WADAH PELANCAR EDISI MEI 2023

RENCANA 15

MEI 2023

Sektor Koperasi di Malaysia : Kerjaya Masa Depan Graduan dalam “Dual Function” Sektor koperasi merupakan sektor ekonomi ketiga, yang berperanan menjadi penyumbang signifikan kepada pembangunan ekonomi negara. Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 diperkenalkan sebagai satu panduan untuk menyediakan pelan tindakan yang holistik bagi pembangunan Gerakan Koperasi di Malaysia. Transformasi ini akan melibatkan pembangunan asas yang kukuh dan berstruktur dalam Gerakan Koperasi, bagi membina momentum untuk memacu pertumbuhan dan peningkatan prestasi yang cemerlang (SKM, 2020b). Bagi mencapai hasrat ini, lima (5) bidang tujahan telah dibangunkan di bawah TransKoM untuk mengatasi 10 cabaran utama yang telah dikenal pasti bagi memastikan anjakan transformasi dapat dicapai (Carta 1)(SKM, 2020b). Di bawah bidang tujahan ketiga, satu langkah strategik yang digariskan adalah – ‘Menarik minat golongan profesional yang mempunyai kepakaran dan kelayakan akademik serta golongan belia termasuk pelajar IPT sebagai tenaga kerja, pelapis dan ' agent of change' kepada Gerakan Koperasi di Malaysia’.

RUJUKAN

Abd Rahman, N. H., Ismail, S., Ridzuan, A. R., & Abd Samad, K. (2020). The Issue of Graduate Unemployment in Malaysia: Post Covid-19. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 10(10). https://doi. org/10.6007/ijarbss/v10-i10/7843 Abdul Aziz, A. R. (2020). Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 1–9. https://doi. org/10.47405/mjssh.v5i11.539 Fadhil, S. S., Ismail, R., & Alnoor, A. (2021). The influence of soft skills on employability: A case study on technology industry sector in Malaysia. Interdisciplinary Journal of Information, Knowledge, and Management, 16, 255–283. https://doi.org/10.28945/4807 ILO. (2020). Tackling the COVID-19 youth employment crisis in Asia and the Pacific. www. ilo.org/publns.%0A https://www.ilo.org/asia/ publications/WCMS_753369/lang--en/index.htm

Carta 1: Bidang Tujahan, Transformasi Koperasi

1. Penerapan Nilai Kemakmuran Bersama

5. Pemerkasaan Badan Induk Dan Sistem Penyampaian Koperasi

2. Pemantapan Sistem Perundangan Dan Struktur Governan

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2021). Malaysia ’ s unemployed graduates. The Edge Maket, 75.

BIDANG TUJAHAN

Kadir Bin Batong, A., Rostika Petrus Boroh, & Beatrice Lim. (2017). Faktor Yang Mempengaruhi Belia Untuk Tidak Bekerja: Kajian Kes Di Daerah Tawau, Sabah. PROCEEDINGS ICE, 493–500. Kementerian Kewangan Malaysia. (2021). Prestasi KDNK Suku Pertama 2021: Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Semakin Pulih. Khan, N., Amir, R., Normirrah Afina, binti K., & Zul Amirul Asraf, bin K. (2019). Kerelevanan Amalan Plws Dalam Pengurusan Upah Pekerja Di Malaysia. https://www.researchgate.net/ publication/332446224 Mayrilin, A., Remali, Y., & Dullah, M. (2017). Cabaran Yang Dihadapi Di Kalangan Usahawan Aim Di Daerah Tuaran- Pusat Nurul Bakti. Proceedings of International Conference on Economics, 470–479. Muhammad, H. I. (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia : Tinjauan dari Perspektif Majikan. Prosiding PERKEM VII, 2(2012), 906–913. National Entrepreneur and SME Development Council. (2020). Economic performance and outlook 2019/20. Sayed Mahadi, S. A. R. (2015). The transformation in economic and workforce development in Sabah: An analysis. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 1(1), 108–121. SKM. (2020a). Perangkaan Gerakan Koperasi Malaysia 2011-2020. Suruhanjaya Koperasi Malaysia. https://www.skm.gov.my/index.php/ my/pusat-media/arkib/arkib-statistik-tahunan SKM, S. K. M. (2020b). TRANSKOM : Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025. Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.

4. Pembentukan Persekitaran Perniagaan yang Mampan Dan Lestari

3. Pengukuhan Bakat Dan Pembangunan Modal Insan

Sumber : TranKom, SKM (2020)

Penglibatan graduan dalam koperasi, berperanan ‘dual-function’, iaitu peranan sebagai pemilik bersama dan pekerja koperasi. Sebagai pemilik, graduan berperanan menyumbang modal perniagaan secara berperingkat mengikut keupayaan. Graduan juga bertanggungjawab menyumbang idea dan cadangan pelan pembangunan sosioekonomi koperasi. Manakala sebagai pekerja, graduan bukan berperanan sebagai pekerja biasa, yang hanya melaksanakan kerja rutin dan urusan harian koperasi malah mereka dituntut untuk mencetuskan idea transformasi daripada sudut pembangunan perniagaan, tadbir urus dan pengurusan operasi harian. Koperasi khususnya Kluster Mikro dan Kecil, menghadapi kekangan untuk mengambil graduan sebagai pekerja. Koperasi tidak memiliki keupayaan kewangan yang mencukupi dan tidak berkeupayaan membayar gaji minimum. Pada pihak graduan pula, faktor kewangan merupakan salah satu kriteria utama yang diambil kira dalam menentukan kerjaya. Justeru, bagi mengatasi permasalahan ini, dua strategi dicadangkan bagi memastikan usaha Pengukuhan Bakat dan Pembangunan Modal Insan koperasi tercapai: (i) Program Latihan Sambil Bekerja Bagi membolehkan graduan menyertai koperasi sebagai kakitangan, kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) perlu memainkan peranan dengan memperkenalkan Program Latihan Sambil Bekerja. Melalui program ini, koperasi yang mengambil kakitangan dalam kalangan graduan, diberikan sokongan dalam bentuk subsidi gaji minimum. Sasaran utama bagi program ini adalah koperasi yang berada dalam Kluster Mikro dan Kecil. (ii) Pemberian Subsidi Gaji Minimum Pemberian subsidi gaji minimum pastinya melegakan pihak koperasi. Program ini perlu dilaksanakan bagi satu tempoh yang wajar, sehingga koperasi berkeupayaan menanggung gaji hasil daripada lonjakan pendapatan. Kesimpulan Penglibatan graduan dalam gerakan koperasi merupakan perkongsian pintar ‘kill two birds with one stone… two tasks can be completed in the same amount of time or same place’. Bagi memastikan hasrat dan aspirasi ini tercapai, yang bukan satu tugas yang mudah di mana komitmen dan sikap berani graduan untuk menyertai gerakan koperasi amat dituntut. Lembaga Koperasi perlu memainkan peranan dengan memberi kerjasama sepenuhnya dan bersedia menerima sebarang cadangan atau perkara baharu. Koperasi juga perlu mengubah tanggapan, iaitu dengan mengharapkan keajaiban untuk mendapat kejayaan dengan mengulangi cara bekerja dan pemikiran yang lama, perlu diketepikan. Sebaliknya semua komponen dalam koperasi perlu membiasakan diri untuk menerima dan mengamalkan perkara atau budaya baharu yang diperkenalkan oleh graduan. Agensi kerajaan atau swasta misalnya, dituntut untuk memberi bimbingan dan sokongan infrastruktur serta kewangan. Hanya dengan usaha dan komitmen sedemikian, membolehkan kita menyaksikan transformasi gerakan koperasi Malaysia tercapai.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease