KOPERASI 16
MEI 2023
KOWIMA Lancar Tudung Eksklusif 'COOP KOWIMA'
Daya Bersama Makmur Ekonomi Kita ke dusun di pagi Subuh, Sebab minat suburnya huma; Hamba susun jari sepuluh, Adab hormat jujurnya usaha. Setiba di huma tafakur sendiri, Pandangan memilih serata bunga; Daya bersama makmur ekonomi, Perjuangan gigih semua anggota. Di teduh pagi hening suasana, Lorong ke hulu sentiasa dibaru, Kukuh ekonomi gembleng usaha, Sokong bantu ANGKASA maju. Balik ke pamah merimbun taman, Berbunga semerbak di baruh ceria, Sadik, amanah sosial pun aman, ANGKASA di puncak teguh berjaya. Mengurus dusun beretika berilmu, Membaja menjirus tak layu, menyubur, Seratus tahun usia perjuanganmu, ANGKASA terus gerak maju tersohor. Pantun
Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berucap pada Majlis Iftar dan Pelancaran Tudung COOP KOWIMA.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Permintaan tudung dalam pelbagai gaya dan fesyen yang semakin meningkat dari semasa ke semasa sekali gus melonjakkan industri penjualan tudung di Malaysia telah mendorong Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad (KOWIMA) untuk memperkenalkan tudung eksklusif berjenama COOP KOWIMA. Pelancaran tudung tersebut telah diadakan dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik di ibu kota, pada 7 April 2023. Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar lebih banyak koperasi wanita untuk menceburi industri fesyen khususnya perniagaan tudung yang semakin berkembang pesat dan telah berjaya melahirkan ramai jutawan muda. Beliau turut menggalakkan anggota koperasi terutamanya anggota KOWIMA untuk memakai tudung keluaran koperasi itu apabila menghadiri majlis atau program rasmi untuk melambangkan imej mereka sebagai koperator wanita di negara ini. Terdahulu, Pengerusi KOWIMA merangkap Pengerusi Koperasi Usahanita Kuala Lumpur Berhad (KUKLB), Hajah Rozilah Mohd Tahir dalam ucapannya berkata, KOWIMA yang ditubuhkan dengan gabungan 16 buah koperasi wanita di seluruh negara mula mengeluarkan tudung untuk pasaran tempatan sejak tahun lalu. Menurut beliau, tudung tersebut yang diperbuat daripada jenis kain sutera satin dan kain kapas dijual dengan harga berpatutan di samping rekaan kerongsang COOP yang eksklusif. Pemakaian tudung jenama itu katanya dapat melambangkan imej koperator wanita yang hebat dan sepakat. Dalam majlis yang sama, seramai 60 orang anak yatim dari Rumah Jagaan Penyayang Nur Iman dan Rumah Permata Hatiku di Setapak serta Rumah Anak Yatim Darul Taqwa dari Bandar Tasik Selatan telah menerima sumbangan duit raya daripada KOWIMA. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penyelia Wilayah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Shazliana Mohd Isa, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengurus Kanan Bahagian Wanita, IPT dan Komuniti ANGKASA, Puan Aziah Talib.
Mohd Sabri @ Mohd Nazri Ibrahim Koperasi Rojatul Islam Berhad (KRIS)
No. 35, Jalan Kelana 4, Taman Bukit Kelana, Jalan Paroi Senawang, 70400, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel. : 019-5583818 E-mel: mohdsabri_07@yahoo.com
Gimik majlis disempurnakan oleh Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
Sebahagian daripada Tudung Coop KOWIMA yang diperagakan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease