5 .
Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman menuai hasil pertama buah melon jenis T5.
Buah melon jenis Hami yang dijangka menghasilkan tuaian kedua pada Mei depan.
Buah melon jenis T5 yang baru dituai antara empat jenis variasi buah melon selain jenis Hami, Golden dan Hokkaido.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease