WADAH PELANCAR EDISI MEI 2023

RENCANA 14

MEI 2023

Masa Depan Kerjaya Graduan Universiti dalam Sektor Koperasi

Oleh:

PROFESOR DR. BALAKRISHNAN PARASURAMAN Felo, ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) &

Fakulti Keusahawanan & Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bharu, Kelantan Darul Naim E-mel: balakrishnan@umk.edu.my ANTHONY BARUBUI Pelajar Sarjana Keusahawanan, Fakulti Keusahawanan & Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Pandemik COVID-19 di peringkat dunia dan keadaan Malaysia dari 2020 hingga 2021

Carta 1: Kronologi Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia

(13/1 -26/1/2021) PKP 2.0

(4/5 - 9/6/2020) PKPB

Pengangguran dalam kalangan graduan kini menjadi suatu isu global, apabila hampir setiap negara di dunia ini menghadapi permasalahan yang sama, iaitu kegagalan graduan mendapat peluang pekerjaan (Parasuraman 2021, Azhar et al 2021). Pada tahun 1990-an, tawaran kemasukan ke menara gading merupakan satu khabar berita yang pastinya menggembirakan seluruh ahli keluarga. Ini kerana gelaran sebagai mahasiswa bukan sahaja akan mengundang pengiktirafan sosial, malah juga sebagai tiket ke arah peningkatan taraf ekonomi siswa tersebut. Namun situasi kini amat berbeza, kerana lepasan universiti tidak lagi mampu menjanjikan peluang pekerjaan yang selesa dengan ganjaran lumayan sebagaimana yang diimpikan oleh setiap graduan. Malahan perkara ini akan menjadi suatu igauan buruk kepada graduan menganggur. Hal ini berpunca daripada tekanan perasaan, ketiadaan sumber pendapatan, isu pembayaran balik pinjaman pendidikan serta isu lain yang berkaitan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9: 2006-2010), sejumlah RM16 billion telah diperuntukkan bagi membiayai program dan projek berkaitan pembangunan modal insan di peringkat tinggi (Muhammad, 2012). Hasil daripada usaha ini membolehkan bilangan graduan keluaran IPTA telah meningkat daripada 94,622 orang pelajar pada tahun 2008 kepada 104,870 orang pelajar pada tahun 2009. Menurut Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2021), jumlah graduan telah meningkat daripada 5.13 juta pada tahun 2019 kepada 5.36 juta orang pada tahun 2020, iaitu meningkat sebanyak 4.5 peratus. Dalam laporan yang sama, Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa seramai 202,400 graduan menganggur pada tahun 2020, iaitu peningkatan sebanyak 22.5 peratus berbandang tahun sebelumnya, iaitu seramai 165,200 orang, (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2021).

(10/6 - 31/12/2020) PKPP

PKP 3.0

(18/3 - 12/5/2020) PKP 1.0

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

Di Malaysia,krisis wabak COVID-19 yang meningkat danmenjangkiti rakyat Malaysia menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19 daripada terus merebak. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sehingga ke hari ini, kerajaan telah melaksanakan tiga siri kawalan pergerakan penuh, iaitu PKP 1.0, PKP 2.0 dan PKP 3.0 (Rujuk Carta 1). Perlaksanaan PKP banyak memberi kesan kepada sektor pekerjaan. Penutupan perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan banyak syarikat tidak dapat menampung kos perbelanjaan termasuklah gaji pekerja hingga menyebabkan syarikat terpaksa membuang pekerja (Abd Rahman et al., 2020). Natijahnya berlaku kenaikan kadar pengangguran pada suku tahun pertama iaitu 3.9 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun 2019 (laporan Statistik Tenaga Buruh, 2020). Isu Sikap Graduan Memilih Kerja Peningkatan pendidikan dalam kalangan penduduk tempatan telah mendorong mereka bercita-cita mendapatkan pekerjaan kolar putih yang lebih menguntungkan dan lebih tinggi (Sayed Mahadi, 2015). Menurut Kadir Bin Batong et al. (2017) sikap terlalu memilih pekerjaan merupakan faktor utama kepada meningkatnya bilangan pengangguran di Malaysia. Graduan universiti yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang akan lebih cenderung untuk mencari pekerjaan dalam sektor yang dilihat dapat menawarkan gaji lumayan, suasana persekitaran kerja yang baik serta peluang kerjaya yang cerah dan lebih menarik pada masa hadapan (Z. Mohd Yusof et al., 2017). Tidak Minat Bekerja Dalam Industri 3D Rakyat Malaysia menolak peluang pekerjaan dalam industri 3D (berbahaya, kotor dan sukar- dangerous, dirty and difficult ) bukan kerana gaji yang kecil tetapi kerana pekerjaan itu sering ditafsirkan sebagai rendah atau merendahkan (Star online 18 Februari 2020). Pengarah Eksekutif Malaysian Employers Federation (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, rakyat Malaysia biasanya tidak bekerja dalam sektor seperti pertanian atau industri yang melibatkan buruh manual kerana masyarakat tidak memandang mereka sebagai pilihan kerjaya yang sangat dihormati. Isu ini memberi impak kepada pengangguran graduan di Malaysia. Ketidaksepadanan Kemahiran Graduan dan Kehendak Pasaran Mengikut Datuk Shamsudin Bardan lagi, isu yang menyebabkan graduan tidak mendapat pekerjaan adalah disebabkan terdapat jurang antara prestasi para graduan dengan jangkaan para majikan. Graduan juga memiliki kelemahan dalam aspek membuat keputusan dan penyelesaian masalah selain mereka masih kurang dalam aspek kemahiran berfikir seperti bijak mencari alternatif bagi membaiki prestasi organisasi dan kemahiran komunikasi dan interpersonal seperti keupayaan menyampaikan pandangan yang dapat meyakinkan orang lain (Muhammad, 2012). Bagi pihak majikan, mereka amat memerlukan kemahiran insaniah kerana kemahiran ini akan meningkatkan daya saing dan pertumbuhan pekerja. Walaupun begitu, kemahiran insaniah ini tidak dimiliki oleh graduan, walaupun mempunyai tahap kemahiran ( hard skills ) yang baik (Fadhil et al., 2021; Azhar et al.2021)). Sektor Koperasi Sebagai Alternatif Kerjaya Masa Depan Menurut Pengarah Kanan Institut Kemahiran UMK, Profesor Madya Dr. Mohammad Ismail, kerjaya dalam bidang keusahawanan merupakan satu alternatif penyelesaian bagi isu pengangguran graduan pada masa hadapan. Namun demikian, graduan yang baru menamatkan pengajian tidak memiliki dana yang diperlukan bagi memulakan perniagaan sendiri. Ini kerana mereka masih perlu membayar pinjaman pelajaran dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan harian mereka. Sedangkan, sumber modal merupakan salah satu faktor penting kepada usahawan yang membawa kepada terbentuknya suatu perniagaan atau kewujudan kerjaya keusahawanan (Mayrilin et al., 2017).

ISU BERKAITAN PENGANGGURAN GRADUAN

Peluang Pekerjaan Terhad Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, pertumbuhan ekonomi yang konsisten akan membolehkan negara kita dapat mengadakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan. Namun realitinya, mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana aspek ini amat dipengaruhi oleh kestabilan politik, suasana ekonomi serantau, faktor persekitaran dan teknologi dan pelbagai isu lain turut sama mempengaruhi landskap ekonomi negara (Kementerian Kewangan Malaysia, 2021). Natijahnya, kelembapan ekonomi mempengaruhi keupayaan pasaran untuk mengambil kakitangan baharu yang akhirnya menyebabkan peningkatan kadar pengangguran.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease