WADAH PELANCAR EDISI MEI 2023

ANGKASA 13

MEI 2023

Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat), Encik Nazrul Azlan Bachtiar memberi taklimat tentang variasi buah melon yang terdapat di tapak projek inkubator buah melon di Ara Kuda, Tasek Gelugor.

Nazrul Azlan Bachtiar yang mengendali projek tersebut, proses tuaian pertama sedang giat dijalankan dan tuaian kedua pula bakal menghasilkan buah melon jenis Hami yang dijangka pada bulan Mei. "Dua daripada enam plot sudah pun siap sepenuhnya, manakala empat lagi masih dalam proses, iaitu melibatkan jumlah keseluruhan pokok sebanyak 42,000 untuk kesemua plot," katanya.

Beliau juga menyatakan hasil tanaman tersebut akan dijual dalam pasaran tempatan terlebih dahulu dan pihaknya telah pun mengikat kontrak pengedaran dengan beberapa pasar raya besar di negara ini. Projek inkubator yang dilaksanakan selama dua tahun itu memerlukan pemantauan berterusan bagi menilai keberkesanannya terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada koperasi

yang berminat. Sehingga kini, sebanyak 15 buah koperasi telah menunjukkan minat terhadap projek berkenaan. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Khas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Encik Muhammad Fakhrul Amiruddin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Mohd Rizam Zuligifliauni, Pengarah SKM

Pulau Pinang, Puan Norlelah Samsudin dan Pegawai Latihan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Utara, Encik Hamzah Kasim. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman.

Projek Pertanian Pintar KOKITA Tuai Hasil Sulung Tanaman Cili Kulai Fertigasi

Tanaman Cili Kulai (Sakata 461) menggunakan kaedah tanaman secara fertigasi.

Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Dr. Azlan Yahya memetik Cili Kulai, hasil tuaian pertama.

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

KOKITA, manakala syarikat Pewaris Bumi Hijau (M) Sdn. Bhd. bertindak sebagai konsultan atau mentor projek. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkesempatan mengadakan lawatan ke pusat tersebut dan beliau turut menyaksikan aktiviti tuaian dan jualan cili dengan harga RM10 hingga RM12 sekilogram. Tanaman Cili Kulai (Sakata 461) melibatkan penggunaan 60 buah polibeg itu mula ditanam pada 26 Januari 2023. Anggaran hasil bagi setiap pokok pula adalah sekitar dua kilogram.

Sementara itu, sayuran sawi bunga juga turut disemai di lokasi yang sama buat kali kedua pada 31 Mac 2023, manakala sayur salad pula telah disemai pada 20 Mac 2023. Projek tersebut juga menggunakan kaedah tanaman secara fertigasi, sistem atas para selain menggunakan teknologi smart farming : Internet of Things (IoT) bagi sistem pembajaan dan meracun - sistem auto yang dikawal menggunakan telefon pintar (tab/ smartphone).

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Anggota Lembaga KOKITA, Encik Zamri Yusop.

Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad (KOKITA) telah berjaya menuai hasil sulung melalui Projek Pertanian Pintar Cili Kulai pada 11 April 2023 dan dijual kepada warga kerja ANGKASA. Tanaman cili secara fertigasi yang terletak di Aras 2, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya itu merupakan inisiatif bawah Projek Pembangunan dan Latihan Pertanian Pintar

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease